Sunday, November 22, 2009

Sejak bila Bahasa Melayu 'dikelasduakan'?

Oleh M.I.A.

Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini bersungut bahawa usaha untuk meningkatkan serta memperbaiki kadar penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus disokong oleh semua kaum. Suka saya memetik kenyatannya di dalam keratan akhbar bertarikh 28 October 2009 di bawah (the Sun) :

“It was decided by the cabinet (at a meeting on Oct 7) that the national language is the only element that can enhance the 1Malaysia plan. This duty has subsidiary matters, one being to ensure that the non-Malay communities champion matters relating to the national language, so it is not seen that only Malays were doing so,” (Kabinet telah menetapkan (dalam sebuah mesyuarat yang diadakan pada 7 Oktober) bahawa bahasa kebangsaan merupakan elemen tunggal yang mampu memperkembangkan rancangan 1Malaysia. Tetapi tugasan sebegini mempunyai kepelbagaian cabang, salah satu daripadanya ialah untuk memastikan komuniti bukan Melayu menjuarai perkara-perkara berkenaan dengan bahasa kebangsaan,ini supaya tidak kelihatan hanya orang-orang Melayu sahaja yang melakukannya.”)

Di dalam kabinet Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim saya rasakan antara yang layak untuk memikul tanggungjawab mengenai Bahasa Melayu ini. Tetapi, dia seharusnya memerhatikan dan menyeru rakan-rakan kabinetnya untuk berubah terlebih dahulu sebelum mengajak rakyat yang lain untuk mengikuti sunnah mereka. Sebagai contoh, perhatikan gambar di bawah ini.

Saya tidak tahu samada menteri di dalam gambar ini menghadiri mesyuarat terbabit atau pun tidak. Berkemungkinan besar dia hadir. Tetapi persoalan yang mahu saya timbulkan ialah kenapa kementerian tersebut membenarkan iklan M-YES (Malaysia Year End Sales) menghina kedudukan bahasa Melayu pada kedudukan yang lebih rendah dari bahasa Inggeris? Apakah terdapat arahan baru dari Kabinet yang membenarkan kementerian tersebut berbuat demikian?

Jika tiada arahan baru, jelas kempen M-YES ini tidak selari dengan kehendak kabinet. Bagaimana mungkin untuk mengajak orang-orang bukan Melayu menggunakan bahasa Melayu sepertimana dikatakan Datuk Seri Dr. Rais Yatim, sedangkan pemimpin bukan Melayu di dalam barisan kabinet itu sendiri melakukan tindakan yang tidak selari dengan apa yang telah diputuskan.

Perhatian juga harus diberikan kepada orang-orang Melayu sendiri supaya menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Gambar di atas diambil di sebuah pasar malam di kawasan Seberang Prai, Pulau Pinang. Papan harga yang ditulis oleh peniaga Melayu ini juga ditulis mengikut hukum sesuka hati. Jadi, semua pihak harus bekerja keras ke arah itu. Peringatan ini juga harus saya tujukan kepada diri saya sendiri untuk memperbaiki isikandungan blog ini di dalam Bahasa Melayu yang lebih baik.

Berkenaan dengan menteri kabinet di dalam gambar tersebut, masih belum terlambat untuk kementeriannya membuat pembetulan dan mengaku kesilapan telah berlaku. Jika keadaan berterusan begini, setiap ungkapan kata dan cita-cita kabinet untuk memperkasakan bahasa Melayu boleh saja kita anggap sebagai retorik. Persoalannya.. apakah mereka benar-benar ikhlas mahu memperkasakan bahasa Melayu? Kita nilaikan pada bentuk tindakan mereka nanti. Sehingga itu, kita jadi pemerhati. Wallahua’lam.

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Sunday, November 15, 2009

Cinta... Biar ia kekal selamanya...

ahwioleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmaanir Raheem... Tiba-tiba sahaja entry blog ini berubah arah menjadi sentimental. Tergerak hati menulis entry ini bila membaca beberapa kenyatan yang semakin menjadi-jadi dari beberapa pendukung fahaman pulralism atas nama romantis tetapi hakikatnya menuju cinta dengan melankolia yang kekal dan berpanjangan. Begitu juga dengan kes-kes murtad yang kebanyakannya melibatkan kebutaan akal fikiran disebabkan kecanduan cinta. Mereka sering mempersoalkan kenapa mesti sesuatu yang indah seperti cinta antara sepasang kekasih yang berbeza agama itu dihalangi penyatuan di dalam perkahwinan mereka oleh agama anutan mereka? Itu kata mereka... secara romantik, saintifik, pemahaman matematik dan kefahaman agama, nyata itu kenyataan yang keluar dari mulut tanpa diproses akal terlebih dahulu.

Memerhatikan dengan hati, maka kelihatan sangat tidak rasional menghalang penyatuan kedua jiwa yang sedang bergelora di dalam arus cinta hanya disebabkan lain anutan agama. Tetapi apabila memerhati dengan akal, maka akan jelaslah kelihatan sebab utama mengapa Islam menghalang kedua-duanya bersatu melainkan kedua-duanya mentauhidkan Allah, Tiada Tuhan Melainkan Dia, tidak beranak dan tidak diperanakkan, iaitu Allah sebagai Dia menggambarkan siapa diriNya di dalam surah al Ikhlas 1 – 4.

Islam itu agama yang memberikan jaminan selamat di dalam kebahagiaan bagi kehidupan dunia dan akhirat dan akhirat itu pula kekal selamanya. Bahagia tidak diukur dengan wang ringgit, rupa paras, taraf pendidikan dan segala yang berlegar dalam lingkungan daerah kemahuan hati berpaksikan tuntutan material dan desakan jiwa materialis. Bahagia itu diukur dengan kelapangan hati serta jaminan arah tuju perjalanan hidup ini. Bagaimana mungkin seseorang yang sedang menumpang sebuah bas di dalam sebuah perjalanan tetapi tidak diberitahukan kepadanya destinasi tujuan, mampu mengecap bahagia menghirup udara dan menikmati pandangan di sepanjang perjalanan?

Kahwin berbeza agama merupakan antara agenda kumpulan pendukung pluralism dan liberalisme. Liberalisme pula merupakan sebahagian agenda kumpulan-kumpulan rahsia yang wujud bermula era Roscicrucians dengan evolusi yang mewujudkan beberapa perkumpulan manusia-manusia yang menjadi pemain utama agenda untuk penguasaan dunia. Revolusi Perancis merupakan kejayaan mereka yang pertama dan disusuli lagi perancangan demi perancangan untuk menguasai setiap negara di dunia. Bermula dengan penukaran nama Tuhan mereka dan disamakan dengan nama Tuhan orang lain disekeliling mereka, mereka memulakan agenda halus melonggarkan struktur paling asas bagi kekuatan komuniti sesebuah negara. Negara yang kuat bermula dengan ikatan keluarga yang kuat dan bersatu di dalam setiap perlakuan dan perbuatan mengikut rasional dan bukan emosi. Golongan plural merupakan golongan pelaksana manakala terdapat satu gerakan di belakang mereka yang memberi bantuan agar agenda mereka dapat diperluaskan bagi tujuan dan perancangan jangka panjang di sesebuah negara di mana mereka melakukan operasi. Ianya tidak akan dibincangkan di sini.

Yang ingin dilakukan di dalam artikel kali ini ialah bagi membuka minda mereka-mereka yang merasakan agama sebagai faktor penghalang bagi mana-mana pasangan berlainan agama ingin bersatu.

Semua yang bercinta dan bercita-cita untuk mencari pasangan hidup mengimpikan kebahagian yang berkekalan sampai bila-bila. Tak percaya? Perhatikan kepada semua lirik lagu cinta yang dinyanyikan oleh mereka yang berbunga jiwa dengan rasa cinta. Majoriti dari lagu-lagu cinta yang wujud dalam apa jua bahasa dan budaya bangsa menjanjikan khayal bahawa cinta yang dibina dan sedang membuai-buai itu akan berkekalan selama-lamanya. Persoalannya.... apakah yang mereka maksudkan dengan ‘selama-lamanya’ itu?

Tidak semua suka dibebelkan dengan hujah agama. Biar entry kali ini, saya huraikan secara matematik mudah dan romantik terlebih dahulu dan diakhiri kemudiannya dengan perbandingan kesudahan dalam agama. Biar saya terangkan di sini dan buat perbandingan tentang persoalan kebahagian yang boleh dikecapi selama-lamanya. Berikut permulaannya.

Purata umur maksimum bagi manusia pada abad 21 ini berada pada sekitar 70 – 80 tahun. Jarak umur 70 hingga 80 tahun itu tidak boleh diertikan sebagai selama-lamanya. Saintis menjelaskan umur bumi tempat kita tinggal ini sudah mencapai 4 billion tahun. Empat billion tahun juga tidak boleh diertikan sebagai ‘selama-lamanya’. Kajian terbaru ahli sains terhadap material paling tua yang dijumpai mereka menjelaskan bahawa keseluruhan alam ini termasuk langit dan bumi adalah berusia 14 billion tahun (walaupun ada yang menyatakan usia alam ini bersamaan 18 billion tahun, yang mahu ditegaskan di sini hanyalah pendapat dan penemuan terbaru oleh saintis). 14 billion tahun itu juga bukanlah sesuatu yang layak untuk menggambarkan apa itu yang diertikan ‘selama-lamanya’. Selama-lamanya itu tidak dapat diukur. Di dalam matematik dan sains, ianya diganti dengan simbol infinity ini, ∞. Infinity di dalam bahasa Melayu dikenali sebagai ketakterhinggaan. Tiada nombor yang boleh dicatatkan untuk mengungkap ketakterhinggaan ini. Tiada kertas di dalam dunia ini yang mampu memuatkan jujukan nombor-nombor bagi mengungkapkan ketakterhinggaan. Ketakterhinggan itu merupakan kualiti tanpa had yang ada pada zat Allah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu ketakterhinggan itu bagaimana. Malah Dia menjanjikan kebahagian dalam ketakterhinggaan kepada hamba-hambaNya yang beriman di dalam Syurga.

Tetapi, jangan salah tafsir pula dengan pemberian kebahagiaan pada kualiti ketakterhinggaan itu dengan kualiti ketakterhinggaan yang dimiliki Allah. Syurga Islam tidak sama dengan konsep pencapaian tahap Nirvana di dalam Buddha dan Hindu yang mana menjelaskan manusia-manusia yang berkelakuan baik itu bersatu dengan Tuhan mereka selepas mati. Tidak sama dengan manusia yang menjadi seperti malaikat selepas matinya mereka di dalam Kristian. Ketakterhinggan yang dijanjikan Allah kepada mukmin itu tidak sama dengan kualiti ketakterhinggaan Tuhan. Allah mempunyai kualiti zat yang tidak mampu dikecapi sesiapa. Ketakterhinggaan mukmin di dalam syurga hanyalah pada nikmat segala pemberian dan persediaan yang disediakan Allah kepadanya di dalam syurga. Mereka masih bergantung kepada rahmat Allah di sana. Tetapi kualiti ketakterhinggan yang ada pada Allah itu, dapat difahami dari ayat kedua surah al Ikhlas. Allahus Somad... Allah tempat bergantung segala sesuatu. Allah tidak memerlukan sesiapa dan apa jua perkara bagi memenuhi kehendakNya. Allah tidak bergantung kepada segala sesuatu tetapi segala sesuatu itu bergantung kepada Allah. Ketakterhinggaan nikmat kepada manusia yang beriman itu di dalam syurga ada permulaannya, tetapi ketidakterhinggaan Allah itu tiada mulanya dan tiada akhirnya.

Jika golongan pendokong pluralisme itu tadi mahu menafsirkan kebahagian hidup kedua pasangan berlainan agama itu tidak harus dihalang serta jangan dibantutkan kebahagiaan mereka hanya kerana perbezaan agama, maka jelas sekali ternampak bahawa pendirian mereka itu sangat silap. Ia hanya fantasi berasaskan khayal kerana intoksikasi cinta yang buta. Islam mahukan mana-mana pasangan yang berkahwin supaya kekal di dalam kebahagian yang dibina mereka selama-lamanya. Bagaimana mungkin kedua manusia yang berlainan agama itu akan dapat mengecapi kebahagiaan selama-lamanya sedangkan purata umur manusia hanya sekitar 70 hingga 80 tahun? Jika ditolak 35 tahun usia muda sebelum mereka bercinta (ini merupakan kebiasaan purata umur bagi pasangan berlainan agama ini menemui pasangan), maka hanya tinggal lebihan 40 hingga 50 tahun sahaja yang berbaki bagi mereka untuk mengecap bahagia. Bunga tidak selamanya berkembang.. begitu juga manusia, semakin meningkat usia, tenaga yang satu ketika dulu dikecapi sehingga boleh berlari 10 km sehari tanpa penat, kini semakin merosot sedikit demi sedikit. Ruginya bahagia itu jika terbantut dengan jarak tahun-tahun bahagia yang terlalu pendek. Kenapa mesti menghalang kebahagian pasangan tersebut dengan satu ketidakpastian halatuju perjalanan?

Tiada hati yang tidak mahu disinggahi cinta. Adolf Hitler yang keras perjuangan kebangsaannya sehingga menyebabkan dunia hampir hancur satu ketika dulu juga bercinta. Tetapi dia menolak cinta dengan bangsa berbeza. Itu dicatatkannya di dalam Mein Kampf. Bagi dirinya, perkahwinan rentas bangsa itu merosakkan identiti bangsa Aryan. Motifnya hanyalah bagi menjamin kelangsungan superiority bangsa Aryan itu terjaga dan terjamin dan tidak dirosakkan dengan perkahwinan campur. Itu Hitler.

Berbeza dengan Islam yang sangat terbuka dengan perkahwinan campur. Biar apa jua bangsa pasangan tersebut, ianya digalakkan oleh Islam asalkan kedua-duanya bertauhidkan Allah. Perkahwinan rentas bangsa merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri mempunyai isteri yang berbangsa selain Arab seperti bangsa Yahudi dan Qibti. Syarat melihatkan kepada keturunan yang pernah disebut Rasulullah s.a.w. di antara empat kriteria memilih pasangan hidup itu adalah berkenaan dengan penentuan formula takdir yang bakal ditulis bagi zuriat-zuriat yang dilahirkan dari keturunan mereka nanti. Sebahagian takdir bagi setiap seorang dari kita bermula dengan keputusan bersatu hidup yang dibuat oleh ibubapa kita berasaskan dan merujuk kepada ketentuan apa yang telah Allah suratkan di Lauh Mahfuz.. Jika panas baran sikap bakal suami yang dikenali, jika diteruskan juga dengan perkahwinan, sikap tersebut akan diperturunkan kepada beberapa orang dari anak-anak yang dilahirkan nanti. Islam meletakkan panduan yang cukup sebagai asas pembinaan keluarga bahagia dan ia bermula dengan mentauhidkan Allah.

They said that time, heals a broken heart, But time had stood still, since we’ve been apart.... (Dikatakan mereka, masa itu mengubat hati yang berduka, tapi masa seakan terhenti setelah berpisahnya kita...) (Ray Charles, I can’t stop loving you.)

Lagu dengan bungaan cinta yang membuah kecewa dari sebuah perpisahan oleh Ray Charles ini jika dihayati menggambarkan bagaimana perasaan mana-mana pihak yang kehilangan orang yang amat dicintai mereka. Tidak tertanggung rasa beratnya kerinduan itu, jika yang pergi tidak mengirimkan berita. Apatah lagi berkali-kali peritnya rindu itu jika yang terpisah itu pergi buat selama-lamanya. Setiap manusia itu akan sampai ketikanya ajal datang menjemput mereka kembali tanpa ketukan awal di pintu kediaman. Luluh hatinya jika tidak bersedia, duka yang mendatang disambut tahun-tahun merindu itu melumpuhkan maya diri dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan. Alangkah baiknya jika diketahui ke mana suami atau isterinya itu dibawa pergi. Alangkah leganya jika mengetahui bahawa pasangannya itu ditempatkan di tempat dengan kesudahan yang baik. Alangkah indahnya jika diberitahukan kepadanya bahawa pemergian pasangannya itu hanyalah sementara, dan kerinduannya yang membuak itu akan diubati kembali setelah dirinya dijemput sama. Di atas rahmat Allah, perasaan rindu antara yang pergi dan yang ditinggalkan itu akan diubati dengan pertemuan kembali di dalam kehidupan yang kekal abadi di dalam taman-taman Syurga yang disediakan. Tetapi kemanisan penghujung rindu sebegitu hanya berlaku kepada mereka yang mentauhidkan Allah. Bagaimana pula kesan kematian ke atas mana-mana pihak yang berkahwin di dalam pernikahan berlainan agama ini?

Mari kita bicarakan perkara ini dari konteks kotak pemikiran golongan plural ini. Mereka menyatakan bahawa cinta itu tidak perlu dihalangi oleh perbezaan agama tetapi tanpa mereka tahu, gaya pemikiran singkat mereka itu bakal menimbulkan pelbagai masalah di kehidupan mereka yang akan datang. Untuk memberikan kefahaman, saya bawakan contoh-contoh untuk direnungkan dan difikirkan. Ia menjelaskan apa itu KEBENARAN sebenar yang dinyatakan di dalam kitab-kitab kepercayaan semua pihak yang terlibat di dalam isu ini. Jika mahu mencari KEBENARAN, hendaklah semua berlapang dada dengan fakta yang akan dibawakan selepas ini. Semua yang dibentangkan di bawah ini bagi menjelaskan kepada semua Muslim termasuk diri saya tentang apa sebenarnya halatuju selepas kematian yang akan dicapai oleh mana-mana pasangan yang berkahwin berlainan agama dan kenapa Islam melarangnya. Ia merupakan perbandingan antara kesudahan-kesudahan yang dijanjikan oleh agama masing-masing. Terpulang kepada mana-mana pihak yang membaca pembentangan selepas ini untuk mengambil apa jua pendirian dan jalan setelah mengetahui segala pilihan yang ada. Pilihannya antara jalan bahagia yang berkekalan selama-lamanya atau pun kebahagiaan singkat yang ditawarkan di dalam konteks-konteks penjelasan yang akan dibentangkan selepas ini.

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah ayat 256)

Contoh pertama : Perkahwinan antara seorang wanita Islam dan seorang penganut Hindu

Mungkin di dunia mereka boleh mengecap bahagia singkat, tetapi apabila salah seorang daripadanya meninggal dunia akan timbul masalah dengan prosedur pembahagian harta dan anak-anak serta prosedur pengkebumian nanti. Tetapi bukan perkara yang sudah luas dibincangkan ini mahu dikupas di sini. Blog ini hanya mahu menulis perkara yang tidak ditulis oleh pihak lain sebagai memenuhi fardu kifayah. Di sini saya ingin membawakan perhatian kepada kehidupan selepas kematian. Di bawah ini dibawakan beberapa kes untuk dibincangkan.

Kes pertama : Perkahwinan antara seorang wanita Islam yang ‘baik’ kelakuan dunianya dengan seorang penganut Hindu yang baik kelakuan dunianya. Mengikut kepercayaan Hindu, mana-mana individu yang baik kelakuannya di dunia akan mencapai Nirvana. Nirvana itu membawa pengertian bahawa selepas kematiannya dia akan bersatu dengan Tuhan. Tetapi di dalam Islam mana-mana manusia yang baik kelakuannya akan dibalas dengan syurga, tempat di mana segala nikmat itu diberikan tanpa hitungan dan perkiraan. Di dalam Islam, manusia itu akan kekal menjadi manusia juga di akhirat, tetapi manusia yang ditempatkan di dalam syurga itu tidak akan mati buat selama-lamanya. (ED : saya ingin mengingatkan bahawa pada bahagian seterusnya ini kita membicarakan kes ini mengikut konteks pemikiran golongan plural yang tidak mahu berfikir dengan menggunakan akal. Bahawa semua watak-watak ‘baik’ muslim di dalam contoh-contoh ini adalah menurut tafsiran golongan brother-brother dan sister-sister liberal dan plural yang bernaung di bawah payung munafik) Perhatikan masalah yang timbul di sini, di dalam kes ini. Selepas dari proses kematian, si suami yang baik itu bersatu dengan Tuhan tetapi si isteri yang ‘baik’ itu kekal sebagai manusia. Bagaimana mungkin mereka itu boleh disatukan dalam kebahagian yang kekal selama-lamanya? Yang satu bersatu dengan Tuhan dan yang satu lagi menjadi manusia.

Di dalam Epik Ramayana, ketika para Devas bersungut dan melaporkan kepada Lord Brahma berkenaan kejahatan yang dilakukan Ravana, Brahma meminta pertolongan Hari atau Lord Vishnu untuk menghapuskan Ravana (dan kumpulan penyokongnya, Rakshasas) yang membuat kacau di dunia. Dalam masa yang sama, di dunia terdapat seorang raja bagi kerajaan Kosala bernama Dasaratha yang menginginkan putera sebagai pewaris takhtanya nanti. Dia merupakan raja yang adil dan popularitinya merentas tiga dunia. Untuk mendapatkan anak, Raja Dasaratha mendapatkan nasihat dari guru agamanya. Lalu dicadangkan kepada raja tersebut supaya diadakan Yaga (majlis agama yang melibatkan korban dan sembahan untuk Tuhan). Dijemput puluhan ribu jemputan, cerdik pandai, raja-raja dan putera-putera untuk menghadiri Yaga tersebut. Guru agamanya juga mencadangkan dilantik seorang cerdik pandai bernama Rishyasringa untuk mengetuai dan melakukan upacara tersebut menurut Shastras. Pada ketika Yaga itu berlangsunglah, peristiwa di mana Lord Brahma dihampiri para Devas meminta bantuannya sepertimana yang dijelaskan awal tadi. Lord Vishnu memberikan persetujuan dan menyatakan bahawa dia bersetuju untuk dilahirkan semula sebagai 4 (empat) orang anak kepada Raja Dasaratha. Lalu semasa upacara korban untuk mendapatkan anak yang dilakukan oleh Raja Dasaratha, muncul satu lembaga di dalam api yang dinyalakan memberitahukan kepadanya bahawa permintaannya untuk mendapatkan anak dipersetujui para Devas. Lalu makhluk tersebut memberikan semangkuk payasam (persediaan manisan yang diperbuat dari susu dan nasi) dan memberitahukan kepada Raja Dasaratha bahawa payasam tersebut merupakan pemberian para Devas untuk diberikan kepada tiga (3) orang isterinya. Dengan gembiranya Raja Dasaratha itu pun pulang dan memberikan separuh dari payasam tesebut kepada isterinya yang pertama, Kausalya. Kemudian dibahagikan payasam yang berbaki itu kepada dua bahagian di mana separuh daripadanya diberikan Raja Dasaratha kepada isteri keduanya, Sumitra. Bahagian akhir daripada payasam tersebut diberikan kepada isterinya yang ketiga, Kaikeyi. Oleh kerana apa yang dinikmati oleh Kaikeyi masih berbaki, lalu diberikan baki payasam tersebut kepada Sumitra kembali untuk dinikmati. Kesemua isteri Raja Dasaratha kemudiannya mengandung dan ditakdirkan akan melahirkan semula Vishnu di dalam bentuk empat orang anaknya nanti. Anak sulung yang dilahirkan kepada Raja Dasaratha oleh isteri pertamanya Kausalya dinamakan sebagai Rama merupakan jelmaan semula Vishnu di dunia. Begitu juga dengan Bharata yang dilahirkan oleh Kaikeyi. Oleh kerana Sumitra meminum payasam tersebut dua kali, maka dilahirkan olehnya kembar, Lakshmana dan Satrughna. Kesemua anak yang dilahirkan kepada Raja Dasaratha itu merupakan jelmaan Vishnu. Rama pada dasarnya dibentuk sebagai separuh Vishnu kerana Kausalya meminum separuh dari payasam terbabit, dikatakan membawa kesempurnaan Vishnu di dalam dirinya. Ia merujuk kepada apa yang dicatatkan di dalam mantra di bawah :

Om Poornamadah Poornamidam Poornat Poornamudachyate Poornasya Poornamadaya Poornamevavasishyate.

(Apa Yang Sempurna, tetap sempurna, apa yang keluar dari Yang Sempurna, akan juga sempurna, Jika Yang sempurna itu diambil keluar dari kesempurnaan, Yang Sempurna itu akan kekal sempurna) (Invocation, Sri Isopanisad, A.C. Bhaktivedanta)

Vishnu pada penganut Hindu merupakan Tuhan dan kesempurnaan itu merupakan antara sifat yang ada pada Tuhan. Menurut mantra di atas, apa sahaja yang sempurna akan kekal sempurna. Dan apa sahaja yang keluar dari yang sempurna akan tetap menjadi sempurna. Ia menjelaskan bahawa walaupun Rama itu merupakan separuh dari Vishnu disebabkan ibunya Kausalya hanya meminum separuh dari payasam yang diberikan, dia tetap menjadi kelahiran semula Vishnu yang memiliki kesempurnaan Vishnu. Ini kerana apa sahaja yang berasal dari Yang Sempurna, dan apa sahaja yang keluar dan berasal dari yang sempurna, akan tetap menjadi sempurna. Jadi, di dalam epik Ramayana ini, Rama mewakili kesempurnaan Vishnu di dalam kelahiran semulanya di dunia. Berbeza dengan konsep Jesus di dalam Kristian. Jesus yang dikatakan salah satu daripada Tuhan dalam persekutuan Trinity, apabila dilahirkan sebagai manusia, dia hilang sifat-sifat ketuhanan dan menjadi tidak sempurna sebagaimana manusia biasa.

Berbalik kepada epik Ramayana, Vishnu yang bersetuju dilahirkan semula ke bumi untuk membunuh Ravana membawa bersama isterinya Lakshmi ke dunia, yang juga dilahirkan dalam bentuknya sebagai manusia yang bernama Sita. Lord Vishnu menjelmakan dirinya sebagai manusia kerana Brahma sudah pun tersilap dalam memberikan kekebalan kepada Ravana di mana dia tidak dapat dibunuh oleh mana-mana Devas (tuhan-tuhan ataupun dewa-dewa), Asuras (syaitan atau roh-roh jahat) atau pun Gandharvas (Para Jin ataupun makhluk-makhluk yang mempunyai keupayaan separa dewa). Tetapi oleh kerana bongkak, Ravana tidak meminta perlindungan kepada Brahma supaya diberi keselamatan kepadanya dari ancaman dan bahaya yang dilakukan manusia. Perjanjian yang dimeteraikan itu tidak menyatakan bahawa Ravana tidak boleh dibunuh oleh manusia. Jadi Vishnu dihantar ke dunia untuk bertukar menjadi manusia dan membunuh Ravana. Lakshmi, isteri Vishnu, turut di bawa sama dan bertukar bentuk sebagai manusia. Pengajaran di sini ialah, Tuhan-Tuhan di dalam agama Hindu boleh melalui proses kelahiran semula sebagai manusia dan mereka (tuhan-tuhan itu) menyedari akan hal tersebut. Tetapi manusia yang dilahirkan semula di dalam rantaian samsara, tidak menyedari akan kewujudannya di dalam kehidupannya sebelum ini. Ia dibuktikan dengan jelas apabila di dalam Bhagavad Gita, Lord Krishna menjelaskan kepada Arjuna a seperti yang dinyatakan di dalam petikan berikut.

The Personality of Godhead said; Many, many births both you and I have passed. I can remember all of them, but you cannot, O subduer of the enemy!(Personaliti diri Tuhan (Krishna) berkata; telah banyak kelahiran kamu dan aku lalui. Dapat Aku ingati kesemuanya tetapi tidak bagi kamu, wahai Si Penakluk Musuh!) (Bhagavad Gita, bab 4, ayat 5)

Maka bagi mana-mana manusia yang melalui proses kelahiran semula selepas kematian, apa sahaja yang bersangkutan dengan kehidupan mereka sebelum dari itu, terhapus dari ingatan mereka. Maka anak isteri yang ditinggalkan di dalam kehidupan sebelum ini, akan pasti dilupakan. Lantas kebahagian hidup pasangan tersebut akan terhenti sebaik sahaja kematian datang menjemput. Apatah lagi, jika yang berkahwin itu berlainan agamanya. Sebagai orang Islam, mana-mana individu yang mati akan dibangkitkan kembali sebagai manusia dan ditempatkan ditempat mengikut amalan dan apa yang dikerjakan mereka di dunia. Jika baik amalan, Allah dengan rahmatNya akan memasukkan mereka ke dalam Syurga, jika sebaliknya, neraka menjadi tempat singgahan.

Tetapi proses samsara bagi yang beragama Hindu merupakan sesuatu yang lain pula. Proses selepas kematian mereka akan melalui salah satu antara dua jalan. Satu jalan digelar sebagai jalan selatan atau jalan ikutan bapa (Pitr-yana), yang bakal membawa mereka dilahirkan kembali ke dalam dunia. Satu lagi merupakan jalan utara yang membawa mereka bebas dari samsara dan lantas bersatu dengan Tuhan atau jalan Tuhan (Deva-yana).

Di dalam kes ini, di mana jika suaminya itu seorang yang baik maka Deva-yana yang akan dilaluinya dijelaskan dalam proses berikut.

Chandogya Upanishad; fasal 5; bahagian 9 ayat 1 & bahagian 10 ayat 1 – 2.

2 "Having been born, he lives whatever the length of his life may be. When he is dead, they carry him to the fire of the funeral pyre whence he came, whence he arose."

Chapter X − The Various Paths followed after Death

1−2

"Those who know this and those who, dwelling in the forest, practise faith and austerities go to light, from light to day, from day to the bright half of the moon, from the bright half of the moon to the six months during which the sun goes to the north, from those months to the year, from the year to the sun, from the sun to the moon, from the moon to lightning. There a person who is not a human being meets him and leads him to Brahman. This is the Path of the Gods (Devayana).

{Setelah dilahirkan, manusia itu akan hidup mengikut panjang umurnya nanti. Apabila ia mati, mereka mengangkatnya menuju ke lambakan bahan bakar yang telah dinyalakan. Dari situ ia datang dan dari situ ia dibangkitkan. Sesiapa yang mengetahui tentang ini dan sesiapa yang mengasingkan diri di hutan (zuhud), yang beramal dan kekal di dalam amalannya (jiwanya akan) menuju kepada cahaya, dan dari cahaya itu ia menuju kepada siang, dari siang menuju ia ke separuh bahagian terang rembulan, dari separuh bahagian terang rembulan, menuju ia ke tempoh enam bulan bila mentari bergerak ke utara, dari bulan-bulan (tempoh) itu ke setahun, dari setahun menuju ke matahari, dari matahari menuju ke bulan, dan dari bulan (masuk ia) ke dalam kilat. Di sana, satu makhluk yang bukan manusia akan berjumpa dengannya dan akan memimpinnya menuju Brahman. Inilah Jalan Ketuhanan (Deva-yana)}

Jalan yang disebut di dalam Chhandogya Upanishad di atas merujuk kepada bagaimana proses di mana jalan-jalan yang bakal dilalui Atman dan akhirnya mencapai Nirvana. Jika si suami sudah bersama Tuhan, si isteri pula hanya dilahirkan semula sebagai manusia dan manusia tidak akan disatukan dengan Tuhan di dalam perkahwinan campur agama seperti di dalam kes ini. Sebagaimana kisah Vishnu yang bertukar menjadi Rama dan membawa bersama isterinya Lakshmi yang juga berubah menjadi manusia. Tuhan sama Tuhan dan manusia sama manusia. Maka kebahagiaan itu tidak kekal selama-lamanya dan terhenti sebaik sahaja kematian datang menjemput.

Di dalam agama Hindu, destinasi tujuan bagi mana-mana Atman (Roh atau lebih tepat lagi Kesedaran Rohani) itu bergantung kepada Artha (niat dan tujuan halatuju hidupnya). Terdapat empat jenis Artha iaitu Dharma (kewajiban dan tugas-tugas) , Artha (kekayaan), Kama (Kasih Sayang) dan Moksha (kebebasan). Yang paling mulia diantara ke empat-empat Artha tersebut ialah Artha yang ingin kepada pencapaian Moksha. Moksha merupakan kemuncak kebebasan Atman di mana ia dibebaskan dari kekal terjerumus di dalam samsara (kitaran yang memaksa Atman kembali ke dunia untuk dihidupkan semula dalam bentuk-bentuk yang bergantung kepada Karma kehidupannya sebelum ini). Jika seseorang yang dianggap mulia di dalam agama Hindu itu mendapat Moksha, menurut kitab Bhagavad Gita, maka ia akan mencapai Nirvana di mana Atman itu akan disatukan dengan Tuhan (Brahman) dan tidak akan dilahirkan lagi di dalam kitaran samsara.

Sri Swami Sivananda di dalam bukunya, All About Hinduism, menjelaskan :

Good Karmas lead to incarnation into higher spheres and bad Karmas into lower. By virtue is obtained ascent to higher planes and by vice, descent to the lower. From wisdom results beatitude, and bondage from the reverse. So long as Karmas – whether good or bad- are not exhausted, man do not attain Moksha or the final emancipation even in hundred of Kalpas. Both good and bad Karmas bind tight the Jiva in their chains. One is the chain of gold and one is the chain of iron. Moksha cannot be attained by man, so long as Knowledge of the Eternal is not attained. 1 {Karma yang baik membawa kepada kelahiran semula ke dalam ruang yang baik dan Karma yang buruk membawa kepada yang buruk. Tempat (kesudahan) yang tinggi diperolehi melalui nilai yang baik, maksiat pula membawa kepada (kesudahan di) tempat yang ke bawah. Dari kebijaksanaan rahmat diperolehi, manakala seksaan pula dari yang sebaliknya (iaitu kejahilan). Selagi Karma –tidak kira yang baik atau buruk- itu tidak berakhir, manusia tidak akan mencapai Moksha atau kebebasan mutlak biarpun di dalam ratusan Kalpas (kehidupan). Kedua Karma yang baik dan buruk mengikat Jiva (jiwa) di dalam rantaian (sebab dan kesudahan) mereka. Yang satu merupakan rantai dari emas dan satu lagi merupakan rantai dari besi. Moksha tidak akan dicapai manusia selagi dia tidak mencapai kefahaman dan kebijaksanaan (yang membawanya menjalani kehidupan dunia dalam menuju hidup abadi)}

Maka kematian bakal memisahkan mana-mana pasangan berlainan agama dan kebahagian selama-lamanya yang diimpikan mana-mana pasangan bercinta dan berumahtangga akan berakhir di situ dalam tempoh yang sangat singkat. Malah di dalam kitab Mahabharata sendiri telah diberitahukan bahawa tiada siapa pun yang menuruti si mati kecuali amalannya. Ia seperti yang dipetik di bawah.

"Yudhishthira said, 'O illustrious one, thou art conversant with all duties and all the scriptures. Do thou tell me, what is truly the friend of mortal creatures? Is the father, or mother, or son, or preceptor, or kinsmen, or relatives, or those called friends, that may be said to truly constitute the friend of a mortal creature? One goes to the next world, leaving one's dead body that is like a piece of wood or a clod of earth. Who is it that follows him thither?' "

Vrihaspati said, 'One is born alone, O king, and one dies alone; one crosses alone the difficulties one meets with, and one alone encounters whatever misery falls to one's lot. One has really no companion in these acts. The father, the mother, the brother, the son, the preceptor, kinsmen, relatives, and friends, leaving the dead body as if it were a piece of wood or a clod of earth, after having mourned for only a moment, all turn away from it and proceed to their own concerns. Only Righteousness follows the body that is thus abandoned by them all. Hence, it is plain, that Righteousness is the only friend and that Righteousness only should be sought by all. One endued with righteousness would attain to that high end which is constituted by heaven. If endued with unrighteousness, he goes to Hell.

{“(Raja) Yudhishthira berkata, “Wahai Tuan yang terkenal dengan kebijaksanaan, Tuan yang lebih biasa dengan segala kewajiban dan ayat-ayat kitab suci. Beritahukanlah kepadaku, siapakah dia sahabat yang sebenarnya kepada makhluk-makhluk yang fana? Adakah bapa, atau ibu, atau anak, atau anak murid, atau saudara sedarah, atau saudara mara, atau mereka yang digelarkan kawan, boleh dianggap sebahagian dari sahabat dalam erti kata sebenar kepada makhluk-makhluk yang fana? (beritahukan juga kepadaku) setelah seseorang menuju ke alam seterusnya (selepas mati), dan meninggalkan jenazahnya seperti sebatang kayu atau segumpal tanah. Siapa yang akan menurutinya ke sana?”

Vrihaspati berkata, “Ia (mana-mana makhluk yang fana) dilahirkan bersendiri, wahai Raja, dan ia mati juga bersendiri; segala kesulitan direntasi ia secara bersendiri; ia secara bersendiri menghadapi apa jua penderitaan yang menimpa ia. Ia tiada peneman di dalam semua perlakuan ini. Bapa, ibu, abang, anak lelaki, anak murid, saudara sedarah, saudara mara, sahabat handai, meninggalkan jenazah tersebut seolah-olah seperti sebatang kayu atau segumpal tanah, setelah berkabung seketika, kesemua mereka beredar menjauhi ia (jenazah tersebut) dan meneruskan kehidupan mereka. Hanya kebaikan (amalan) yang akan menuruti si mati ketika kesemua mereka meninggalkannya. Dari situ, secara jelas, hanya kebaikan amalan itu peneman sejati dan hanya kebaikan amalan perlu diusahakan oleh semua. Barangsiapa yang diberikan kebaikan amalan akan mendapat tempat yang tinggi yang merupakan sebahagian dari Syurga. Jika dipenuhi dengan amalan buruk, ia ke Neraka.”}

Maka sangat jelas bahawa kematian itu merupakan penghujung kebahagiaan bagi cinta mana-mana pasangan di dalam kepercayaan Hindu. Di dalam kepercayaan Hindu, terdapat 8 jenis upacara tingkat perkahwinan {5 (lima) jenis di jelaskan di dalam Mahabharata 3 dan tambahan 3 (tiga) lagi dijelaskan di dalam Undang-Undang Manu (Manu-Smriti) }. Peringkat-peringkat perkahwinan dijelaskan seperti di bawah :

1) Brahman : perkahwinan ini melibatkan keputusan yang dibuat oleh dan di atas pilihan bapa kepada perempuan dengan menikahkannya kepada lelaki yang baik, mengetahui Veda dan berjaya di dalam hidup. Perempuan itu pula diperolehi setelah dimuliakannya dengan hantaran barang kemas dan pakaian yang indah-indah. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 27 & Mahabharata, Anusasana Parva(Kitab ke 13), seksyen XLIV )

2) Daiva : pemberian anak perempuan, setelah diperhiaskan dengan hiasan cantik, kepada mana-mana pendita yang terlibat secara rasmi di dalam upacara korban. Anak perempuan itu diserahkan pada ketika upacara itu berlangsung. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 28)

3) Arsha : pemberian anak perempuan setelah si pengantin lelaki menyerahkan, seekor lembu atau seekor seladang atau dua pasang antara keduanya. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 29).

4) Pragapatya : Pemberian anak perempuan setelah diucapkan oleh bapanya kepada kedua pengantin, “Semoga kesemua kewajipan dapat kamu laksanakan,” sebagai tanda merestui penyatuan mereka. ((Manu-Smriti fasal 3 ayat 30)

5) Asura : Mendapatkan pengantin perempuan setelah berhabis-habisan harta untuk membelikannya barang kemas dan kekayaan setakat termampu oleh pengantin lelaki atau atas kesanggupannya sendiri, sebagai memenuhi kehendak saudara mara perempuan yang tamak. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 31 & Mahabharata, Anusasana Parva (kitab ke 13) seksyen XLIV)

6) Gandharva : Penyatuan lelaki dan perempuan atas kehendak kasih dan cinta masing-masing, dan bapa si perempuan mengizinkan serta mengenepikan ciri-ciri yang dimahukannya sebagai menantu dan mengikut kehendak anak perempuannya. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 32 & Mahabharata, Anusasana Parva(Kitab ke 13), seksyen XLIV )

7) Rakshasa : Perkahwinan yang dilangsungkan dengan pengantin perempuan yang diculik dari rumah orang tuanya ataupun yang dilangsungkan dengan menculik perempuan setelah semua saudara mara perempuan itu dibunuh atau rumahnya dipecahkan. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 33 & Mahabharata, Anusasana Parva (kitab ke 13) seksyen XLIV)

8) Paisaka : Ia berlaku apabila perempuan tersebut diperolehi dengan cara digoda dengan cara penipuan, dipukau, diberikan minuman memabukkan, diberikan sesuatu yang memudaratkan penilaian akal fikirannya lalu dikahwininya. Perkahwinan sebegini merupakan satu perkahwinan yang penuh dosa. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 34)

Di antara ke lapan-lapan cara yang disenaraikan di atas, empat yang terawal di dalam senarai di atas (bermula dengan perkahwinan Brahma ke Pragapatya) bakal melahirkan anak-anak yang bijak dan memahami Veda, disanjung orang-orang baik (Sishtas), diberikan kekayaan dan kemasyhuran, kebaikan sifat, sentiasa dipenuhi hajat mereka dan mereka akan hidup sehingga 100 (seratus) tahun. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 39 hingga 40)

Manakala empat di dalam upacara tingkat perkahwinan yang disenaraikan kemudian (bermula dari Asura ke Paisaka) akan melahirkan generasi anak-anak yang bersifat kejam, gemar menipu, membenci Veda dan undang-undang kitab suci. Ke empat-empat upacara tingkat perkahwinan ini hendaklah dielakkan. (Manu-Smriti fasal 3 ayat 41 & 42). Walaupun di dalam Undang-Undang Manu dimasukkan Gandharva di dalam kumpulan 4 jenis perkahwinan yang perlu dijauhi, tetapi, di dalam Mahabharata, Anusasana Parva (kitab ke 13), pada seksyen XLIV (seksyen 44), sebaliknya dikatakan bahawa perkahwinan dengan cara Gandharva dikatakan merupakan satu bentuk perkahwinan yang digalakkan. Kenapa wujud kenyataan berbeza? Ia tidak akan dibincangkan di sini bagi memendekkan penulisan. Boleh rujuk al Qur’an surah an Nisaa’ ayat 82 untuk mengetahui sebabnya.

Tidak semua jenis perkahwinan itu dibenarkan untuk kesemua kasta di dalam kepercayaan Hindu. Sebagai contoh, 6 (enam) jenis perkahwinan yang disenaraikan bermula Brahma ke Gandharva hanya dibolehkan kepada golongan Brahmin dan empat yang terakhir (dari Asura hingga Paisaka) dibenarkan untuk kasta Kshatriya. Manakala empat yang terakhir kecuali Asura dibenarkan kepada kasta Vaisya dan Sudra. (Manu-smriti fasal 3 ayat 24)

Di dalam Manu-smriti fasal 3 ayat 25, dijelaskan bahawa di dalam kelapan-lapan jenis perkahwinan yang disenaraikan, cara Asura dan Paisaka tidak dibenarkan diamalkan. Ini secara jelas membawa maksud bahawa mana-mana perkahwinan yang didorong oleh mana-mana cara seperti mahu menjualkan anak perempuan dan perkahwinan yang dilangsungkan dengan menggunakan cara penipuan, adalah mengundang dosa.

Jika anda biasa merayau di alam cyber, pasti akan ketemui beberapa kes yang hangat diperbincangkan dan diperdebatkan berkenaan dengan perkahwinan berlainan agama yang melibatkan wanita Islam dan lelaki-lelaki bukan Islam. Kebiasaannya, dengan kekuatan iman yang agak goyah dan tanpa pengetahuan Islam yang kukuh, cinta buta yang disulam kata-kata dan janji-janji manis untuk sehidup semati bersama dan berkasih sayang selama-lamanya, membuatkan beberapa wanita malang ini terpengaruh untuk berkahwin dengan pasangan mereka yang bukan Islam. Janji-janji manis yang ditabur itu membuai-buai perasaan si wanita lalu dimabukkan dengan panahan asmara, akal fikirannya menjadi tidak keruan, lalu setiap rasional tindakannya hanya bergerak di dalam persekitaran orbit cintanya terhadap lelaki itu tadi. Sedar tidak sedar, lelaki itu sedang menipu wanita itu tadi dengan janji kebahagiaan selama-lamanya. Kenapa dikatakan dia menipu? Ini kerana, di dalam kepercayaan Hindu, tidak ada penyatuan semula di antara pasangan yang berkahwin di dalam kehidupan yang berkekalan selama-lamanya selepas mati. Yang ada hanyalah penyatuan diri dengan Brahma (Tuhan) setelah mencapai Nirvana bagi mana-mana individu (beragama Hindu) yang berada di dalam tingkat terbaik sifat dan kelakuannya di dunia. Maka, janji yang ditabur itu merupakan janji-janji tidak tepat dan memesongkan dari fakta dan keinginan sebenar di dalam mencapai kebahagiaan. Perkahwinan yang disandarkan dengan pengantin perempuan diperolehi dengan janji-janji palsu ini termasuk di dalam perkahwinan yang digelarkan Manu sebagai Paisaka. Perkahwinan Paisaka itu pula, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Manu, merupakan perkahwinan yang mengundang dosa. Mereka-mereka yang menipu dan memperolehi sesuatu itu dengan cara penipuan, di dalam Mahabharata, disamakan mereka itu dengan Asura (roh jahat/syaitan). Berikut petikannya dari Mahabharata.

A deceitful person, falling away from all duties and abandoning those of his own order, always wishes to betake himself to the practices of Asuras for supporting

life. Such a sinful wretch living by deceit should be slain by every means. Such sinful men think that there is nothing in this world higher than wealth. Such men should never be tolerated. No one should eat with them. They should be regarded to have fallen down in consequence of their sins. Indeed, fallen away from the condition of humanity and shut out from the grace of the gods, they are even like evil genii. Without sacrifices and without penances as they are, forbear from their companionship. If their wealth be lost, they commit even suicide which is exceedingly pitiable. Among those sinful men there is no one to whom thou

canst say, 'This is thy duty. Let thy heart turn to it.' Their settled convictions are that there is nothing in this world that is equal to wealth. The person that would slay such a creature would incur no sin. He who kills him kills one that has been already killed by his own acts. If slain, it is the dead that is slain. He who vows to destroy those persons of lost senses should keep his vows.[340] Such sinners are, like the crow and the vulture, dependent on deceit for their living. After the

dissolution of their (human) bodies, they take rebirth as crows and vultures. (Seseorang yang penipu itu, menjauhkan diri dari segala kewajipan dan meninggalkan mereka-mereka yang bersamanya, (mereka) sentiasa berhajat untuk membawa dirinya bergelumang dengan amalan-amalan Asura (roh jahat/syaitan) dalam menjalani kehidupan. Orang-orang yang berdosa lagi malang yang menjalani hidup dengan menipu itu seharusnya dibunuh dengan apa jua cara sekalipun. (merekalah) Pendosa-pendosa itu memikirkan bahawa di dalam dunia ini tiada yang lebih hebat dari kekayaan. Tidak perlu bertimbang rasa dengan orang-orang yang sedemikian itu. Jangan siapa pun menjamah makanan bersama mereka. Mereka seharusnya dianggap sebagai telah jatuh akibat dari dosa-dosa yang dilakukan mereka. Ya, mereka jatuh jauh dari sifat manusia dan terputus dari rahmat Tuhan, mereka lebih dekat perilaku mereka dengan Jin-Jin jahat. Tanpa pengorbanan dan taubat sebagaimana biasa pada (amalan seharian) mereka itu, jauhkan diri dari ditemani mereka. Jika mereka kehilangan harta, mereka sanggup sehingga membunuh diri kerananya dan perbuatan itu sangatlah hina. Di kalangan mereka, tiada siapa pun yang ada untuk kamu menyatakan (menasihati) mereka dengan kata, “Ini adalah kewajipan kamu, Biar hatimu terdorong kepadanya.” Pendirian mereka telah ditetapkan bahawa tiada apa yang wujud di dunia ini yang menyamai kekayaan. Mana-mana orang yang membunuh makhluk sebegini, tidak akan mendapat dosa. Sesiapa yang membunuhnya sebenarnya telah membunuh seseorang yang telah dibunuh oleh kelakuannya sendiri. Jika dibunuh, sebenarnya yang dibunuh itu merupakan makhluk yang telah ‘mati’ (sebelumnya). Sesiapa yang bersumpah untuk memusnahkan mana-mana manusia yang tiada pertimbangan ini hendaklah berpegang erat kepada sumpahnya. Mereka-mereka yang berdosa ini sepertimana burung gagak dan burung hering, yang bergantung hidup dengan penipuan. Apabila tubuh (manusia) mereka hancur (setelah mati), mereka akan dilahirkan semula sebagai gagak dan burung hering.) (Seksyen 109 Santi @ Shanti Parva (Kitab ke 12), Mahabharata)

Apa yang dipetik di atas merupakan jawapan yang diberikan oleh Bhishma kepada soalan yang diutarakan oleh Raja Yudhishthira mengenai perbezaan antara kebenaran dan kepalsuan, nilai akhlak yang baik dan keadaan-keadan atau situasi-situasi di mana bercakap bohong itu diperbolehkan. Bishma menjelaskan bahawa berbohong itu dibenarkan di dalam beberapa perkara seperti menyelamatkan nyawa sendiri dan dalam keadaan-keadaan tertentu di dalam alam perkahwinan. Dia juga menjelaskan bahawa jika kebenaran yang mahu diucapkan itu jika ia memberikan kelebihan kepada kepalsuan dan kejahatan untuk bermaharajalela, seharusnya kebenaran itu didiamkan sahaja. Lalu diperjelaskan bahawa perbuatan menipu selain daripada keadaan yang dibenarkan menipu itu sesunguhnya merupakan perbuatan yang jahat dan bertentangan dengan ajaran Srutis (kitab-kitab Veda). Di dalam petikan di atas dijelaskan akan kesudahan bagi mereka yang hidupnya bergelumang dengan perbuatan berdusta tidak kira apa jua motif kesudahannya. Perkara yang lebih kurang sama juga diceritakan di dalam Seksyen CXCI (seksyen 191) Drona-Parva (Kitab ke Tujuh) Mahabharata. Tetapi, di dalam Drona-Parva itu dicatatkan bahawa berbohong itu boleh dilakukan di dalam 5 (lima) keadaan iaitu (i) berbohong untuk menyelamatkan nyawa. (ii) berbohong kepada kaum wanita. (iii) berbohong di dalam (keadaan-keadaan tertentu) di dalam perkahwinan (iv) berbohong untuk menyelamatkan Raja. (v) berbohong untuk menyelamatkan seorang Brahmin. Pada kelima-lima perlakuan tersebut, jika dilakukan, ia tidak mendatangkan dosa. Penekanan yang mahu diberikan di sini ialah pada perkara kedua dan ketiga. Penjelasan lanjut mengenai pembohongan ke atas wanita yang diperbolehkan dijelaskan keadaannya di dalam Karna-Parva (kitab ke 8) seksyen 69, Mahabharata, di mana wanita yang boleh dibohongi ialah wanita yang ditipu bagi tujuan mendapatkan keseronokan. Manakala berbohong di dalam perkahwinan itu pula dibenarkan apabila wujud situasi-situasi di dalam hayat perkahwinan itu di mana jika perkara benar diberitahukan, ianya akan mengancam keharmonian rumahtangga yang telah di bina. Ia juga dicatatkan di dalam Seksyen yang sama (seksyen 69) di dalam Karna-Parva (kitab ke lapan), Mahabharata.

Di dalam Islam, Rasulullah pernah menyatakan bahawa pembohongan itu boleh dilakukan di dalam 3 keadaan. (i) di dalam peperangan. (ii) mendamaikan dua pihak yang berselisih (iii) di dalam berita yang disampaikan seorang suami kepada isteri atau sebaliknya (demi menjaga kerukunan rumahtangga dan bukan untuk tujuan membolehkan mana-mana pihak melakukan perkara yang mengundang murka Allah). Ia dicatatkan di dalam Sahih muslim di dalam sebuah hadis melalui ‘Ummi Kaltsum binti ‘Uqbah bin Abi Mu’aith. Supaya tidak meninggalkan pembaca blog ini dengan persoalan lanjut, saya huraikan sedikit di sini mengenai hadis tersebut. Saya hanya mahu menjelaskan mengenai perkara ketiga yang dicatatkan disebabkan relevansinya dengan tulisan kali ini. Sebagai contoh, seorang suami yang tahu benar akan sikap isterinya yang kurang gemar suaminya kerap pulang ke rumah orang tuanya, lalu oleh kerana sayang kepada orang tuanya, dia tetap singgah ke rumah mereka setiap kali pulang dari kerja biarpun dia tahu isterinya tidak suka akan perbuatan tersebut. Demi menjaga keharmonian rumahtangganya serta memberi perhatian kepada orang tuanya, diberitahukan kepada isteri tersebut bahawa setiap petang dia harus menyelesaikan beberapa tugasan tambahan dipejabat, tetapi hakikatnya dia pulang menjenguk keperluan orang tuanya dahulu. Oleh kerana tingkat keutamaan bagi mana-mana lelaki di dalam hidupnya ialah memberi perhatian kepada ibunya terutamanya dan kepada bapanya kemudiannya dan seterusnya kepada keluarganya sendiri , maka terkadang demi mengelakkan sebarang perselisihan faham dan keadaan rumahtangga yang berantakan, pembohongan di dalam konteks yang dibincangkan ini dibenarkan. Tetapi adalah lebih baik dicari jalan supaya si suami di dalam situasi seperti contoh di atas mencari jalan bagaimana secara baiknya dapat memberikan penjelasan dan didikan yang baik kepada isterinya untuk memahami tingkat tanggungjawabnya supaya tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari. Ini kerana pembohongan biar apa jua kategorinya tidak selamanya dapat ditutup. Begitu juga dengan si isteri yang mempunyai suami yang panas baran. Sebagaimana menurut Aristotle di dalam Nichomachean Ethics, seseorang yang panas baran dan yang bertindak mengikut nafsu marahnya, merupakan antara manusia yang tidak memikirkan sebab dan akibat dari perbuatan mereka. Tetapi mereka masih lagi memandang dan memberi penilaian kepada alasan bagi setiap perbuatan yang menimbulkan kemarahan mereka. Malangnya, penilaian yang dilakukan mereka hanya berkisar kepada perkara yang dirasakan mereka lojik pada fikiran mereka yang kaku. Jadi untuk memuaskan hati mereka dan tidak menimbulkan kemarahan si suami yang panas baran, pembohongan terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan keharmonian rumahtangga. Sebagai contoh, seorang suami goblok yang terlalu sayang akan keretanya, maka sebarang calar atau kecacatan yang berlaku ke atas kereta tersebut akan mengundang ‘murka’ si suami. Lebih malang jikalau calar tersebut disebabkan oleh kecuaian isteri terbabit. Demi menjaga keselamatannya dan tidak mahu menimbulkan ‘murka’ si suami yang panas baran, ganas dan gila di dalam perlakuannya, maka si isteri pun berbohong dengan menyatakan bahawa kucing liar yang melompat ke atas kereta suaminya yang menyebabkan calar itu berlaku. Jadi dengan pembohongan itu, maka terselamatlah si isteri dari menjadi ‘bola sepaktakraw’ si suami yang tidak berhati perut. Itu menjelaskan serba sedikit mengenai wujudnya keperluan berbohong (bukan untuk perkara maksiat dan mengundang murka Allah) di dalam perkara ketiga yang disabdakan Rasulullah. Jadi, jika mahu berkahwin, telitikan dahulu calon-calon suami atau isteri yang hendak dikahwini. Islam meletakkan garis panduan khusus dalam mencari kebahagian bagi mana-mana pasangan untuk dunia dan akhirat. Ia tidak akan dibincangkan di sini. Rasanya ada banyak kitab-kitab sumber rujukan di luar sana, penulisan-penulisan dan blog-blog yang baik isikandungan penjelasan mereka untuk perkara ini. Yang terbaik ialah dengan merujuk kepada mereka yang ‘alim dan fakih di dalam ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu berkaitan. Rujuklah untuk mendapat tambahnilai pengetahuan. Harap jelas persamaan dan perbezaan antara pembohongan yang dibenarkan di dalam Mahabharata & Undang-undang Manu dengan apa yang disabdakan Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Muslim.

Sudah jelas bagi mana-mana individu yang menghasut atau berkahwin dengan mana-mana perempuan muslim dengan janji-janji palsu bahawa mereka akan hidup bahagia selama-lamanya, perbuatannya dikategorikan di dalam perkahwinan Paisaka. Maka kesudahan bagi pasangannya yang menanggung dosa kerana melaksanakan perkahwinan dalam bentuk sedemikian itu, selepas daripada kematiannya, dia akan dilahirkan semula sebagai seekor burung gagak atau pun burung hering yang memakan bangkai. Maka akhirnya kebahagian selama-lamanya yang diidamkan itu tidak dicapai. Ia membawa keburukan kepada kedua-dua suami dan isteri di dalam perkahwinan plural sebegini yang jelas diharamkan oleh agama Hindu dan Islam.

Kes kedua : seorang lelaki penganut Hindu yang buruk kelakuan dan gaya hidupnya di dunia yang berkahwin dengan perempuan Muslim. Sepertimana contoh di atas dalam kedua-dua kes yang dibincangkan, perkahwinan ini juga dimasukkan ke dalam kategori perkahwinan dengan ritual Paisaka. Dijelaskan di dalam kitab-kitab Hindu bahawa, mana-mana manusia yang tidak dapat membebaskan diri dan tidak berusaha keluar dari gaya hidup yang buruk dan penuh dosa dan tidak berusaha membebaskan diri mereka dari Avidya (kejahilan), maka individu itu tadi akan selama-lamanya tidak akan mencapai moksha dan terus terperangkap di dalam rantaian samsara yang tidak berkesudahan. Berbeza dengan kes pertama, di mana di dalam kes tersebut, si lelaki yang mengahwini perempuan muslim itu mencapai Nirvana melalui jalan Tuhan (Deva-yana) dan bersatu dengan Tuhan selepas kematiannya, tetapi jika si individu terbabit terbabit ada melakukan kejahatan tetapi di dalam masa yang sama dia ada melakukan sedikit kebaikan, dia akan melalui Pitr-yana dengan liku-liku jalan sepertimana petikan Chandogya Upanishad di bawah.

"But those who, living in the village, perform sacrifices, undertake works of public utility and give alms go to smoke, from smoke to night, from night to the dark half of the moon, from the dark half of the moon to the six months during which the sun goes to the south. But they do not reach the year. "From those months they go to the World of the Manes, from the world of the Manes to the akasa, from the akasa to the moon. This is King Soma. They are the food of the gods. Them the gods eat.

"Having dwelt there in the lunar world till their good works are consumed, they return again the same way they came. They first reach the akasa and from the akasa the air. Having become air, they become smoke; having become smoke, they become mist; "Having become mist, they become cloud; having become cloud, they fall as rain−water. Then they are born as rice and barley, herbs and trees, sesamum and beans. Thence the exit is most difficult; for whoever capable of begetting children eats that food and injects semen, they become like unto him. {tetapi bagi mereka yang menetap di kampung, melakukan korban, berkhidmat kepada masyarakat awam dan memberi sedekah, (Atman mereka) akan menuju kepada asap, dari asap ia menuju malam, dari malam menuju ia kepada separuh bahagian bulan yang gelap, dari separuh bahagian bulan yang gelap (menuju ia) kepada tempoh enam bulan matahari bergerak ke selatan. Tetapi mereka (di sana) tidak sampai setahun. Dari bulan-bulan tersebut mereka menuju ke Dunia Nenek Moyang (Pitr-Loka @ Pitri-loka), dari sana mereka menuju ke akasa b , dari akasa menuju bulan. (di sini mereka menjadi) Raja (segala) Soma (hidangan minuman yang biasa digunakan di dalam ritual Veda.) di sini mereka berubah menjadi makanan kepada para Dewa. Lalu ia di makan para Dewa. “Mereka menetap di bulan sehingga semua amalan baik mereka (yang membenarkan mereka tinggal di sana) habis digunakan, (setelah habis semua amalan digunakan) mereka kembali ke bumi melalui jalan yang sama dengan jalan di mana mereka datang sebelum ini. Mulanya mereka sampai ke akasa dan dari akasa menuju ke udara. Setelah menjadi udara, mereka berubah menjadi asap, setelah menjadi asap mereka bertukar menjadi kabus, “Setelah menjadi kabus, mereka bertukar menjadi awan, lalu mereka jatuh sebagai air hujan. Kemudian mereka dilahirkan semula sebagai biji padi dan biji barli, herba-herba dan pokok-pokok, biji bijan dan kekacang. Dari sana, jalan keluar bagi mereka merupakan jalan yang paling sukar. Bagi mana-mana manusia yang subur dan mampu melahirkan anak, selepas sahaja memakan makanan tersebut (yang sudah melalui proses kelahiran semula itu) dan bersetubuh, ia (Atman) tersebut akan menjadi seperti mereka. }

Itu jalan yang dilalui bagi mereka yang terdapat amalan baik dan buruk yang bercampur-campur di dalam kehidupan mereka. Bagi individu yang teralu buruk amalan kehidupannya dan tanpa amalan yang baik, maka kesudahan dalam bentuk ketiga dicatatkan di dalam Chandogya Upanishad seperti di bawah.

Chandogya Upanishad; fasal 5; bahagian 10 ayat 7 – 8.

"Those whose conduct here on earth has been good will quickly attain some good

birth−birth as a brahmin, birth as a kshatriya, or birth as a vaisya. But those whose conduct here has been evil will quickly attain some evil birth−birth as a dog, birth as a pig, or birth as a chandala.

"Those who neither practise meditation nor perform rituals do not follow either of these ways. They become those insignificant creatures which are continually revolving and about which it may be said: ‘Live and die.’ This is the third place. "Therefore that world never becomes full. Let a man despise this course.... {mereka yang beramal dengan amalan yang baik akan dilahirkan semula di dalam kelahiran yang baik- (contohnya sperti) kelahiran semula sebagai (kasta) Brahmin, kelahiran semula sebagai (kasta) Kshatriya, kelahiran semula sebagai (kasta) Vaisya. Tetapi mereka yang buruk dan jahat kelakuannya di dunia, segera mereka akan dilahirkan semula dengan kelahiran yang jahat (buruk)- (iaitu) kelahiran sebagai anjing, kelahiran semula sebagai seekor babi, atau kelahiran semula sebagai (kasta) Chandala. Bagi mereka yang tidak pernah mengamalkan meditasi ataupun mengamalkan ritual, (mereka) tidak akan menuruti jalan-jalan yang dilalui sebelum ini (iaitu proses kelahiran semula seperti yang dicatatkan sebelum ini). Mereka akan dilahirkan semula sebagai makhluk-makhluk yang tidak penting yang mana (kehidupan) mereka secara berterusan berlegar-legar di dalam lingkungan (kehidupan yang sama) dan sebagaimana boleh dikatakan (kepada mereka) “hidup dan kemudian mati” (sebagai menunjukkan tiada peri pentingnya mereka wujud di dalam kelahiran semula tersebut.) Ini merupakan (kesudahan selepas kematian) di tempat yang ketiga. “Jadi, dunia ini tidak akan menjadi penuh (dengan makhluk). Biar hendaknya manusia menolak jalan ini....}

Maka, bagi kesemua kesudahan yang mungkin bagi mana-mana manusia di dalam kepercayaan Hindu, ianya secara jelas menunjukkan bahawa mana-mana pasangan suami isteri itu tidak akan disatukan dan dipertemukan kembali sebagai satu pasangan sebagaimana kehidupan mereka sebelumnya di dalam dunia. Maka sangat jelas bahawa, bagi mana-mana manusia yang mahu mencapai kebahagian yang kekal berpanjangan selama-lamanya dan hidup disamping semua yang disayanginya, maka jalan kesudahan yang lain harus difikirkan.

Contoh pertama : Perkahwinan antara seorang wanita Islam dan seorang penganut Kristian :

Kes Pertama: Oleh kerana perkara ini merupakan sesuatu yang biasa di negara jiran kita di Nusantara, dan ia juga mula meresap masuk dengan kadar peningkatan yang membimbangkan, termasuk dikalangan mereka yang saya kenal, dan perkara ini bukanlah baru-baru ini ia bermula, antara yang saya kenal sudah pun berkahwin berlainan agama akibat dasar akal liberal yang membenarkan pluralism berlaku di dalam perkahwinan, sudah pun ikatan perkahwinan itu diikat seawal tahun 70 an. Ia berlaku sebelum ledakan revolusi kebangkitan Islam di seluruh dunia pada dekad 70 an, selepas itu ia menjadi hampir senyap dan kini ia timbul kembali dengan begitu drastik. Bukan kerana dengki atau pun sakit hati, tetapi di atas dasar simpati kepada mereka di atas pencarian kebahagiaan yang dirasakan mereka hakiki itu, kesilapan terbesar dilakukan mereka di dalam kehidupan mereka. Sangka mereka panas hingga ke petang, rupanya hujan datang ditengah hari.

Kes pertama ini membincangkan perkahwinan antara seorang Kristian yang warak di dalam agamanya dengan seorang perempuan muslim yang juga ‘warak’ di dalam perkahwinan plural. Ke mana hala tuju mereka sebenarnya di dalam fantasi ini? Sebagaimana yang telah maklum, mana-mana muslim yang beriman kepada Allah dan diberikan Rahmat oleh Allah akan memperolehi syurga dan menetap di dalamnya sebagai seorang manusia dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Di dalam kes perkahwinan plural ini, sudah tentunya si muslimah ‘yang warak’ itu (pada pemikiran mereka yang sempit) akan memasuki ‘syurga’. Apa pula nasib suaminya yang beragama Kristian?

Di dalam kepercayaan Kristian berlandaskan teks Bible mereka, mana-mana lelaki kristian yang beriman dan warak itu, selepas daripada mati mereka, akan dibangkitkan sama sepertimana malaikat. Dinyatakan dengan tegas juga bahawa mereka tidak akan bersama-sama isteri mereka di kehidupan selepas kebangkitan semula nanti. Ianya diceritakan di dalam Luke fasal 20 ayat 27 hingga 36. petikannya seperti di bawah :

20:27 Then came to him certain of the Sadducees, which deny that there is any resurrection; and they asked him, 20:28 Saying, Master, Moses wrote unto us, If any man's brother die, having a wife, and he die without children, that his brother should take his wife, and raise up seed unto his brother. 20:29 There were therefore seven brethren: and the first took a wife, and died without children. 20:30 And the second took her to wife, and he died childless. 20:31 And the third took her; and in like manner the seven also: and they left no children, and died. 20:32 Last of all the woman died also. 20:33 Therefore in the resurrection whose wife of them is she? For seven had her to wife. 20:34 And Jesus answering said unto them, The children of this world marry, and are given in marriage 20:35 But they which shall be accounted worthy to obtain that world, and the resurrection from the dead, neither marry, nor are given in marriage 20:36 Neither can they die any more: for they are equal unto the angels; and are the children of God, being the children of the resurrection. (Maka datanglah kepada Jesus beberapa orang Saduki, yang tidak mengakui adanya kebangkitan. Mereka bertanya kepadanya:
20:28 "Wahai mua’lim, Musa menuliskan perintah ini untuk kita: Jika seorang, yang mempunyai saudara laki-laki, mati sedang isterinya masih ada, tetapi ia tidak meninggalkan anak, saudaranya harus kawin dengan isterinya itu dan membangkitkan keturunan bagi saudaranya itu. 20:29
Adalah tujuh orang bersaudara. Yang pertama berkahwin dengan seorang perempuan lalu ia mati dengan tanpa meninggalkan zuriat. 20:30 Lalu perempuan itu dikahwini oleh lelaki yang kedua, 20:31 dan oleh yang ketiga dan demikianlah berturut-turut oleh ketujuh saudara itu, mereka kesemuanya mati dengan tidak meninggalkan anak. 20:32 Akhirnya perempuan itupun mati. 20:33 Bagaimana sekarang dengan keadaan perempuan itu, siapakah di antara orang-orang itu yang akan menjadi suaminya pada hari kebangkitan? Ini disebabkan ketujuh-tujuhnya telah memperisterikannya." 20:34 Jawab Jesus kepada mereka: "Orang-orang dunia ini berkahwin dan dikahwinkan, 20:35 tetapi mereka yang dianggap layak untuk mendapat bahagian dalam dunia yang lain itu dan dalam kebangkitan dari antara orang mati, tidak akan berkahwin dan tidak dikahwinkan. 20:36 Sebab mereka tidak dapat mati lagi; mereka sama seperti malaikat-malaikat dan mereka adalah anak-anak Tuhan, karena mereka telah dibangkitkan.)

Kisah yang sama boleh di baca di dalam Matthew (Matius) fasal 22 ayat 41 hingga 46 dan Mark (Markus) fasal 12 ayat 18 hingga 27. Cerita yang dipetik tersebut menceritakan kejadian sehari selepas Jesus menyumpah pohon Tinn@ Ara sehingga mati kerana ia tidak berbuah pada saat ia berasa lapar. Pertanyaan itu ditanyakan golongan Saduki c selesai Jesus berkhutbah di sana setelah dia pada awalnya memberontak dan mengamuk di pintu masuk synagogue di Jerusalem. Perbuatan Jesus menerbalikkan meja-meja pengurup mata wang dan peniaga-peniaga merpati di hadapan synagogue tersebut disebabkan oleh mereka pada matanya tidak mengikuti syariat bahawa rumah Tuhan itu untuk dimuliakan dan bukan sebagai tempat ‘persembunyian pencuri-pencuri’. Perbuatan ini sangat bertentangan dengan apa yang dia perintahkan kepada para pengikutnya sebelum ini di dalam Matthew fasal ayat 39seperti yang dipetik berikut:

5:39 But I say unto you, That ye resist not evil: but whosoever shall smite thee on thy right cheek, turn to him the other also. (Tetapi aku katakan kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berikanlah juga kepadanya pipi kirimu.).

Ianya diulang sekali lagi di dalam Luke fasal 6 ayat 29. Persoalannya, kenapakah dia yang dianggap Tuhan oleh orang-orang Kristian tidak boleh bersabar dengan penghinaan terhadap kemuliaan rumahnya, sedangkan manusia-manusia yang dipukul pipinya pada sebelah kanan, disuruh Jesus untuk bersabar dan menyerahkan pipi mereka yang sebelah kiri pula untuk dipukul. Bukankah kepimpinan melalui tauladan. Jika Tuhan sendiri tidak dapat bersabar, layakkah dia menasihati manusia untuk bersabar bila maruah mereka dicemar. Perbuatan memukul muka itu merupakan satu perbuatan yang mencemarkan maruah mereka-mereka yang dipukul pada bahagian tersebut. Kerana itulah Rasulullah melarang memukul muka hatta di dalam peperangan. Peliknya, ada pula ustaz yang muncul di kaca t.v. melakonkan adegan memukul muka sebagai lakonan memberikan jawapan kepada soalan biadab yang dikemukakan salah seorang pelakon yang berlakon mempertikaikan hukuman api neraka yang akan dikenakan kepada syaitan yang juga diperbuat dari api. Harap ditelitikan terlebih dahulu mengenai skrip dan perbuatan-perbuatan di dalam lakonan agar batas sempadan tidak dilanggar.

Berbalik kepada topik asal. Setelah diamuk penjual merpati dan pengurup wang tersebut, Jesus kemudiannya menyampaikan khutbah di rumah suci terbabit. Sebagaimana yang dipetik awal di atas, dinyatakan bahawa kemudian dari itu, muncul golongan Saduki mempertikaikan tentang kelahiran semula selepas mati. Ianya dilakukan mereka dengan mengemukakan soalan berkenaan seorang wanita yang berkahwin dengan ketujuh-tujuh saudara lelaki di dalam satu keluarga. Jelas dikatakan oleh Jesus bahawa, selepas dari kematian, manusia akan dibagkitkan kembali sama seperti malaikat, dan malaikat itu tidak berkahwin, tidak kira melibatkan upacara atau pun hidup bersama sebagai pasangan.

Jelas di sini bahawa mereka di dalam Kristian tidak akan disatukan kembali sebagai satu pasangan suami isteri sebagaimana di dunia. Tetapi, bagaimana pula dengan kata-kata Jesus di dalam Matthew fasal 19 ayat 29 seperti berikut:

19:29 And every one that hath forsaken houses, or brethren, or sisters, or father, or mother, or wife, or children, or lands, for my name's sake, shall receive an hundredfold, and shall inherit everlasting life. (Dan setiap mereka yang meninggalkan rumah-rumah mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau saudara-saudara perempuan mereka, atau bapa, atau ibu, atau isteri, atau tanah ladang, demi aku, akan menerima bagi mereka seratus kali ganda (dai apa yang mereka miliki sekarang), dan akan kekal hidup selama-lamanya.)

Apa maksud semua ini? Kenapa ia bercanggah dengan apa yang dikatakan Jesus kemudiannya di dalam Matthew fasal 22 pada ayat 41 hingga 46 dan ayat 26 hingga 47 di dalam Mark fasal 12 sebelumnya ? 100 kali ganda? Bukankah ini bermakna bahawa jika seseorang itu memiliki seorang isteri, maka dia akan diberikan tambahan 99 lagi di kehidupan akan datang? Mereka (faithfreedom & blog syurga Islam) menuduh syurga di dalam Islam itu seperti parti seks.. tetapi lihatlah kitab mereka sendiri. Atau apakah perkara sebenarnya yang mahu disampaikan Jesus?

Mathhew Henry di dalam Tafsir Biblenya menjelaskan seperti berikut:

A recompense of these losses is here secured. Thousands have dealt with Christ, and have trusted him far; but never any one lost by him, never any one but was an unspeakable gainer by him, when the account came to be balanced. Christ here gives his word for it, that he will not only indemnify his suffering servants, and save them harmless, but will abundantly reward them. Let them make a schedule of their losses for Christ, and they shall be sure to receive, First, A hundred-fold in this life; sometimes in kind, in the things themselves which they have parted with. God will raise up for his suffering servants more friends, that will be so to them for Christ's sake, than they have left that were so for their own sakes. (Penebusan kepada semua kerugian/kehilangan ini adalah dijamin. Ribuan yang telah berkhidmat dengan (Jesus) Christ, dan secara mendalam mempercayainya; tetapi tiada sesiapa pun (dikalangan mereka) yang kerugian disampingnya, tiada pernah sesiapa pun yang sentiasa disampingnya (Jesus)melainkan mereka adalah penerima nikmat yang besar, apabila amal perbuatan mereka diimbangkan nanti. Christ memberikan janjinya tentang perkara tersebut, bahawa dia tidak hanya akan memberikan ganti rugi kepada pengikut-pengikutnya yang mengalami kesengsaraan, dan menyelamatkan mereka dari bahaya, tetapi akan turut melimpahkan nikmat yang besar kepada mereka. Biar mereka menyenaraikan kerugian yang dialami mereka demi Christ, dan mereka sudah pastinya akan mendapatkannya kembali. Yang pertama, seratus kali ganda daripada apa yang mereka tinggalkan (di dunia ini), terkadangnya di dalam (bentuk penggantian kepada perkara) yang hampir sama, kepada apa yang ditinggalkan mereka. Tuhan akan membangkitkan kepada pengikut-pengikutnya yang mengalami kesengsaraan dengan lebih ramai sahabat, yang akan diberikan kepada mereka kerana (keikhlasan mereka di dalam khidmat mereka kepada) Christ, (dan ia lebih baik) dari apa yang ditinggalkan mereka, kerana (jika tidak ditinggalkan) ke semua itu (iaitu harta benda, ibu bapa, anak isteri dan kawan-kawan) hanyalah demi untuk kepentingan mereka sendiri.)

Mathhew Henry sebagaimana yang dipetik di atas menjelaskan bahawa, nikmat berharta dan berkeluarga yang ditinggalkan demi kerana Jesus dan ajaran Gospel akan digantikan dengan nikmat yang seratus kali ganda lebih hebat. Dia juga menegaskan bahawa penggantian itu tidak semestinya di dalam bentuk ibu bapa, isteri dan anak-anak sebagaimana yang dimiliki mereka di dunia. Tetapi akan digantikan dengan perkara yang lebih kurang serupa di dalam bentuk tetapi dengan kehebatan yang mencapai seratus kali ganda. Dia menyatakan demikian kerana dia sedar, apabila dia menghujahkan ayat terbabit, seboleh-bolehnya percanggahan Matthew fasal 19 ayat 29 dengan apa yang dijelaskan Jesus di dalam Matthew fasal 22 ayat 41 hingga 46, Luke fasal 20 ayat 27 hingga 36 dan Mark (Markus) fasal 12 ayat 18 hingga 27 berkenaan jawapan Jesus kepada golongan Saduki itu tidak timbul.

Tetapi mahukah orang-orang Kristian bersetuju dengan apa yang dihujahkan Matthew Henry di dalam komentar Biblenya berkenaan ayat 29 Matthew fasal 19 di atas bahawa ibu mereka nanti di kerajaan langit akan digantikan dengan ibu yang lebih baik seratus kali ganda, tetapi dalam masa yang sama dia bukan ibu sebenar mereka? Jika ditanyakan kepada saya, seburuk mana pun ibu saya, saya tetap tidak mahu mengaggantikannya dengan orang yang lain biar pun yang cuba digantikan itu seratus kali ganda lebih baik kualitinya daripada ibu saya yang sebenar. Seribu kali ganda, seratus ribu kali ganda, sejuta kali ganda sekalipun, tidak sekali-kali saya mahu disatukan dengan orang yang bukan ibu saya biar pun yang akan menggantikannya merupakan malaikat! Bukan syurga namanya jika tidak dapat saya disatukan dengan ibu tersayang! Ibu saya masih ada. Cuba tanyakan kepada mana-mana individu tidak kira apa juga agama anutan mereka yang sudah kematian ibu atau bapa mereka, apakah yang mereka mahukan selepas mereka mati nanti? Pastinya salah satu daripada permintaan mereka ialah disatukan dengan ibu bapa mereka kembali! Cuba tawarkan kepada mereka seorang yang lain atau pun malaikat yang lebih baik seratus kali ganda dari ibu mereka di dunia untuk digantikan diakhirat nanti, apakah mereka bersetuju dengan tindakan demikian?!!! Ibu, bapa, suami, isteri dan anak-anak itu tiada gantinya. Setiap yang kehilangan mereka, pastinya mengharapkan pertemuan semula dengan semua yang disayangi di dalam kehidupan selepas mati nanti. Tetapi, nikmat sedemikian hanya ditawarkan oleh agama Islam. Ya... memang hanya agama Islam menawarkan syurga dengan berkumpulnya kembali semua ahli keluarga yang beriman kepada Allah tanpa Allah menggantikan mereka dengan sesuatu yang lain, malah nikmat tersebut ditambah dengan pelbagai pemberian lagi tanpa dihitung dan dikirakan. Allah Tuhan yang Maha Mengetahui, sudah tentunya Dia tahu apa yang hamba-hambaNya terlalu rindukan akibat kehilangan satu ketika dulu di dunia. Dikembalikannya kita kepada keluarga kita mengikut permintaan yang dikemukakan kepadaNya. Jadi nikmat apakah yang lebih besar selain dari melihat wajah Tuhan diakhirat dan disatukan kembali dengan semua yang kita sayangi di syurga nanti? Tawaran ini hanya diberikan Allah kepada mereka yang Islam. Ianya tidak ditawarkan lain-lain agama selain Islam. Isikandungan kitab-kitab suci mereka sendiri mengesahkan tentang perihal ini. Beruntunglah orang-orang Islam dan rugi besarlah mereka-mereka yang silap membuat percaturan dengan meninggalkannya demi kebahagiaan singkat yang bersifat tidak kekal itu.

Jadi mahukah mereka bersetuju dengan komentar Matthew Henry sedangkan secara harfiah ayat itu menjelaskan bahawa mereka akan disatukan dengan ibu bapa, harta benda dan anak isteri di dalam syurga nanti? Saya rasa tidak.. lihat sahaja contoh petikan akhbar berkenaan isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, mendiang Ronald Reagan. Isterinya pada setiap hari di dalam sisa-sisa hidupnya mengharapkan agar dapat dia bertemu kembali isterinya di dalam kerajaan langit nanti. Malah dia juga menyatakan bahawa salah seorang paderi yang ditanyakannya mengenai hakikat pertemuan tersebut selepas dari kematian mereka, mendakwa bahawa dia akan disatukan kembali dengan suaminya nanti. Tetapi, hakikatnya menurut kitab panduan mereka, ianya tidak sama sekali akan berlaku. Baca petikan artikel di bawah ini.

Hujahan Matthew Henry berkenaan ayat di dalam Matthew fasal 19 ayat 29 ini dilakukan sebagai percubaan untuk menutup percanggahan antara ayat tersebut dengan jawapan yang diberikan Jesus kepada golongan Saduki apabila mereka mempertikaikan kelahiran semula selepas mati. Kenapa saya kata demikian? Ini kerana melalui pemahaman terhadap ayat 29 Matthew fasal 19 tersebut, jelas bahawa kesemua yang akan mati, digantikan segala kehilangan mereka itu dengan ibu bapa, anak isteri dan harta benda dengan nikmat seratus kali ganda. Pemahaman secara literal menjelaskan ada pertemuan nanti dengan apa yang ditinggalkan, tetapi ayat tersebut membawa percanggahan dengan jawapan Jesus kepada golongan Saduki seperti dipetik awal tadi. Masalah dengan pentafsir Bible ialah mereka gemar bermain dengan allegory (makna-makna yang dirasakan mereka tersirat disebalik apa yang tersurat di dalam Bible) dan permainan kata-kata. Percubaan Matthew Henry itu untuk menjelaskan ayat terbabit supaya dapat menutup percanggahan dengan jawapan Jesus kepada golongan Saduki itu tidak seberani dengan tindakan yang dibuat oleh penterjemah-penterjemah Bible lain selepas dari era terjemahan Authorized Version/King James. Tidak percaya, saya bentangkan di bawah ini beberapa terjemahan Bible milik saya dan perhatikan bagaimana mereka ini menghilangkan maksud sesuatu ayat dengan melupuskan sesetengah perkataan bagi menyembunyikan dan sekaligus cuba menyelarikan maksud ayat 29 Matthew fasal 19 dengan jawapan Jesus kepada golongan Saduki. Semua ini ada kaitan dengan gerakan pengumpulan teks-teks Bible kuno dan penterjemahan yang akan saya ceritakan serba sedikit di dalam artikel yang lain. InsyaAllah.

Kesemua yang dibentang di bawah ini merupakan ayat 29 Matthew fasal 19 di dalam terjemahan-terjemahan Bible berbeza mengikut zaman dan penggunaannya di dalam Mazhab Kristian yang berbeza.

Pertama : Bible Douay-Rheims

Bahagian New Testamentnya disiapkan pada 1582 masihi dan Old Testamentnya disiapkan dan diterbitkan pertama kali pada 1609 & 1610 masihi. Ia kemudiannya disemak semula oleh Bishop Richard Challoner pada 1749 hingga 1752 masihi dengan membuat perbandingan dan penelitian terhadap teks Latin Vulgate yang disiapkan St. Jerome pada kurun ke 4 masihi. Berikut merupakan ayat 29 Matthew fasal 19 di dalam salinan Bible Douay-Rheims yang dimiliki saya.

19:29. And every one that hath left house, or brethren, or sisters, or father, or mother, or wife, or children, or lands for my name's sake, shall receive an hundredfold, and shall possess life everlasting.

Kedua : Bible King James Versions/ Authorized Versions

Versi yang disiapkan pada 1611 masihi atas arahan King James 1. Berikut petikan daripada Bible versi tersebut yang saya miliki.

29And every one that hath left house, or brethren, or sisters, or father, or mother, or wife, or children, or lands for my name's sake, shall receive an hundredfold, and shall possess life everlasting.

Pada kedua-dua terjemahan yang dibuat sekitar abad ke 15 dan 16 masihi, petikan ayat 29 Matthew fasal 19 itu masih kelihatan sama. Berikut terjemahan-terjemahan Bible moden.

New World Translation

Saya membeli Bible ini dari seorang penganut Jehovah’s Witness di sini (Pulau Pinang). Ia merupakan terjemahan yang diusahakan sekitar tahun 1950 hingga 1960. Revisi 1984 milik saya ini memuatkan petikan ayat 29 Matthew fasal 19 seperti berikut.

29 And everyone that has left houses, or brothers, or sisters, or father, or mother, or children, or lands for the sake of my name will receive many times more and will inherit everlasting life.

Perhatikan bagaimana perkataan or wife itu sudah dihilangkan dengan sengaja. Perhatikan juga perkataan an hundredfold sudah disesuaikan dengan perkataan many times more.

Today’s English Version

Ini Bible pertama milik saya. Ia merupakan usaha penterjemahan New Testament Bible ke dalam bahasa Inggeris moden yang diusahakan American Bible Society pada 1966. Bible ditangan saya ini merupakan edisi ke empat (Edisi British), Special Missionary Edition yang diterbitkan pada 1976. Berikut petikan ayat 29 Mathhew fasal 19:

29 And everyone who has left houses or brothers or sisters or father or mother or children or fields for my sake, will receive a hundred times more and will be given eternal life.

New International Version

29 And everyone who has left houses or brothers or sisters or father or mother or children or fields for my sake will receive a hundred times as much and will inherit eternal life.

New Living Bible

And anyone who gives up his home, brothers, sisters, father, mother, wife, children or property, to follow me, shall receive a hundred times as much in return and shall have eternal life.

Jelas, perkataan or wife itu sudah dikeluarkan di dalam terjemahan-terjemahan Bible yang lebih moden seperti yang saya miliki kecuali New Living Translation & New King James Version (dan termasuk juga softcopy American King James Versions, Darby Bible Translations, Webster Bible Translation dan Young Literal Translation yang saya miliki, kesemuanya masih memasukkan perkataan or wife atau pun wife ke dalam terjemahan Mathhew fasal 19 ayat 29 tersebut).

Persoalaan yang timbul di sini ialah, kenapa ia dibuang? Kenapa tidak ada konsistensi di dalam teks-teks yang dikatakan menjadi rujukan kepada semua Bible yang diterjemahkan di atas. Sepanjang pengetahuan saya, apakah ia ada kena mengena dengan desakan hak asasi wanita yang memandang kenyataan tersebut sebagai berbaur seksis? Atau mungkinkah kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pembaca Bible apabila meneruskan pembacaan mereka sehingga Matthew fasal 22 nanti? Bolehkah ayat-ayat dari Tuhan dibuang sesuka hati? Jika boleh dibuang sesuka hati oleh manusia, tentu sahaja ia menggambarkan Tuhan itu sebagai Pelupa dan membuat kesilapan. Bukankah sifat ini tidak layak bagi Tuhan?

Perhatikan.. Perhatikan.. dan perhatikan dengan akal yang segar yang diberikan Allah untuk membuat penilaian dan berfikir bukan atas cakap-cakap orang atau cadangan-cadangan orang lain. Akal itu milik mutlak dan puncak maruah seseorang manusia itu. Diletakkan dengan perlindungan pada bahagian paling atas dengan otak sebagai jenteranya. Dimuliakan Allah dengan sekelumit sifat-Nya. Maka jangan mudah terpengaruh dengan apa jua dakyah, propaganda, kuasa-kuasa luar yang mencadangkan hala tuju keputusan akal dan sebagainya. Perhatikan.. perhatikan.. dan terus perhatikan! Ayat 29 hingga 31 di dalam Matthew fasal 19 di atas telah diubah oleh tangan manusia. Saya highlightkan kedua perkataan or wife di atas bagi menunjukkan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa setia menunggu posting blog satuhala ini biar pun kemunculan artikelnya seperti biskut.. sekejap ada dan sekejap tidak.

Ayat yang saya petik itu merupakan petikan dari Bible versi King James/ Authorized Version, Bible yang telah diubah selepas era Reformasi pada kurun ke 16. Timbul satu lagi persoalan apabila saya merujuk kepada terjemahan New King James Translation. Di dalam Bible ini, para penyusunnya dengan begitu berani menunjukkan kepada para pembacanya yang mana satu ayat-ayat yang dimuatkan dalam ke semua Gospel terbabit merupakan ucapan-ucapan yang sebenarnya diucapkan oleh Jesus.

Mereka melakukannya dengan menegaskan (highlight) ayat-ayat yang dikatakan diucapkan oleh Jesus dengan tulisan berwarna merah. Maka, apabila bertemu sahaja dengan ayat-ayat yang ditulis dengan dakwat merah di dalam terjemahan Bible tersebut, ianya merupakan perkataan-perkataan yang diyakini mereka keluar dari mulut Jesus sepertimana yang didakwa mereka. Persoalannya.. kenapakah jika mereka betul-betul berani dan yakin bahawa Matthew fasal 19 pada ayat 29 merupakan ucapan sebenar dari Jesus, penterjemah-penterjemah Bible yang lain boleh sesuka hati membuang perkataan or wife dari bible terjemahan mereka?

Beberapa terjemahan Bible milik saya yang memuatkan nota kaki bagi ayat-ayat yang selari antara ayat-ayat lain yang terdapat di dalam Bible. Tetapi kesemuanya juga seakan-akan cuba menyembunyikan kenyataan bahawa terdapat ayat yang serupa di dalam Luke (Lukas) fasal 18 ayat 29 yang masih lagi memuatkan perkataan or wife di dalamnya. Sedangkan bagi ayat-ayat lain di dalam Bible, mereka akan menunjukkan di mana terdapatnya ayat-ayat yang selari di lain-lain tempat di dalam Bible, tetapi ianya tidak dilakukan mereka untuk ayat 29 Matthew fasal 19 ini. Kenapa takut untuk menyatakan bahawa di dalam Luke fasal 18 ayat 29, terdapat ayat yang sama tetapi memuatkan perkataan or wife bagi semua terjemahan yang ada. Oleh kerana wujud dua ayat yang sama tapi berbeza di dalam Matthew dan Luke, timbul pula persoalan baru berkenaan perihal ini. Persoalan yang timbul ialah, persaksian siapa antara keduanya yang betul? Matthew atau Luke? Apa pula kriteria yang mahu mereka gunakan untuk menyatakan mana satu pihak yang betul dan mana satu pihak yang kurang betul?

Lebih menarik lagi berkenaan perkara ini ialah apabila perbandingan teks terjemahan Bible yang dimiliki saya dilakukan dengan terjemahan Teks Bible antara yang paling tua yang wujud dan boleh diakses secara online di internet. Menurut Maulana Rahmatullah Kairanvi (semoga Allah memberkati segala usahanya dan memberi rahmat dan kesudahan yang baik kepadanya) terdapat 3 (tiga) buah Codex Bible tertua yang wujud dan dijumpainya sehingga ke masa beliau melengkapkan kitab Izharul Haq susunannya. Ketiga-tiga Codex tersebut adalah seperti berikut:

1) Codex Alexandrinus

2) Codex Vaticanus

3) Codex Sinaiticus

Oleh kerana akses kepada Codex-Codex ini hanya dibenarkan kepada pihak-pihak tertentu, maka apa yang cuba diusahakan ini terhad kepada had akses kepada segala sumber yang ada. Tetapi, jalan mencari kebenaran itu sentiasa dipermudahkan Allah. Semasa sedang cuba mendapatkan akses untuk merujuk ketiga-tiga Codex lama ini dan setelah hampir mengambil keputusan untuk berhenti melakukannya buat sementara waktu akibat kekangan akses, kewangan dan bagi menyiapkan tulisan bahagian ini, saya mengambil ruang berehat dengan menonton saluran berita CNN di rangkaian 511 Astro. Allah itu Maha Besar. Ketika saluran itu dibuka, satu berita gembira untuk saya dibacakan pembaca beritanya mengenai usaha menerbitkan Codex Sinaiticus dan membuka akses online-nya kepada masyarakat dunia. Tanpa membuang masa, saya mengakses seberapa banyak lembaran kitab tersebut semampu saya untuk dibuat perbandingan dengan terjemahan-terjemahan Bible yang saya miliki. Antaranya ialah lembar yang memuatkan Matthew fasal 19 di dalam perbincangan ini. Sangat menarik apabila Bible yang didakwa sebagai Codex lengkap dari kurun ke empat masihi ini memuatkan perkataan ή γυναίκα di dalam bahasa Greek yang membawa pengertian atau isteri/wanita di dalam Matthew fasal 19 ayat 29. Lebih menarik lagi apabila tetingkap yang memuatkan terjemahan Bahasa Inggeris kepada Codex disebelahnya, samada secara sengaja ataupun tidak, membuang perkataan or wife sepertimana yang dilakukan oleh penterjemah-penterjemah Bible yang modern. Persoalannya disini ialah, dimanakah integriti penterjemah yang diamanahkan menterjemahkan Codex ini sekiranya terjemahan yang dihasilkannya itu tidak bersandarkan kepada teks-teks asal. Malah penyalinan semula teks Greek lama kepada modern dibahagian tetingkap di atas tetingkap terjemahan Inggeris juga telah dimuatkan dengan ‘pembetulan’ terhadap teks Codex Sinaiticus tersebut. Tetapi sekurang-kurangnya, pada tetingkap bahasa Greek modern tersebut dinyatakan serta ditegaskan perkataan-perkataan yang ditambahkan kepada teks Codex Sinaiticus asal dengan tulisan berwarna biru. Jelas di sini keikhlasan mereka menterjemahkan teks asal Codex ini boleh dipersoalkan. Perbandingkan lampiran di bawah ini.



Sebenarnya mereka ini memahami psikologi majoriti manusia. Majoriti manusia hanya suka menjadi pak turut dan mempercayai segala apa yang cuba dihumbankan kepada mereka. Lebih teruk lagi peringkat ketaksuban dan tahap malas menggunakan akal itu apabila mereka berhadapan dengan golongan yang merasakan diri mereka dekat dengan agama dan golongan yang mahu mendekatkan diri kepada agama tetapi bersikap malas untuk menggunakan akal dan gemar bertaklid buta. Tidak kira apa jua agama anutan, ketaksuban dan bertaklid buta kepada golongan agama secara sembrono ini terlalu banyak mudaratnya. Allah s.w.t. memberikan akal dan keupayaan untuk berusaha dan sentiasa Dia secara konsisten di dalam kitab-kitab yang diwahyukanNya menyuruh manusia itu menggunakan akal fikiran di dalam menilaikan sesuatu yang diberikan, dicadangkan, difatwakan secara individu atau pun dicakapkan oleh sesiapa sahaja termasuk golongan yang memperkenalkan diri mereka sebagai ulama’ kerana mereka tidak maksum dan tiada manusia yang maksum dilahirkan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Dari awal penulisan saya dan kerap di dalam pelbagai artikel di dalam blog ini seringkali saya ingatkan, jangan terlalu mempercayai sesuatu itu sebelum kita sendiri menilaikan dan menyiasat mengenai perkara yang cuba dibawakan oleh mana-mana pihak. Ini termasuk penulisan di blog ini, jangan terlalu mempercayai apa yang dituliskan di sini sebelum anda sendiri menyiasat dan menilaikannya.

Berbalik kepada persoalan asal, kenapa di dalam Matthew fasal 19 ayat 29 membuang perkataan or wife tetapi perkataan yang sama masih dibiarkan mereka dimuatkan di dalam Luke fasal 18 ayat 29? Kebiasaan bagi mana-mana orang Kristian apabila ditanyakan kepada paderi mereka apa cara terbaik untuk membaca New Testament di dalam Bible, mereka akan mencadangkan memulakannya dengan membaca Gospel of Mark atau Gospel of Matthew terlebih dahulu. Selepas dari menghabiskan salah satu dari keduanya, mereka mencadangkan supaya terus sahaja disambung membaca Act of the Apostles dan Epistles (Surat-surat) yang seterusnya di dalam Bible. Menurut alasan yang diberikan mereka, ke empat-empat Gospel awal yang dimuatkan di dalam New Testament (Matthew, Mark, Luke dan John) memuatkan cerita mengenai peristiwa yang berlaku kepada Jesus dan pengikutnya sehingga ke peringkat kebangkitan semula Jesus dari makamnya, dan ia diceritakan dalam bentuk yang hampir sama di dalam ke empat-empat Gospel tersebut. Maka, tidak perlu membaca ke empat-empatnya sekaligus kerana ia ibarat pengulangan kepada cerita yang sama. Lalu Act of the Apostles, dicadangkan sebagai kesinambungan kepada pembacaan mana-mana satu daripada Gospel of Mark atau Matthew yang awal itu tadi.

Tetapi pembacaan di dalam kaedah yang dicadangkan mereka itu sebenarnya memberikan kelebihan kepada mana-mana pengkhutbah Bible supaya percanggahan-percanggahan fakta dan ayat-ayat yang wujud antara ke empat-empat gospel tersebut tidak sampai ke pengetahuan mana-mana penganut yang membaca dan mahu meneliti teks-teks di dalam ayat kitab suci mereka.

Apa yang jelas, ke semua terjemahan Bible pada ayat 29 Luke fasal 18, bersetuju memuatkan perkataan wife/or wife di dalamnya. Ia memberikan maksud bahawa mereka akan disatukan kembali dengan YANG HAMPIR SAMA TETAPI SERATUS KALI GANDA LEBIH BAIK daripada apa yang mereka tinggal di dunia di dalam mematuhi dan menurut jalan Gospel. Bersetujukah pengikut-pengikut Kristian untuk disatukan kembali dengan mereka yang bukan ibu mereka tetapi dengan kualiti seratus kali lebih baik semasa di kerajaan langit nanti? Biar mereka tanyakan kehendak diri mereka sendiri... untuk penjelasan ringkas tetapi lanjutan kepada permasalahan terjemahan ayat-ayat yang berbeza di dalam Bible ini, sila rujuk nota kaki di penghujung artikel ini. e

Sudah jelas bahawa Matthew Henry di dalam komentar Biblenya cuba menjadikan Matthew fasal 19 ayat 29 selari dengan maksud jawapan Jesus kepada golongan Saduki di dalam Matthew fasal 22 ayat 41 hingga 46. Jika itu yang dijelaskan, bermakna sangat jelas bahawa kesemua yang telah mati itu tidak akan bersatu di kerajaan langit nanti sebagaimana bersatunya perhubungan mereka di dunia. Maka, malanglah bagi wanita muslim yang singkat di dalam usaha berfikirnya apabila dia menyangkakan bahawa dia akan mengecapi kebahagiaan selama-lamanya bersama suaminya yang tercinta tetapi beragama Kristian. Ini bukan fitnah. Ia merupakan apa yang diajarkan mereka di dalam kitab suci mereka sendiri. Jadi sangat jelas bahawa satu-satunya agama yang menawarkan kebahagiaan selama-lamanya di dalam perhubungan sesama manusia di dalam nikmat yang tak terhingga itu hanya diberikan oleh Islam.

Bagi mana-mana Kristian yang berdosa, mengikut kitab mereka, neraka akan menjadi tempat mereka kembali. Di dalam dialog saya dengan Flaneldez sebelum ini, berulang kali dia mendakwa tidak wujud neraka di dalam doktrin Kristian sedangkan beberapa kali saya menjelaskan kepadanya bahawa neraka dan konsepnya wujud di dalam merata-rata tempat di dalam Bible. Sebagai contoh beberapa ayat di bawah ini saya bawakan sebagai contoh rujukan bagi mereka-mereka yang menggunakan tulisan blog ini sebagai rujukan.

Luke fasal 12

12:4 And I say unto you my friends, Be not afraid of them that kill the body, and after that have no more that they can do. 12:5 But I will forewarn you whom ye shall fear: Fear him, which after he hath killed hath power to cast into hell; yea, I say unto you, Fear him.

Mark fasal 9

9:43 And if thy hand offend thee, cut it off: it is better for thee to enter into life maimed, than having two hands to go into hell, into the fire that never shall be quenched: 9:44 Where their worm dieth not, and the fire is not quenched. 9:45 And if thy foot offend thee, cut it off: it is better for thee to enter halt into life, than having two feet to be cast into hell, into the fire that never shall be quenched: 9:46 Where their worm dieth not, and the fire is not quenched. 9:47 And if thine eye offend thee, pluck it out: it is better for thee to enter into the kingdom of God with one eye, than having two eyes to be cast into hell fire: 9:48 Where their worm dieth not, and the fire is not quenched. 9:49 For every one shall be salted with fire, and every sacrifice shall be salted with salt.

Begitu juga dengan cerita mengenai nasib yang menimpa Lazarus si pengemis dan si kaya yang melemparkan sedekah kepadanya. Di mana di hari kebangkitan si Lazarus dimasukkan ke dalam Syurga dan si kaya itu diseksa di dalam api neraka. Ia dicatatkan di dalam Luke fasal 16 ayat 31.

al Baqarah ayat 221

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun (perempuan musyrik itu) keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba abdi lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah) kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Jadi.. perlukah diperjelaskan lagi ayat di atas. Sesungguhnya apabila Allah berjanji kepada kita bahawa kebahagian selama-lamanya itu hanya wujud di dalam Islam, maka ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Tuhan yang Maha Benar akan setiap perkataanNya dan apa yang dijanjikanNya. Harap semua sahabat pengunjung dapat memanfaatkan usaha penjelasan ini dan semoga Allah memberkati usaha ini. Sekali lagi saya memetik penghujung ayat dari surah al Baqarah ayat 221 sebagai penegasan.. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Wallahua’lam....

Nota Kaki :

a
Ingat bahasa-bahasa puitis di dalam lagu-lagu Melayu seperti yang mengandungi bait-bait kata ‘panahan Arjuna’ sebagai menggambarkan bagaimana jiwa itu terpanah cinta unggul yang membawa kepada perasaan cinta antara mana-mana pasangan di dalam khayal lagu-lagu melayu itu, sebenarnya berasal dari Kisah Arjuna di dalam Epik Hindu Mahabhrata. Ia mengisahkan tentang Arjuna yang memenangi satu Swayamvara (iaitu pertandingan memanah bagi merebut hadiah. Hadiah yang merupakan sebuah perkahwinan dengan pengantin perempuan yang telah disediakan. Di dalam cerita ini perkahwinan itu akan dilangsungkan dengan seorang puteri Pancahala bernama Draupadi). Di dalam pertandingan yang dihadiri oleh ramai putera-putera raja dari kerajaan berdekataan, Arjuna dan adik-beradiknya yang berketurunan Pandava memasuki pertandingan tersebut dan menyamar sebagai orang-orang Brahmin. Di dalam pertandingan tersebut, mereka yang mahu mengahwini Draupadi perlu memanah dengan tepat sasaran, iaitu sebuah sasaran yang berlubang di tengah yang digantungkan pada sebuah jentera yang ditegakkan ke langit. (Ada juga yang manfsirkan sasaran tersebut berupa objek seekor ikan buatan yang diletakkan kepada sebuah cakera yang berputar yang digantung kepada bumbung di atas sebuah takungan air). Mereka yang menyertainya perlu memanah sasaran tersebut dengan melihatkan kepada bayangan ikan itu di dalam takungan air dan tidak dibenarkan memandang ke atas. Arjuna yang hebat di dalam ilmu memanah memenangi pertandingan tersebut setelah semua busur panah tidak berjaya ditarik oleh semua yang menghadiri swayamvara tersebut, kecuali Arjuna dan Karna. Pada mulanya ketika Karna dapat memasang anak panah pada busur dan ia berjaya menarik anak panah dan hampir membidik sasaran tersebut, Draupadi lantas bangun bersuara dengan menegaskan bahawa dia tidak mahu Karna, yang merupakan seorang Suta, daripada dikahwinkan dengannya. Mendengarkan kata-kata Draupadi, Karna melemparkan busur panah itu lalu ketawa tetapi wajahnya mempamerkan rasa kecewa. Percubaan demi percubaan oleh peserta-peserta lain gagal sehinggalah Arjuna berjaya memanah jatuh sasaran tersebut. Lalu dia dikahwinkan dengan Draupadi. Ketidak puasan hati berlaku, lalu Raja Drupad diserang kumpulan yang tidak berpuas hati. Selepas dari kejadian itu, di bawa pulang oleh Arjuna si Draupadi untuk diberitakan tentang kemenangan tersebut kepada ibunya. Sesampai di rumah, dengan niat untuk memberikan kejutan kepada ibunya, Arjuna meminta ibunya untuk meneka apa yang dimenanginya di dalam pertandingan tersebut. Ibunya yang sedang bersembahyang tanpa menoleh ke belakang, menyatakan bahawa dia merestui apa jua yang dimenangi anaknya itu dan mengarahkannya untuk berkongsi hadiah tersebut dengan semua adik beradiknya yang lain.

Apabila sahaja dia memandang ke belakang, lantas ibunya, Kunti, terkejut kerana apa yang dimenangi oleh Arjuna itu merupakan seorang isteri yang cantik. Oleh kerana terlajak dia merestui dan mengarahkan anaknya itu berkongsi hadiah dengan adik- beradiknya yang lain, dan tidak boleh baginya menarik balik restu dan arahan yang diberikannya kerana perkara tersebut akan mendatangkan kemarahan Tuhan mereka, maka setelah dirujuk kepada cerdik pandai dan setelah kelihatan kelima-lima beradik Pandu (adik beradik Arjuna itu) diresapi dewa Keghairahan, Raja YudhishThira, yang juga merupakan anak kepada Kunti, mengarahkan Draupadi dikongsi bersama Arjuna dan semua adik beradiknya yang lain. Ini bagi mengelakkan mereka berpecah kerana bergaduh sesama sendiri bereburkan Darupadi si puteri Panchala yang sangat cantik ini. Ini merupakan antara beberapa kes polyandry (perkahwinan yang melibatkan seorang isteri dengan ramai suami) sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab suci agama Hindu. Jadi konteks ayat ‘panahan Arjuna’ di dalam mana-mana lirik lagu Melayu itu dikhayalkan di dalam konteks yang menuju maksud yang salah kerana ia sebenarnya mengisahkan tentang kesudahan perkahwinan dengan amalan polyandry yang diharamkan di dalam Islam. Jadi, berhati-hatilah di dalam apa jua perkataan dan perbuatan. 3

b Akasa @ akasha : bahasa Sanskrit yang dimelayukan membawa maksud yang hampir sama dengan perkataan angkasa. Ia merupakan salah satu daripada lima unsur alam. Lima unsur alam ialah tanah, udara, api, air dan alam langit. Akasha dikatakan merupakan alam langit di mana ia meliputi keseluruhan alam yang wujud. Tetapi secara esoterik, ia dinyatakan sebagai sebuah tempat di alam langit di mana catatan bagi semua perkara yang wujud di dalam perbendaharaan seluruh alam langit dan bumi dan apa jua perkara dirancangkan Tuhan disimpan dan direkodkan. Ia hampir menyamai konsep Lauh Mahfuz di dalam Islam sepertimana yang dicatatkan di dalam surah al An’aam ayat 59 di bawah :

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Perbezaan antara Lauh Mahfuz dan Akasha ialah di mana di dalam tradisi Hindu secara esoterik dinyatakan bahawa rekod-rekod dan perancangan-perancangan Tuhan di dalam Akasha itu boleh diakses oleh ahli-ahli nujum yang memiliki kebolehan tetapi di dalam Islam, rekod-rekod itu dipelihara kemas oleh Allah dan tidak ditembus siapa jua melainkan dengan keizinan Allah. Dicatatkan di dalam al Qur’an, hanya para malaikat yang ditugaskan Allah menyalin perkara-perkara yang dicatatkan dibenarkan mengakses Lauh Mahfuz. Ia disahkan di dalam al Qur’an surah ‘Abasa ayat 1- 16. Surah yang diturunkan Allah sebagai menegur satu tindakan tanpa sedar Rasulullah ketika baginda berdakwah ini, mencatatkan bahawa al Qur’an itu disalin dari Lauh Mahfuz oleh para malaikat di atas perintah Allah.

Sebenarnya, jika mahu ditelitikan dengan akal, dan setelah dikaji pelbagai agama, satu kesimpulan yang tepat yang dapat dibuat ialah, semua agama ini berasal dari satu akar yang sama lantas ia membenarkan apa yang diwahyukan Allah di dalam surah al Baqarah ayat 213 seperti di bawah :

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

Masa, perselisihan dan atas kepentingan-kepentingan peribadi menjadi faktor kenapa timbul penyesongan agama yang satu ini dan berpecah menjadi pelbagai dengan hala tuju yang berbeza. Maka timbullah tafsiran-tafsiran yang memesongkan dari apa yang pada awalnya diwahyukan Allah kepada mereka sebelumnya sehinggakan pada setiap kali Allah menghantar rasul-rasul dan nabi-nabinya untuk memperbetulkan apa yang telah dipesongkan itu, agama yang lurus pada awalnya ini menjadi semakin bengkok akibat penentangan golongan yang berniat jahat dengan bengkokan yang tidak dapat diperbetulkan melainkan dengan mengutuskan satu ultimatum iaitu sebuah kitab yang secara total akan memperbetulkan segala salahtanggapan dan penyesongan akidah dan diberi jaminan terpelihara dari sebarang campurtangan manusia sampai kiamat. Perkara ini ada saya jelaskan secara santai dan tidak terlalu berat di dalam Novel Syahadah. InsyaAllah, jika tiada aral melintang dan segala perancangan dari semua pihak yang terlibat di dalam perancangan untuk menerbitkan novel tersebut itu diperkenankan Allah, sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya, dengan izin Allah ianya akan memasuki pasaran seawal dalam waktu yang terdekat ini. InsyaAllah... akan saya umumkan di sini nanti.

Dari avatar-avatar Hindu hingga failasuf-failasuf Yunani sehingga Jesus di dalam Bible, kesemua mereka ini jika diperhatikan dan diuji dengan himpunan ayat-ayat al Qur’an dan hadis akan ciri-ciri mereka ini, kepada yang mahu menggunakan akal dan nampak apa yang disebut oleh mereka dan membezakan apa yang dikatakan disebut oleh mereka, satu kesimpulan jelas yang dapat dibuat ialah individu-individu ini merupakan manusia-manusia yang pada awalnya (pada zaman mereka) membawa manusia untuk kembali ke jalan Allah sehinggalah perwatakan mereka melalui mutasi yang disengajakan dan yang tidak disengajakan di dalam putaran zaman yang beredar. Maka jadilah apa yang diketahui akan sifat dan ciri mereka ini kini, bermutasi berubah menjadi figura-figura yang bukan representasi diri mereka yang sebenar kepada pengikut-pengikut agama mereka. Di atas kelemahan diri saya dan di atas kekangan-kekangan yang wujud, belum mampu bagi saya untuk memberikan sepenuh tumpuan penulisan bagi menjelaskan perkara ini. Dan kekangan-kekangan ini bagi saya, merupakan keputusan yang terbaik yang Allah aturkan untuk saya buat masa ini. InsyaAllah, doa saya kepada Allah supaya jika baik untuk diteruskan, semoga Dia mempermudahkan segala urusan berkaitan dengan perancangan tersebut.

c Sadducees @ Saduki ini merupakan golongan Aristokrat dan pemilik-pemilik tanah yang kaya tetapi berpegangan konservatif pada era Jesus. Mereka merupakan antara golongan yang sangat berpengaruh di dalam Sanhedrin, mahkamah yang khusus bagi menetapkan hukuman dan perundangan kepada golongan Yahudi di Palestin pada ketika itu. Kewujudan Sanhedrin boleh dibandingkan dengan kewujudan sistem syariah di dalam negara kita di mana Sanhedrin diwujudkan oleh sistem perundangan Roman dan mengawal institusi tersebut. Bagi mana-mana hukuman berat yang hendak diputuskan di dalam Sanhedrin, ia memerlukan perkenan dari pihak Rom. Mereka (golongan Saduki) merupakan saingan utama kepada golongan Pharisee (Farisi) yang lebih terbuka dalam memberi tafsiran kepada Undang-Undang Moses. Golongan Sadducee ini menekankan kepada keperluan menuruti sepenuhnya secara tegas segala amalan dan perundangan yang ditekankan di dalam Undang-Undang Moses. Mereka adalah merupakan antara golongan yang keras menentang dakwah Jesus sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible.

d Mengapa saya menggunakan perkataan sebelumnya walaupun kedudukan Gospel of Mark itu diletakkan selepas dari Gospel of Matthew di dalam New Testament? Ini penjelasan saya supaya tidak mengelirukan. Oleh kerana, secara kronologi, Gospel of Mark itu, lebih awal ditulis berbanding lain-lain Gospel yang dikategorikan sebagai Synoptical Gospel (Matthew, Mark dan Luke) dan sesetengah sarjana Bible menyatakan bahawa berkemungkinan Gospel of Mark menjadi rujukan penulis-penulis Synoptical Gospel yang terkemudiannya. Berbanding dua lagi Gospel yang dikategorikan sebagai Synoptic, hanya Gospel of Mark ditulis sebahagian daripada isikandungannya di dalam bahasa Hebrew Aramaic, bahasa pertuturan asal pengikut Jesus. Manakala dua lagi Gospel, iaitu Mathhew dan Luke, ianya ditulis di dalam Bahasa Greek kemudiannya. Penulis buku Jesus the Prophet of Islam, Muhammad Ata ‘ur Rahman, menyatakan di dalam bukunya bahawa besar kemungkinan Gospel of Mark itu ditulis dengan merujuk Gospel-Gospel yang lebih awal. Gospel-gospel awal ini dinamakan sebagai Gospel Q. Gospel-Gospel ini yang wujud di dalam jumlah yang banyak sudah pun dilupuskan selepas dari peristiwa penetapan Doktrin Kristian semasa di Council of Nicea 325 masihi. Muhammad Ata ‘ur Rahman juga turut mencadangkan bahawa salah sebuah Gospel yang berkemungkinan dirujuk oleh penulis Gospel St. Mark ialah Gospel of Barnabas. Barnabas salah seorang dari pengikut awal Jesus selain 12 (dua belas) pengikut Jesus yang lain membuat catatan Gospel yang dikatakan menjadi rujukan kepada penulis Gospel St. Mark.

e Semua yang mengkaji Bible mengetahui mengenai apa permasalahan utama yang dihadapi oleh golongan penterjemah Bible dalam menentukan keaslian mana-mana teks Bible lama yang dimiliki mereka untuk dijadikan rujukan. Semua yang mengkaji Bible mengetahui bahawa tidak ada kesinambungan rantaian yang menghubungkan mana-mana penulis Gospel yang diiktiraf gereja seperti yang dimuatkan mereka kini di dalam Bible mereka secara terus kepada mereka-mereka yang menjadi saksi disekitar kehidupan Jesus. Satu-satunya Gospel yang dikatakan ditulis oleh pengikut Jesus yang masih wujud pada hari ini ialah Gospel of Barnabas. Tetapi Gospel ini dipertikaikan oleh golongan Kristian atas kepentingan mereka sendiri. Gospel-Gospel yang lain merupakan Gospel-gospel Synoptic (Matthew, Mark dan Luke) hanya ditulis selepas berdekad-dekad kematian Jesus (mengikut kepercayaan mereka). Gospel as According to Mark, Gospel yang paling tua diterima dikatakan ditulis oleh penulis yang tidak dikenali tetapi dikatakan bersandarkan kepada persaksian John Mark, salah seorang pengikut Barnabas di dalam kembara mereka bersama St. Paul sebelum mereka berpisah akibat percanggahan pendapat dan menetang cara Paul mengubah ajaran Kristian yang asal dengan cuba menerapkan unsur-unsur Pagan Rom dan Platonic ke dalam ajaran tersebut. John Mark tidak pernah bertemu dan bersua muka dengan Jesus. Begitu juga dengan Paul. Tetapi apa yang dinukilkannya di dalam Gospel yang dikatakan tulisannya itu merupakan apa yang beliau dengar dan pelajari dari Barnabas dan sahabat-sahabat Jesus yang lain. Begitu juga dengan gospel-gospel Synoptic yang lain, juga melibatkan kes yang sama. Ianya ditulis lama selepas Jesus meninggal dunia (di dalam konteks agama Kristian).

Masalah yang melibatkan berlaku terlalu banyak percanggahan di dalam teks-teks yang wujud di dalam Bible adalah disebabkan oleh ketiadaan teks-teks yang seratus peratus sempurna yang boleh dijadikan mereka sebagai rujukan utama untuk menyusun Bible mereka. Sejarah pembukuan dan pengkanunan Bible tidak sama dengan sejarah bagaimana al Qur’an dibukukan di dalam sebuah mushaf. Pembukuan Bible tidak mempunyai sanad yang bersambung terus kepada Jesus. Pembukuannya hanya berlaku pada kurun ke 3 Masihi, hampir tiga ratus tahun setelah kematian Jesus (dalam konteks Kristian). Itu pun hanya setelah Maharaja Rom, Constantine mendapat sokongan gereja Pauline memanggil untuk diadakan sebuah majlis bagi menentukan doktrin rasmi Kristian yang diterima, ianya dilakukan bagi menyelesaikan isu pemberontakan dan pergaduhan pecahan-pecahan mazhab Kristian yang wujud pada masa tersebut.

Rujukan :

  1. Sri Swami Sivananda, All About Hinduism, The Divine Life Society, Sixth Edition 1997, m/s 50.
  2. His Divine Grace A.C. Bhaktivedanta Swami Prabuphada, Bhagavad Gita as it is
  3. Krihna-Dwaipayana Vyasa, The Mahabhrata of Krishna-Dwaipayana Vyasa, Adi-Parva (Book 1), Swayamvara Parva section CLXXXVII toCLXLIII., Translated into English Prose from Sanskrit by Kisari Mohan Ganguli (1883 -1896),
  4. Valmiki, Ramayana, Retold by Dr. B.R. Kishore, Diamonds Publication, New Delhi.
  5. Valmiki, Ramayana, Retold by C. Rajagopalachari, edited by Jay Mazo, American Gita Society.
  6. His Divine Grace A.C. Bhaktivedanta Swami Prabuphada, Sri Isopanisad. The Bhaktivedanta Book Trust, Hare Krishna Land, Juhu, Mumbai.
  7. John Bowker, Oxford Dictionary of World Religions, Oxford University Press, 1997.
  8. Dennis Hill, Vedanta Lexicon (Softcopy)
  9. Good News Bible, Today’s English Version (British Special Missionary Edition), American Bible Society, 1976.
  10. New World Translation of the Holy Scriptures, Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania & International Bible Students Association, 1984.
  11. Living Bible Version, STL UK.
  12. King James Version, Barbour Publisher.
  13. New International Version, The New Testament, New York International Bible Society. New York, U.S.A.
  14. Authorized Version, The Bible, The Bible Societies, Oxford University Press.
  15. New King James Version, The Holy Bible, Thomas Nelsons Bible.
  16. Dr. Maurice Bucaille, Bible, al Qur’an dan Sains,Thinkers Library Sdn. Bhd.
  17. Jesus the Prophet of Islam, Muhammad ‘Ata Ur Rahman,
  18. Lonsdale and Laura Ragg, The Gospel of Barnabas, Saba Islamic Media Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
  19. Mathhew fasal 19 ayat 29 di dalam Codex Sinaiticus diakses melalui laman web www.codexsinaiticus.com
© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Sunday, November 1, 2009

Palestin : Sebuah Post Mortem... 3

Oleh M.I.A.

Artikel ini merupakan bahagian ketiga dari siri artikel Palestin : Sebuah Post Mortem.. bahagian dua boleh di baca di sini. Klik.

Berkenaan dengan pendefinasian generasi pada tafsiran kedua pula yang menunjukkan generasi dicongak dari peringkat satu kelahiran kepada peringkat kelahiran yang dilahirkan oleh generasi sebelumnya. Ayat di bawah ini yang dipetik dari Deuteronomy fasal 23 ayat 2 diambil sebagai contoh.

Deuteronomy 23

23:2 A bastard shall not enter into the congregation of the LORD; even to his tenth generation shall he not enter into the congregation of the LORD. (Anak haram ditegah memasuki jemaah Tuhan, bahkan keturunannya yang kesepuluhpun tidak boleh memasuki jemaah Tuhan.)

Biarpun bukan salahnya melakukan dosa, mana-mana anak yang dilahirkan luar nikah, maka amatlah malang nasibnya di dalam jemaah Tuhan sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible. Dia dilaknat bukan hanya pada dirinya, malah sehingga keturunannya yang ke sepuluh juga mereka diharamkan dari memasuki jemaah Tuhan. Tidak konsistennya Bible ini sehinggakan apabila kita mengkaji satu ayat yang tidak konsisten, ia akan membuka pekung lebih banyak ayat-ayat yang tidak konsisten di dalam Bible. Perhatikan ayat mengenai anak luar nikah di atas. Dihukum anak luar nikah itu di atas dosa yang dilakukan oleh ibu dan bapanya yang berzina.

Yang lebih menjadikannya pelik ialah apabila di dalam Matthew fasal 1 ayat 1 hingga 16, dinasabkan keturunan Jesus itu kepada Perez dan Zerah yang merupakan anak luar nikah kepada Judah hasil sumbang mahramnya dengan menantunya Tamar. Na’uzubillah. Entah mengapa mereka menasabkan Jesus (Isa) itu kepada susur galur keturunan yang bersangkut dengan Pharez dan Zarah (Pharez dan Zarah itu merupakan orang yang sama dengan nama yang dinasabkan kepada keturunan Jesus, Perez dan Zerah) sedangkan nasab itu hanya pada keturunan melalui bapa. Jesus diakui di dalam Bible dilahirkan tanpa campur tangan lelaki. Al Qur’an juga membenarkannya dan diberitakan kelahiran mukjizat itu sebagai tanda dan petunjuk kekuasaan Allah yang mampu berbuat apa sahaja di atas kehendakNya. Sepertimana Adam yang lebih hebat diciptakan Allah tanpa ibu dan bapa. Sebagaimana Hawa yang diciptakan daripada Adam tanpa ibu, begitulah tanda kekuasaan Allah menciptakan Isa tanpa seorang bapa. Menasabkannya kepada Joseph (tunangan Mary sepertimana yang disebut di dalam Bible) adalah satu perbuatan yang pelik. Ini kerana di dalam Bible semenjak Adam, semua nasab keturunan itu dinasabkan kepada bapa. Di dalam Islam juga nasab keturunan itu adalah menurut keturunan bapa. Ia dijelaskan di dalam hadis yang dicatatkan di dalam Sahih Bukhary seperti berikut ;

Dari Wasilah bin ‘Asqaq r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya termasuk dusta yang amat besar, bahawa seseorang yang menamakan dirinya bukan keturunan bapanya…”

Maka untuk menasabkan Jesus kepada keturunan Joseph adalah satu perbuatan yang pelik dan berdusta dan lebih pelik lagi jika mereka mendakwakan Jesus itu sebagai putera Tuhan. Ini kerana tidak mungkin Tuhan itu begitu cuai untuk memilih nasab keturunan yang mengandungi anak luar nikah hasil hubungan sumbang mahram antara mertua dan menantu sebagai moyang kepada seorang Putera yang didakwa Nasrani sebagai anak-Nya.

Ayat di atas berkenaan dengan anak luar nikah yang diharamkan memasuki Jemaah Tuhan hingga ke generasi ke sepuluh. Perintah yang hampir serupa juga boleh dilihat di dalam ayat yang dicatatkan di dalam Bible dalam kitab Ulangan yang sama pada fasal 5 seperti berikut:

Deuteronomy 5 : 9

5:9 Thou shalt not bow down thyself unto them, nor serve them: for I the LORD thy God am a jealous God, visiting the iniquity of the fathers upon the children unto the third and fourth generation of them that hate me, (Janganlah kamu menyembah mereka (berhala), atau memberi khidmat kepada mereka; kerana Aku, Tuhanmu adalah Tuhan yang Pencemburu, yang membebankan kejahatan bapa-bapa ke atas anak-anak mereka hingga ke generasi ketiga dan ke empat bagi mereka yang membenci Aku.)

Mengapa ia dikatakan tidak kosisten? Ini kerana di dalam kitab yang sama di dalam Deuteronomy fasal 24 ayat 16, dicatatkan seperti petikan di bawah.

Deuteronomy 24 : 16

24:16 The fathers shall not be put to death for the children, neither shall the children be put to death for the fathers: every man shall be put to death for his own sin. (Ibubapa tidak boleh dihukum mati untuk (dosa) anak-anak, begitu juga anak-anak tidak boleh dihukum mati untuk (dosa) ibubapa); setiap manusia akan dihukum mati untuk dosa yang dilakukan mereka sendiri.)

Jadi mana satu ayat yang betul? Kedua-duanya tidak boleh betul dalam masa yang sama. Salah satu atau kedua-kedua daripada dua ayat yang bertentangan ini pastinya salah. Tidak boleh jadi ada kemungkinan dua ayat yang membicarakan perkara bertentangan ini betul. Jika Bible yang masih wujud pada hari ini dikatakan daripada Tuhan, seharusnya dan sewajibnyalah kitab itu tidak mengandungi sebarang kekeliruan yang boleh membisukan mana-mana pihak yang cuba mempertahankannya. Bagaimana mungkin mereka dapat mempertahankan ia dengan mendakwa bahawa keseluruhan ayatnya merupakan ayat dari Tuhan? Malah yang lebih mengharukan ialah orang-orang Kristian boleh beriman secara sembrono kepada doktrin ‘Original Sin’ atau doktrin ‘dosa warisan’ yang menyatakan bahawa kedatangan Jesus ke dunia ini adalah bagi tujuan menghapuskan dosa seluruh manusia melalui kematiannya. Sedangkan di dalam kitab mereka sendiri telah mencatatkan bahawa tiada anak boleh dihukum mati kerana dosa bapanya dan tiada bapa yang boleh dihukum mati kerana dosa anaknya. Ia dicatatkan di dalam petikan Deuteronomy fasal 24 ayat 16 sebagaimana di atas. Jika mahu dibincangkan dan dibentangkan tidak konsistennya Bible ini, ia akan memakan ruang dan masa yang cukup panjang. Ini kerana terlalu banyak perkara yang dicatatkan di dalam Bible yang bertentangan antara satu sama lain. Buat sementara waktu ini, perkara ini ditutup setakat ini bagi membolehkan dibincangkan sehingga tamat perkara berkenaan Palestin ini.

Berbalik kepada pengertian dan penafsiran kepada perkataan ‘generasi’ ini. Bagi pengertian kedua yang merujuk pertukaran generasi sebagai ‘tempoh purata di mana seorang kanak-kanak membesar dan mula memiliki anak sendiri’, ada juga ayat di dalam Bible yang merujuk kepada pengertian yang serupa. Sila baca petikan di bawah.

23:7 Thou shalt not abhor an Edomite; for he is thy brother: thou shalt not abhor an Egyptian; because thou wast a stranger in his land. 23:8 The children that are begotten of them shall enter into the congregation of the LORD in their third generation. (janganlah kamu menghalang orang Edom (keturunan dari Esauyang merupakan anak sulung Isaac); kerana dia merupakan saudaramu; janganlah kamu menghalang orang Mesir, kerana kamu merupakan pendatang di tanah mereka. Anak-anak yang lahir dari (keturunan) mereka dibolehkan memasuki jemaah Tuhan pada generasi ketiga mereka.)

Maka jelas di sini bahawa kedua-dua takrifan yang digunakan untuk menafsirkan terminology perkataan ‘generasi’ itu digunapakai dan disahkan di dalam Bible. Persoalan yang mahu ditimbulkan di sini ialah, apabila Tuhan di dalam Bible menjanjikan kepada Abram di dalam tidurnya bahawa keturunannya mengalami penindasan di negeri orang selama 400 tahun, dan hanya pada generasi ke empat, barulah tanah Canaan akan ditakluki mereka. Sebagaimana yang dicatatkan di dalam Exodus fasal 12 ayat 40 & 41, ianya nyata tidak tepat dan seterusnya menggugat kedudukan Bible untuk mendakwa keseluruhan ayatnya merupakan kata-kata Tuhan.

Exodus fasal 12 ayat 40 - 41

12:40 Now the sojourning of the children of Israel, who dwelt in Egypt, was four hundred and thirty years. 12:41 And it came to pass at the end of the four hundred and thirty years, even the selfsame day it came to pass, that all the hosts of the LORD went out from the land of Egypt. (Pada ketika ini, telah empat ratus tiga puluh tahun (430) bermusafirnya bani Israel dan menetapnya mereka di Mesir. Dan pada ketika tepatnya tahun ke empat ratus tiga puluh tahun tersebut, dan pada hari itu juga, kesemua yang bersama Tuhan (keturunan bani Israel)keluar dari Mesir.)

Oleh kerana kenyataan Tuhan di dalam Bible kepada Abram bahawa keturunannya akan menderita di Mesir selama 400 tahun itu hanya menjadi kenyataan setelah terdapat offset selama 30 tahun, ia menimbulkan kesangsian bagaimana mungkin ianya dapat diimani sebagai ayat-ayat dari Tuhan. Tidak mungkin Tuhan boleh tersilap.. yang selalu tersilap hanyalah manusia dan ayat-ayat yang silap dan bercanggah antara satu sama lain tanpa dapat diperjelaskan dan dihuraikan untuk memberi pencerahan, seharusnya disabitkan dengan terdapatnya campurtangan manusia.

Terdapat beberapa pendapat bercanggah di kalangan sarjana Bible tentang tempoh sebenar menetapnya Bani Israel di negeri yang bukan milik mereka sebagai membincangkan kenyataan Tuhan di dalam Genesis (Kitab Kejadian) fasal 15 ayat 13. Ada yang menyatakan bahawa tempoh 400 tahun tersebut dikira termasuk dengan tempoh di mana anak cucu Abraham bermastautin di Canaan dan Mesir sebelum peristiwa Exodus, di mana mereka keluar dari Mesir dengan menyeberangi laut Merah yang terbelah.

Di sini dibawakan beberapa pendapat yang bercanggah tersebut dan pemerhatian yang dilakukan saya untuk dibuat kesimpulan.

Pendapat pertama : Bani Israel hanya menetap selama 215 tahun di Mesir :

Martin Anstey 2 menyatakan bahawa tempoh pendudukan sementara bani Israel di Mesir adalah bersamaan dengan 215 tahun. Dia membahagikan tempoh 430 tahun sepertimana yang tercatat di dalam Exodus 12 : 40 – 41 kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tempoh 215 tahun yang dihabiskan keturunan Abram (Abraham) di Canaan dan bahagian kedua merupakan tempoh 215 tahun bermastautinnya keturunannya di Mesir. Dia menyatakan bahawa ayat 40 – 41 di dalam Exodus fasal 12 itu tepat menggenapi firman Tuhan kepada Abram di dalam mimpinya sebagaimana yang tercatat di dalam Genesis 15 : 13 yang menyatakan bahawa keturunannya akan diperhambakan dengan tanpa belas kasihan di tanah asing selama 400 tahun.

Anstey menyatakan bahawa tiada percanggahan sebenarnya antara ayat 13 di dalam Genesis fasal 15 yang menyatakan bahawa keturunan Abram akan diperhambakan dengan kejam selama 400 tahun di tanah asing dengan ayat 40 dan 41 Exodus fasal 12 yang menyatakan bahawa hanya setelah 430 tahun barulah keturunan Bani Israel bebas dari perhambaan di tanah asing. Bagi tempoh 215 tahun yang pertama, Anstey menjelaskan bahawa tempoh 215 tahun di Canaan dikira bermula dari tahun di mana Isaac berpisah susu dengan ibunya. Anstey memberikan pendapatnya tentang umur Isaac semasa dia berpisah susu dengan ibunya adalah bersamaan dengan 5 tahun pada ketika itu. Dia memberikan alasan dengan menyatakan bahawa menjadi kebiasaan bagi mana-mana tradisi orang-orang timur menyusukan anak sehingga umur anak mereka berusia 5 tahun. 3 Tambahan 30 tahun kepada 400 tahun yang difirmankan di dalam Bible dijelaskan Anstey sebagai merujuk kepada tempoh 30 tahun sebelum Isaac berpisah susu dengan dengan ibunya. 25 (dua puluh lima) tahun dikira dari hari Firman Tuhan di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 kepada Abram sehingga hari kelahiran Isaac 25 tahun selepas itu dan 5 tahun tambahan bagi menggenapkan tempoh 30 tahun tersebut dikira bermula dari hari Isaac dilahirkan sehingga usianya 5 tahun, waktu ia berpisah susu dengan ibunya. Jadi 25 tahun ditambahkan kepada 5 tahun lagi bersamaan dengan 30 tahun.

Tetapi argumentasi Anstey ini dengan mudah boleh disanggah. Pemerhatian yang saya buat membawakan kepada satu kesimpulan bahawa penjelasan Anstey berkenaan waktu pemisahan susu Isaac dan ibunya adalah bercanggah dengan kenyataan di dalam Gen Rabbah 53 : 10 4. Sumber ini yang diambil dari tradisi Yahudi menyatakan bahawa Isaac berpisah susu dengan ibunya Sarah pada ketika cukup 24 bulan dia disusukan. Malah di dalam al Qur’an sendiri dijelaskan tempoh penyusuan seboleh-bolehnya dilengkapkan sehingga anak mencapai usia 24 bulan. Ia sepertimana yang tercatat di dalam surah al Baqarah ayat 233.

Al Baqarah ayat 233

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Budaya orang timur terutamanya yang bersumberkan kepada wahyu menunjukkan dengan jelas bahawa tempoh penyusuan bagi mana-mana bayi, seboleh-bolehnya dicukupkan sehingga 24 bulan. Maka jelas tertolak pendapat Anstey yang menyatakan bahawa Isaac berpisah susu dengan ibunya pada usia 5 tahun. Dia menyatakan demikian bagi membolehkan penyesuaian ayat Exodus 40 – 41 yang menyatakan bahawa Bani Israel keluar dari Mesir selepas 430 tahun ditindas dapat disesuaikan dengan firman Tuhan sebelum itu kepada Abram yang menyatakan keturunannya akan tinggal selama 400 tahun di tanah bukan milik mereka. Yang jelas, Isaac berpisah susu dengan ibunya Sarah pada ketika dia berusia 2 tahun. Jadi pengiraan yang dibuat Anstey boleh dipertikaikan. Sila rujuk lampiran berikut untuk mendapatkan kefahaman secara grafik tentang argumentasi Anstey.

Argumentasi Anstey juga boleh disanggah dengan cara kegagalannya mengambilkira dan menafikan hak Ishmael sebagai salah seorang anak keturunan Abraham yang dilahirkan 13 tahun lebih awal dari kelahiran Isaac. Ishmael dilahirkan pada ketika Abraham berusia 86 (lapan puluh enam) tahun menurut sumber Bible (Genesis fasal 16 ayat 15 hingga 16). Para sarjana Kristian dan tradisi Yahudi seringkali dilihat cuba membuang sejarah Ishmael dari susur galur keturunan Abraham. Sedang di dalam Bible itu sendiri, ikatan perjanjian Tuhan yang pertama dimeterai antara Tuhan dan Abraham serta keturunannya bermula dari Ishmael melalui simbolik perbuatan berkhatan sepertimana yang diarahkan Tuhan di dalam Bible. Ia dicatatkan di dalam Genesis (kitab kejadian) fasal 17.

17:7 And I will establish my covenant between me and thee and thy seed after thee in their generations for an everlasting covenant, to be a God unto thee, and to thy seed after thee. 17:8 And I will give unto thee, and to thy seed after thee, the land wherein thou art a stranger, all the land of Canaan, for an everlasting possession; and I will be their God. 17:9 And God said unto Abraham, Thou shalt keep my covenant therefore, thou, and thy seed after thee in their generations. 17:10 This is my covenant, which ye shall keep, between me and you and thy seed after thee; Every man child among you shall be circumcised. 17:11 And ye shall circumcise the flesh of your foreskin; and it shall be a token of the covenant betwixt me and you. (dan Aku akan memeterai Perjanjianyang kekal Abadi antara Aku dengan keturunanmu selepas dari kamu di dalam generasi mereka dengan Perjanjian yang Kekal Abadi, menjadi Tuhan kepadamu dan keturunan-keturunanmu selepas dari kamu. 17:8 dan akan Aku berikan kepadamu, dan keturunanmu selepas dari kamu, negeri di mana kamu kini sebagai orang asing, keseluruhan Canaan, sebagai hakmilik abadi; dan aku akan menjadi Tuhan mereka. 17:9 dan Tuhan berkata kepada Abraham; hendaklah kamu dan keturunan-keturunanmu selepas kamu berpegang teguh dengan perjanjian tersebut di dalam generasi mereka. 17:10 Inilah perjanjianKu yang mana harus engkau pegang, anatara Aku dan kamu dan keturunanmu selepas kamu; Setiap lelaki dewasa dan kanak-kanak hendaklah kamu khatankan. 17:11 dan haruslah dikerat kulit khitanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu.)

Perjanjian ini dimeterai antara Tuhan dan Abram pada ketika usianya 99 (sembilan puluh sembilan) tahun. Sebelum dari perjanjian tersebut, Tuhan menjelaskan kepada Abram tentang keperluan menukar namanya kepada Abraham. Menurut Gen. Rabbah, usul penukaran nama itu dibuat pada ketika Tuhan di dalam Bible mengajak Abram keluar dari khemahnya (sepertimana yang diceritakan pada bahagian 2 sebelum ini berkenaan ayat Genesis fasal 15 ayat 5) dan menyuruh Abram memerhatikan bintang-bintang dilangit. Kemudian Tuhan menjelaskan kepadanya bahawa takdir hidupnya pada jajaran bintang yang membawa representasi dirinya sebagai Abram, tiada tertulis pada jajaran bintang tersebut bahawa dia akan mempunyai anak dan keturunan. Lalu Tuhan menunjukkan pula kepada Abram jajaran bintang yang membentuk garis takdirnya jika dia menukarkan namanya kepada Abraham. Pada takdir yang terlukis pada jajaran bintang bagi insan yang bernama Abraham, akan lahir anak pinak dan keturunan yang ramai. Ia diceritakan di dalam Gen. Rabbah sebagai tafsir kepada perlakuan Tuhan dan Abram sebagaimana yang tercatat di dalam Genesis fasal 15 ayat 5.

Pada ketika Perjanjian Kekal Abadi antara Abraham dengan Tuhan dimeterai (dicatatkan di dalam Genesis fasal 17 dan pada ketika Abram berusia 99 tahun), hanya Ishmael yang pada ketika itu berusia 13 tahun merupakan satu-satunya anak kepada Abraham. Beberapa persoalan berikut saya timbulkan bagi membuka dimensi pemerhatian yang cuba melangkaui apa yang disuratkan di dalam Bible dan yang cuba tidak diberikan perhatian oleh sarjana mereka. Berikut persoalan-persoalan tersebut…. kenapa Tuhan memilih waktu itu, pada ketika Abraham berusia 99 tahun dan Ishmael berusia 13 tahun, untuk memeterai perjanjian antara Dia, Abraham dan keturunannya? Jika Isaac diutamakan kenapa tidak dibuat perjanjian tersebut selepas kelahirannya yang dijangka berlaku setahun dari peristiwa perintah berkhatan tersebut? Kenapa Tuhan memilih Abraham dan Ishmael sebagai manusia pertama menyahut seruan memikul tanggungjawab memelihara serta berpegang teguh kepada Perjanjian Kekal Abadi dengan Tuhan terlebih dahulu dari Isaac?

Berikut merupakan huraian dari pemahaman melalui pemerhatian dan perbandingan yang dilakukan. Pertama, sebagai Tuhan yang Maha Mengetahui, sewajibnya dan seharusnya bagi Tuhan di dalam Bible tahu akan perancangan dan masa depan perancanganNya. Kedua, sebagai memenuhi kriterion tersebut, sewajibnya bagi Tuhan di dalam Bible mengetahui bahawa Isaac akan dikandung oleh Sarai yang kemudiannya akan dilahirkan setahun selepas itu. Terbukti di dalam Genesis fasal yang sama, dicatatkan (oleh siapa?) bahawa telah diberitahukan Tuhan kepada Abraham bahawa Sarah akan mengandung dan melahirkan seorang anak yang akan dinamakan sebagai Isaac. Ketiga, setiap janji yang dibuat oleh Tuhan, pastinya dia sewajibnya tepati. Ke empat, tidak layak bagi Tuhan berfikiran singkat dan menyesali akan setiap keputusan dan kejadian yang ditakdirkannya dan kemudiannya mengubah JANJI yang ditetapkannya dengan satu keputusan yang lain.

Perhatikan dan fikirkan, kenapa Tuhan di dalam Bible memilih untuk mengikat dan memeterai perjanjian kekal abadi dengan Abraham dan keturunannya pada ketika hanya Ishmael, yang berumur 13 tahun pada ketika itu, merupakan satu-satunya zuriat keturunan Abraham. Isaac pula belum dilahirkan lagi. Apa rasionalnya janji tersebut jika dikemudiannya Dia menolak Ishmael sebagai pewaris kepada Perjanjian Abadi ini? Sedangkan di dalam Bible dicatatkan di beberapa tempat bahawa Tuhan itu tidak berubah (fikiran, kewujudan dan sebagainya) dan tidak layak bagiNya bercakap dan menjanjikan sesuatu perkara tapi kemudiannya tidak menepati janjinya serta menyesal di atas keputusan-keputusan yang dibuatNya.

Perhatikan dan fahami ayat di bawah ini mengenai firman Tuhan di dalam Bible kepada Baalam anak kepada Beor, seorang nabi (menurut tradisi Bible & Israeliiyat) yang diketahui makbul doa dan sumpahannya lantaran dekat hubungannya dengan Tuhan biarpun dia bukan berketurunan Bani Israel. Tradisi Yahudi memperakui terdapatnya Nabi-Nabi bukan dari kalangan keturunan Bani Israel. Antara yang disebut namanya di dalam dalam kitab mereka ialah Balaam anak kepada Beor, Noah, Lot (Luth), malah Abram (Abraham) itu sendiri, Job (Nabi Ayub) beserta beberapa orang sahabat kepadanya. Malah , di dalam Job (Ayub) fasal 1 ayat 8, semasa satu perhimpunan makhluk-makhluk langit yang turut disertai oleh syaitan, Tuhan di dalam Bible bertanyakan kepada Syaitan apakah dia sedar tentang adanya seorang manusia yang benar-benar beriman kepadaNya. Kemudian Tuhan di dalam Bible sendiri mengiktiraf Job sebagai seorang manusia yang tiada tolok banding di dalam keimanannya kepada Tuhan dan dalam menahan dirinya dari melakukan sesuatu yang mungkar. Lalu Syaitan memohon kebenaran Tuhan untuk menguji Job dan diizinkanNya. Itu cerita di dalam Bible melalui tradisi Israelliyyat.

Berbalik kepada Balaam, beberapa sahabat, tabi’en dan mufassir al Qur’an (Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Munzir, Ibnu Jarir, Imam Jalalalluddin Suyuthi kesemuanya mengambil riwayat dari Ibnu Abbas yang mengambil kisah ini dari Ka’ab al Ahbar. Ka’ab al Ahbar pula mempunyai reputasi yang mengenalpastinya sebagai perawi kisah-kisah Israeliyyat yang pelik dan mencadangkan berhati-hati dengan riwayat yang bersumberkan kepadanya.) Ada mencadangkan bahawa ayat 175 hingga 176 al A’raf di dalam al Qur’an seperti yang dipetik di bawah ini sebagai merujuk kepada Balaam.

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

Tidak semua mencadangkan ayat 174 dan 175 surah al A’raf di atas sebagai merujuk kepada Balaam, ada beberapa mufassir (termasuk Abdullah bin Amr’ bin al ‘Ash) mencadangkan bahawa ayat tersebut merujuk kepada Umaiyah bin Abis Syalt, seorang Arab yang bersasal dari Tsaqif, Taif. Dia dikatakan penganut agama Hanif sepertimana agama yang diikuti oleh keturunan Ibrahim a.s. hingga kepada Rasulullah sebelum dia dilantik sebagai Rasul. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa dan merupakan kesinambungan Islam yang dibawakan sejak dari zaman Ibrahim, tetapi ia telah melalui proses kehilangan dan bercampur aduk. Diceritakan sesudah dia mendengar bacaan Yassin dari Rasulullah s.a.w., dia menyatakan kepada sekumpulan orang Quraisy yang bertemunya dan bertanyakan pendapatnya mengenai Muhammad s.a.w., lalu dia menyatakan Muhammad itu benar, tetapi dia mengambil pendirian untuk melihat perkembangan seterusnya agama Islam sebelum membuat keputusan memeluk agama tersebut. Setelah menetap di Syam selama lebih lapan tahun, dia kembali untuk bertemu Rasulullah untuk memeluk Islam. Tetapi setelah mendengar kekalahan puak Musyrikin Mekah di dalam Perang Badar, dia lantas menyepikan diri dan balik ke Taif. Tidak lama selepas itu dia mati tanpa memeluk Islam. 5

Berbalik kepada cerita Balaam dan Balaak di dalam kitab Numbers (Kitab Bilangan) di dalam Bible. Cerita Balaam dan Balaak di dalam kitab Numbers ini dirujuk bagi menjelaskan bahawa tidak layak bagi Tuhan memungkiri janji dan cakap tidak serupa bikin. Sebelum diteruskan, adalah baik sekiranya diceritakan sedikit lanjut mengenai kisah Balaak yang meminta bantuan Balaam untuk melaknat dan meyumpah Bani Israel. Terjadinya peristiwa ini apabila Raja Moabites bernama Balaak anak kepada Zippor, yang mengetahui mengenai kehancuran kaum Amorites yang dihancurkan oleh serangan Bani Israel, berasa takut apabila menyedari bahawa Bani Israel sedang menuju ke daerah pemerintahannya. Beberapa kali wakil dihantar Balaak untuk memujuk Balaam menyumpah dan melaknat Bani Israel supaya dihancurkan. Setelah beberapa kali, di atas perintah Tuhan, Balaam menolak permintaan wakil-wakil yang dihantar Balaak untuk mendoakan kehancuran Bani Israel. Pujukan demi pujukan akhirnya berakhir dengan Balaam keluar menuju kepada Balaak di mana peristiwa keldai yang ditungganginya dihalang oleh seorang malaikat yang sedang menghunus pedang untuk membunuhnya diceritakan. Marah akan keldai yang dirasakannya tidak mengikut arahannya, Balaam memukul keldai tersebut bertalu-talu.

Lalu keldai itu dijadikan Tuhan di dalam Bible berkebolehan bertutur dan lantas mempersoalkan Balaam mengenai perbuatannya memukulnya hanya kerana ia kelihatan seperti tidak mengikut arahan, tetapi pada hakikatnya, ia cuba menyelamatkan Balaam daripada dibunuh malaikat yang sedang menunggunya dihadapan. Kemudian dibukakan hijab kepada Balaam supaya mampu dia melihat malaikat tersebut. Menyedari akan hakikat sebenar setelah malaikat tersebut mempersoalkan perbuatannya memukul keldai terbabit, Balaam lalu bersujud dan menginsafi kesalahannya kerana mahu menyertai Balaak dan menyesali perbuatannya memukul keldai miliknya. Untuk menebus kesalahan, Balaam bertanya kepada malaikat tersebut samada perlu baginya berpatah balik ataupun tidak. Lalu diberitahukan kepada Balaam bahawa dia boleh meneruskan perjalanannya dengan syarat dia hanya akan berbicara dan menyatakan apa yang difirmankan Tuhan kepadanya sahaja. Setelah dibawakan oleh Balaak ke beberapa lokasi untuk meninjau Bani Israel dan untuk disumpahnya mereka, lalu difirmankan Tuhan kepada Balaam untuk disampaikan kepada Balaak kenyataan jelas bahawa Tuhan itu tetap pendiriannya dan bertegas di dalam perbuatanNya. Ia dicatatkan di dalam Numbers (kitab Bilangan) fasal 23 ayat 19 seperti di bawah sebagai pemberitahuan kepada Balaak bahawa sesungguhnya Tuhan itu tidak akan menarik balik restu dan janjinya untuk mempertahankan bani Israel yang berpegang teguh kepada janjiNya dengan mereka.

Numbers (Kitab Bilangan fasal 23 : 19)

23:19 God is not a man, that he should lie; neither the son of man, that he should repent: hath he said, and shall he not do it? or hath he spoken, and shall he not make it good? (Tuhan bukanlah manusia, sehingga boleh Dia berdusta, dan bukanlah anak manusia, sehingga Dia boleh menyesal. Masakan apabila Dia berfirman, Dia tidak melakukannya? atau Dia berbicara dan tidak menepatinya?)

Jelas di dalam ayat yang dipetik di atas, bahawa Tuhan itu tidak memungkiri janji, tidak bercakap perkara yang tidak akan dilakukanNya dan tidak layak bagiNya menyesali setiap satu dari keputusan dan perbuatan yang dilakukanNya. Sepertimana yang telah saya jelaskan di awal penulisan bahagian ini, apabila percubaan memahami ayat-ayat di dalam Bible dibuat untuk mendapatkan pencerahan, semakin banyak kecelaruan dan percanggahan-percanggahan baru yang timbul.

Percanggahan utama yang perlu diberikan perhatian di dalam ayat 19 bagi Numbers fasal 23 di atas ialah, kenyataan Tuhan kepada Balaam bahawa Dia bukanlah ‘anak kepada manusia’. Secara harfiah, adalah jelas diberitahukan kepada Balaam untuk disampaikan kepada Balaak bahawa Tuhan itu BUKAN manusia. Secara tersirat, semua sifat yang disifatkan dengan kelemahan yang ada pada manusia itu adalah tidak layak untuk disabitkan dengan Tuhan. Jadi, ia membawa ironi kepada doktrin Trinity yang dibawakan Athanasus berasaskan ajaran Paul yang menegaskan bahawa Jesus itu anak kepada Tuhan. Secara jelas telah diberitahukan Tuhan kepada Balaam bahawa Dia bukan ‘anak manusia’ dan Dia juga tidak pernah berubah, hatta secara fikiran mahu pun kezahiran fizikal. Mana mungkin Tuhan itu terlupa dan menipu, kerana semua itu merupakan sifat dan kelemahan manusia. Tuhan itu tidak lemah dan Dia tidak layak lemah. Tidak mungkin Jesus itu Tuhan kerana Jesus memiliki pelbagai kelemahan sebagaimana layaknya seorang manusia itu mempunyai kelemahan.

Contoh paling mudah untuk dibicarakan di sini ialah peristiwa Jesus dengan sebatang pohon ara/Tinn sepertimana yang dicatatkan di dalam Matthew (Matius) fasal 21 ayat 18 hingga 21 juga diulang di dalam Mark (Markus) fasal 11 ayat 12 hingga 25. Keduanya mencatatkan cerita yang sama yang juga membawa beberapa percanggahan lagi diantara satu sama lain. Di dalam Matthew fasal 21 pada ayat 18 hingga 21, diceritakan mengenai Jesus dan para pengikutnya yang dalam perjalanan menuju ke Jerusalem berasa sangat lapar. Lalu kelihatan dari jauh sebatang pokok ara. Jesus yang ternampak pokok tersebut berharap agar ianya berbuah supaya dapat diubat kelaparan mereka dengan memakan buah dari pohon tersebut. Malang seribu kali malang, apabila dihampiri, pokok tersebut ternyata tidak berbuah kerana musim ia berbuah belum lagi tiba. Lalu disumpahnya Jesus akan pohon tersebut dengan sumpahan berikut. “Let no fruit grow on thee henceforward for ever” (Tiada buah akan tumbuh darimu bermula kini hingga selamanya) sepertimana yang tercatat di dalam Matthew fasal 21 ayat 19. Di dalam Mark fasal 11 ayat 14, begini pula sumpahnya, “No man eat fruit of thee hereafter for ever” (Tiada manusia akan memakan buah darimu bermula kini hingga selamanya.”) Secara kasar dengan kaedah syllogism, kedua-dua ayat membawa konotasi yang hampir sama dengan magnitud kesan yang membenarkan sumpahan di dalam Matthew bersamaan kesannya dengan apa yang disumpahkan Jesus di dalam Mark. Itu yang disimpulkan mereka yang mahu memahami kedua ayat tersebut secara sekali lalu.

Menaakul mantik sumpahan tersebut, kedua ayat itu membawa dua maksud yang sangat berbeza. Yang pertama sepertimana yang dicatat di dalam Matthew fasal 21 ayat 19, membawa maksud bahawa pokok tersebut disumpah Jesus tidak akan berbuah sama sekali mulai dari ketika ia disumpah hingga selama-lamanya. Yang kedua, sepertimana yang dicatatkan di dalam Mark fasal 11 ayat 14, ayat tersebut HANYA membawa maksud bahawa pokok yang disumpah Jesus tersebut, buahnya tidak akan dimakan oleh manusia bermula dari ketika ia disumpah hingga selama-lamanya. Hanya manusia tidak boleh memakannya, tetapi ia tidak bermaksud lain-lain makhluk dari larva lalat buah hingga ke antelope tidak boleh memakannya. Kesemua makhluk bernyawa selain manusia boleh memakan buah dari pohon tersebut. Sedangkan ayat di dalam Matthew fasal 21 ayat 19, pohon itu disumpah supaya tidak berbuah selama-lamanya. Apabila pohon itu sudah tidak berupaya mengeluarkan buah buat selama-lamanya, maka secara jelas ia menegaskan maksud bahawa tiada satu makhluk yang bernyawa dapat menikmati dan memakan hasil dalam bentuk buah dari pokok tersebut.

Maka, tidak mungkin ia merupakan ayat-ayat wahyu dari Tuhan. Malah di dalam al Qur’an Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang mencukupi DiriNya sendiri, yang tidak ber-anak dan diperanakkan dan tiada yang setara denganNya menegaskan di dalam al Qur’an bahawa :

An Nisaa’ ayat 82

“Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al Qur’an? Kalaulah al Qur’an itu bukan di sisi Allah, nescaya mereka dapati perselisihan yang banyak di dalamnya..”

Itu huraian secara penaakulan mantik bagi perbandingan ayat antara Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11. Sudah jelas perselisihan antara Matthew fasal 21 ayat 18 hingga 21 dengan ayat-ayat di dalam Mark fasal 11 ayat 14. Oleh kerana di dalam an Nisaa’ ayat 82, Allah menyatakan jika sesuatu yang didakwa sebagai berasal dari Tuhan tetapi mengandungi perselisihan yang banyak di dalamnya, maka ianya secara jelas hanya merupakan sesuatu yang didakwa berasal dari Tuhan tetapi hakikatnya tidak. Hanya dengan membuat perbandingan antara kedua Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 yang merujuk kepada satu peristiwa yang sama berkenaan sumpahan Jesus kepada pokok ara tersebut, banyak perselisihan timbul antara kedua-kedua fasal yang merujuk kepada peristiwa yang sama dan juga ayat-ayat lain di dalam Bible. Seperti satu kesan berantai apabila setiap ayat di dalam Bible yang dikaji, ia akan berselisih dengan pelbagai ayat yang lain di dalam kitab yang sama. Perhatikan pula perbezaan antara kejadian yang menunjukkan pengikut Jesus sedar akan kesan yang berlaku terhadap pokok yang disumpah Jesus. Di dalam Matthew fasal 21 pada ayat 19 dan 20.

21:19 And when he saw a fig tree in the way, he came to it, and found nothing thereon, but leaves only, and said unto it, Let no fruit grow on thee henceforward for ever. And presently the fig tree withered away. 21:20 And when the disciples saw it, they marvelled, saying, How soon is the fig tree withered away! (dan apabila dia terlihat akan sebatang pohon ara di dalam laluan mereka, dia menghampirinya, dan melihat tiada apa tumbuh padanya, kecuali dedaunan, dan dia berkata kepada pohon tersebut, Tiada buah akan tumbuh darimu bermula kini hingga selamanya. Dan seketika itu juga keringlah pohon ara itu. Melihat kejadian itu tercenganglah pengikut-pengikutnya, lalu berkata: "Bagaimana mungkin pohon ara begitu pantas menjadi kering?")

Di dalam Matthew fasal 21 di atas, sebaik sahaja disumpah, secara zahir jelas kelihatan kepada pengikut Jesus bahawa pohon ara tersebut serta merta menjadi kering. Tetapi di dalam Mark fasal 11 seperti yang dicatatkan di bawah, pohon ara itu hanya disedari kering akibat sumpahan Jesus hanya pada keesokan harinya. Baca petikannya di bawah ini.

11. 20 And in the morning, as they passed by, they saw the fig tree dried up from the roots. 11:21 And Peter calling to remembrance saith unto him, Master, behold, the fig tree which thou cursedst is withered away. (dan diwaktu pagi, ketika laluan itu dilewati, mereka melihat pohon ara tadi telah pun kering sampai ke akarnya. 11:21 Maka teringatlah Peter (Petrus) akan apa yang telah terjadi, lalu ia berkata kepadanya (Jesus) : "Tuan, lihatlah, pohon ara yang tuan sumpah itu telah kering.")

Mana satu yang betul? Serta merta DISAKSIKAN kering atau sehari selepas itu DISAKSIKAN para pengikutnya pohon ara itu menjadi kering? Keduanya tidak boleh betul di dalam masa yang sama. Salah satu dari keduanya bermungkinan betul atau kedua-duanya mungkin silap. Jadi dalam kes ini dan banyak lagi kes yang serupa dalam Bible, kesilapan itu jelas wujud dan kesilapan itu secara jelas menunjukkan campurtangan manusia di dalam penulisan ayat-ayat yang di dakwa mereka suci ini. Bagaimana mereka hendak menjelaskan keadaan sebegini yang wujud dalam banyak tempat di dalam Bible?

Itu persoalan mengenai perselisihan maksud ayat. Mari kita bincangkan pula rasional tindakan Jesus menyumpah pohon Ara itu sehingga mati. Ia perlu dibincangkan bagi menunjukkan bahawa cerita yang menggambarkan perihal kelakuan Jesus di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 tersebut menceritakan dengan jelas bahawa tiada wujud sifat ketuhanan yang boleh disabitkan kepada Jesus. Ini penjelasannya…

Aristotle di dalam buku ke VII kitabnya yang berjudul Nichomachean Ethics, membicarakan tentang sifat-sifat dan sikap-sikap yang perlu dijauhi. Dia menggariskannya kepada 3 (tiga) sikap atau sifat yang perlu dijauhi. Yang pertama maksiat, yang kedua kelemahan dalam membuat penilaian dan ketiga sifat kejam. Sifat berlawanan bagi yang pertama dan kedua adalah Kemuliaan dan Kekuatan dalam membuat penilaian. Tetapi bagi sifat ketiga, iaitu kekejaman, lawan kepadanya yang paling mungkin untuk digambarkan ialah sifat atau kelakuan melampaui kadar keupayaan manusia dalam bersabar dan bersikap baik, yang mana kelakuan sebegini digambarkannya sebagai kehebatan manusia super, bersifat adiwira dan dihiasi kemuliaan dan kecemerlangan dewata atau Tuhan. Aristotle memberikan satu contoh di mana Homer memetik Priam sebagai berkata tentang Hector, seorang yang melangkaui kehebatan dan kemuliaan seorang manusia. Petikannya seperti berikut :

“…for he did not seem like one who was a child of a mortal man, but of god” (.. kerana dia seolah-olah tidak kelihatan seperti anak kepada manusia biasa, tetapi anak kepada Tuhan) 4.

Menjadi kebiasaan kepada manusia di zaman dahulu terutamanya Greek menyamakan mana-mana individu yang dikagumi kemuliaan serta kehebatan mereka dengan gelaran ‘divine man’ dan menyabitkan mereka dengan asal usul ketuhanan. Kaum Spartan biasa menggunakan gelaran terbabit untuk menyatakan kekaguman terhadap mana-mana individu yang hebat. Tetapi, untuk melayakkan mana-mana manusia untuk dikagumi sedemikian rupa, tiga sifat buruk yang digariskan Aristotle sewajibnya tidak wujud pada mana-mana manusia yang mahu digelarkan dengan gelaran serupa.

Di dalam Nichomachean Ethics, buku ke VII, Aristotle membawa perbincangan menghuraikan tentang kelemahan moral (iaitu lemah dalam keupayaan dalam membuat penilaian antara perkara baik dan perkara buruk serta kesan-kesannya). Pertama sebelum dihuraikannya kelemahan moral dan cara mengatasinya, beliau menggariskan 7 (tujuh) persepsi biasa dan kepercayaan masyarakat pada ketika itu berkenaan dengan kelemahan moral/akhlak/jatidiri. Ia dicatatkan seperti di bawah (tulisan dalam italic berwarna biru di bawah merupakan penjelasan lanjut dari saya bagi kefahaman mudah):

1) Kekuatan jatidiri dan ketegasan dalam sesuatu perbuatan merupakan kualiti yang wujud dan disabitkan dengan kekuatan moral yang tinggi dan ia layak diberikan pujian. Manakala kelemahan moral dan sikap terlalu berlembut itu merupakan lambang kerendahan moral dan layak ia dipersalahkan.

2) Manusia yang mempunyai kekuatan jatidiri yang tinggi berkecenderungan untuk menerima dan bertindak mengikut kehendak keputusan yang dibuatnya, setelah pemerhatian dan penelitian dibuat olehnya tentang sesuatu. Manusia yang lemah jatidiri, tidak melakukan semua perkara ini.

3) Manusia yang mempunyai jatidiri dan kekuatan moral yang lemah, akan melakukan perkara-perkara yang rendah moral dan rendah maruah kerana didorong oleh desakan emosi. Manakala manusia yang mempunyai jatidiri dan kekuatan akhlak yang tinggi, mengetahui bahawa sesetengah desakan kehendak diri dan selera itu menjurus kepada perbuatan yang merendahkan moral, lalu menolak untuk melakukannya dan hanya melakukan sesuatu itu setelah menilai petunjuk dari penelitian ke atas sebab dan musabab.

4) Walaupun manusia yang bijak mengawal diri itu dikenali sebagai berjatidiri dan berakhlak tinggi serta tegas, sesetengah pihak bersetuju bahawa kawalan diri dan ketegasan itu berlaku di dalam semua aspek hidup mereka (yang tinggi moral), manakala sebahagian yang lain hanya menyatakan bahawa kawalan diri dan ketegasan itu tidak berlaku kepada keseluruhan aspek hidup mereka. Tetapi, manusia yang terlalu menurut kata hati dan nafsu itu, digelarkan dengan gelaran manusia bermoral rendah dan dikatakan manusia bermoral rendah sentiasa menurut nafsu tanpa mendiskriminasi antara moral dan tuntutan nafsu. Tetapi tidak semua bersetuju dengan pandangan tentang kaitan antara keduanya (ed -iaitu kaitan antara orang yang sentiasa menurut kehendak nafsu dan orang yang rendah moral).

5) Terkadang, dikatakan bahawa manusia yang dikenali dengan kebijaksanaan yang terserlah, tidak mungkin dia bermoral rendah. Dan terkadang manusia dengan kebijaksanaan yang terserlah, dikatakan pula dia bermoral rendah. (ed- contoh mudah ialah pemimpin yang bijak dan dianggap mulia oleh sesuatu golongan itu, dipandang sebagai tidak bermoral bagi golongan yang memusuhinya.)

6) Akhir sekali, dikatakan bahawa kelemahan akhlak/moral/jatidiri itu terserlah apabila seseorang manusia itu berada di dalam situasi marah dan semasa dia sibuk mengejar kemasyhuran dan habuan. (ed- lihat sahaja kepada mana-mana percaturan politik di mana-mana negara termasuk Malaysia. Dihadapkan dengan keuntungan dunia yang sedikit, segala prinsip, akhlak perjuangan dan hukum hakam dan etika perjuanagn yang dilaung-laungkan sebelum ini dilanggar demi mengejar keuntungan dunia yang sedikit. Ini antara contoh manusia yang lemah jatidiri, kawalan diri dan akhlak)

Beri perhatian kepada perkara dua dan tiga di atas. Dalam perkara dua, dicatatkan bahawa manusia yang bermoral dan berkeyakinan tinggi, hanya akan membuat keputusan dan tindakan setelah dia membuat penelitian dan penilaian ke atas semua sebab-musabab, logik tindakan, kesan serta akibat dari perbuatannya. Menerusi pengetahuan, setiap keputusan yang baik itu dapat menghasilkan tindakan yang bijak darinya. Tetapi seorang manusia yang bermoral rendah itu, akan secara sembrono dan tergesa-gesa melakukan sesuatu tanpa mahu dia memberikan sedikit masa dalam membuat penilaian serta memerhatikan akan sebab musabab kejadian, keperluan serta kesan tindak tanduknya nanti.

Perkara ketiga pula, seperti yang dicatatkan oleh Aristotle di dalam Nichomachean Ethics seperti di atas, menjelaskan bahawa desakan emosi akan memaksa seseorang manusia yang bermoral rendah dan berjatidiri lemah serta berkeupayaan mengawal diri yang lemah, melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah serta rendah moral. Tetapi bagi yang kuat jatidiri, kawalan diri serta tinggi keupayaan moralnya, maka dengan mengetahui sesuatu desakan, kehendak dan selera perkara itu menjurus kepada perbauatan yang lemah moral dan rendah maruahnya, perbuatan itu akan ditolaknya dan dia tidak akan tunduk dengan desakan dan tuntutan selera nafsu diri. Sebagai contoh, dibawakan Aristotle tentang pendapat Socrates yang menyatakan seperti berikut:

“It would be strange if, when a man possesses knowledge, something else should overpower it and drag it about like a slave. In fact, Socrates was completely opposed to the view (that a man may know what is right but do what is wrong), and did not believe that moral weakness exist. He claimed that no one acts contrary to what is best in the conviction (that what he is doing is bad), but through (ignorance of the fact that it is bad). Now this theory is plainly at variance with the observed facts, and one ought to investigate the emotion (involved in the acts of morally weak man): if it comes about through ignorance, what manner of ignorance is it? For evidently a man who is morally weak in his action does not think (that he ought to act the way he does) before he is in the grip of emotion.” {adalah sangat pelik jika seorang manusia yang memiliki pengetahuan, sesuatu yang lain akan mengatasinya (dalam membuat tindakan bertentangan dengan pengetahuannya) dan mengheretnya (melakukan perkara tersebut) seperti seorang hamba. Lagi pun, Socrates jelas menentang pandangan (yang manusia jika mengetahui tentang sesuatu kebenaran tetapi melakukan sesuatu yang salah), dan dia tidak percaya tentang kewujudan apa yang dipanggil sebagai kelemahan akhlak. Socrates menegaskan bahawa tiada sesiapa pun akan bertindak bertentangan dengan keyakinan pendapat terbaiknya sendiri (bahawa apa yang dilakukannya itu adalah satu perbuatan yang tidak elok), kecuali melalui (kejahilan dalam mengetahui bahawa perkara tersebut adalah tidak elok.) Sekarang, teori ini hanya bercanggah dengan fakta yang diperolehi melalui pemerhatian, dan seseorang itu perlu mengkaji emosi (yang terlibat di dalam setiap perlakuan manusia berakhlak lemah): Jika ia disebabkan oleh kejahilan, (perlu difahamai) dalam bentuk apa kejahilan itu sebenarnya? kerana telah dibuktikan manusia yang lemah penilaian di dalam tindakannya itu tidak berfikir (yang dia cenderung melakukan apa yang dilakukannya) sebelum dia di dalam cengkaman emosi.}

Aristotle kemudian menggariskan beberapa ciri kelemahan moral (iaitu kelemahan dalam membuat penilaian antara yang baik dan buruk sesuatu perbuatan dan tindakan susulan serta kesan dan akibatnya daripadanya) di dalam Buku ke VII Nichomachean Ethics dan percubaan memahami tahap-tahap kelemahan tersebut. Di satu bahagian Aristotle membincangkan tentang perbezaan kelemahan membuat penilaian disebabkan perasaan marah dan kelemahan membuat penilaian disebabkan oleh tuntutan selera, keinginan dan kehendak hawa nafsu.

Dia menyatakan bahawa kelemahan membuat penilaian dalam keadaan marah itu, tidak meletakkan orang yang mempunyai kelemahan moral (dalam membuat penilaian antara baik dan buruk) lebih rendah kehormatannya berbanding mereka yang lemah dalam membuat penilaian disebabkan oleh dorongan selera, keinginan dan tuntutan nafsu. Mereka yang lemah di dalam membuat penialaian akibat desakan selera, keinginan dan tuntutan hawa nafsu, kedudukan mereka adalah lebih rendah dari mereka yang lemah moral disebabkan oleh kemarahan. Katanya:

“For in a way, anger seems to listen to reason, but to hear wrong, like hasty servants, who run off before they have heard everything their master tells them, and fail to do what is ordered, or like dogs, which bark as soon as there is a knock without waiting to see if the visitor is a friend. In the same way, the heat and swiftness of its nature make anger hear but not listen to an order, before rushing off to take a revenge. For reason and imagination indicate that an insult or a slight has been received, and anger, drawing the conclusion, as it were, that it must fight against this sort of tiring, simply flares up at once. Appetite, on the other hand, is no sooner told by a reason and perception that something is pleasant and it rushes off to enjoy it. Consequently, while angers somehow follow reason, appetite does not. Hence appetite is baser (than anger). For when a person is morally weak in anger, he is in a sense overcome by reason, but the other is not overcome by reason but by appetite.” (kerana di dalam satu cara, kemarahan itu kelihatan ia seperti mendengar dan memberi perhatian kepada alasan, tetapi mendengar kepada yang salah, seperti seorang hamba yang gopoh, yang terus beredar sebelum mendengar keseluruhan arahan dari tuan mereka, dan (akhirnya) gagal melakukan apa yang diperintahkan, atau seperti seekor anjing, yang menyalak sebaik terdengar ketukan (pintu) tanpa menunggu untuk melihat apakah si pelawat itu kawan (atau pun lawan). Dalam cara yang sama, perasaan yang membara dan kepantasan semulajadi (dorongan tindakan berikutan kesan marah itu) menjadikan kemarahan itu mendengar tetapi tidak memberi perhatian kepada arahan, sebelum ia tergesa-gesa bertindak untuk membalas dendam. Ini kerana alasan/sebab musabab dan (dorongan) khayalan itu menunjukkan bahawa cercaan dan penghinaan telah diterima (olehnya), dan (lantas) kemarahan itu, menyimpulkan satu kesimpulan, sebagaimana biasa, bahawa ia mesti memberi tentangan kepada apa yang menyebabkan ia kehilangan sabar, lalu sekaligus (api kemarahan itu) dinyalakan. Keinginan/Selera pula, tidak didorong terlebih awal oleh hujah dan persepsi yang menunjukkan bahawa sesuatu itu menyenangkan (lalu) ia (secara sembrono) terus tergesa-gesa untuk menikmatinya. Seterusnya, ketika amarah secara tidak langsung boleh dikatakan bertindak menerusi hujah dan penilaian, selera pula adalah sebaliknya. Untuk ini, keinginan/selera itu lebih rendah kedudukannya (jika dibandingkan dengan kemarahan). Ini kerana apabila seseorang itu lemah di dalam amarah, dari satu segi, hujah dan penilaian akan mengatasi (dan membantutkan kemarahan di dalam) dirinya, tetapi (seseorang yang pemarah), tidak akan tunduk kepada hujah dan penilaian, tetapi (ia tunduk) kepada kehendak/selera (untuk melampiaskan kemarahannya).

Jika kurang faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Aristotle di dalam petikan di atas, jangan terlalu memaksa minda untuk memahaminya. Ia kebiasaan aliran falsafah dengan percubaan menjelajah ke daerah luar batasan akal yang menjalar keluar dari kebiasaan. Kepada yang biasa dengan teks dan hujah-hujah golongan sophist (ahli falsafah) atau yang dapat memahaminya dengan mudah, saya harap dapat fahamkan apa yang dipetik di atas. Bagi yang tidak biasa, boleh sahaja meneruskannya dengan penjelasan berikut dan tidak perlu terlalu memaksa diri untuk memahaminya. Ia tidak memberikan keistimewaan tetapi mudarat jika terlalu mencuba. Ia sekadar membawa kemantapan hujah kepada pemahaman peringkat-peringkat kelemahan manusia.

Apa kaitan semua ini dengan cerita di dalam Matthew fasal 21 ayat 19 dan Mark fasal 11 ayat 14 di atas? Pertama, golongan Kristian yang beriman dengan doktrin Pauline yang disebarluaskan oleh Athanasus yang menyatakan bahawa Jesus itu merupakan salah satu dari Tiga Tuhan dalam persekutuan Trinity perlu memerhatikan dan memikirkan dengan jelas kesan dan akibat pemahaman ayat ini terhadap akidah ikut-ikutan mereka.

Mereka menyabitkan Jesus dengan ketuhanan. Dia dianggap mereka sebagai Tuhan. Rasul yang mulia lagi dimuliakan oleh Islam ini, dipertuhankan Nasrani hanya kerana salah faham dan meniru perbuatan orang-orang terdahulu dari mereka. Contoh cerita pohon ara (atau pohon Tinn) ini sendiri sudah cukup untuk dihujah secara panjang lebar bahawa segala sifat, logik tindakan dan kesudahan akibat perbuatan tersebut menunjukkan bahawa insan yang dipanggil mereka dengan nama Jesus ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah manusia biasa yang terdorong oleh getus rasa dan tindakan-tindakan yang menjauhi sifat-sifat Tuhan.

Perhatikan bagaimana Aristotle menyatakan pada awal buku ke VII Nichomacheans Ethics, bahawa menjadi satu kebiasaan bagi orang-orang terdahulu menggelarkan orang-orang yang dikagumi mereka akan kebolehan dan kemuliaan orang tersebut dengan gelaran seperti ‘anak Tuhan’ dan ‘Manusia Tuhan’. Tetapi Aristotle juga menyatakan bahawa tidak layak bagi orang yang mahu digelarkan dengan gelaran tersebut mempunyai beberapa sifat dan sikap yang tidak elok sepertimana yang digariskannya. Antaranya ialah kelemahan di dalam membuat penilaian antara perkara baik dan buruk. Lalu dihujahkannya dengan lebih lanjut bahawa, seseorang itu akan dianggap sebagai terlalu bawah kedudukannya jika tindakan yang dilakukannya itu didorong oleh kehendak dan selera bagi memenuhi keperluannya sendiri.

Perhatikan apa yang dikatakan dicatatkan di dalam Matthew fasal 21 pada ayat 19 dan Mark fasal 11 pada ayat 14. Dikatakan bahawa pada ketika itu Jesus terasa lapar lalu terlihat akan dia dilaluannya pohon ara tersebut. Apabila dihampiri, nyata pohon itu tidak berbuah kerana di luar musim ia berbuah.

20 persoalan timbul di sini:

1) Apakah penglihatan dan pengetahuan bagi Tuhan itu terbatas dengan jarak? Jika Jesus itu dikatakan salah satu daripada tiga tuhan di dalam persekutuan Trinity, maka seharusnya sifat-sifat Tuhan yang mana kuasaNya tiada batasan itu tidak akan terbatas oleh apa jua halangan. Jika jarak dapat menghalang penglihatan Tuhan sepertimana yang disebut di dalam kisah pohon ara terbabit. Bagaimana mungkin bagi Tuhan dapat melihat, merasakan serta mengetahui rintihan hati hamba-hambaNya di dalam jarak yang lebih jauh? Apa pula nasib hamba-hamba Tuhan yang dikatakan bernama Jesus ini di negara-negara sejauh Malaysia, sebuah negara yang jauh dari bumi Palestin di mana penglihatan tuhan pada ketika itu terbatas dengan jarak beberapa kilometer? Kerana itulah apabila perutusan enam puluh orang Kristian dari Bani Najran (temasuk empat belas orang pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin agama mereka) datang menghadap Rasulullah s.a.w., surah Ali Imran diwahyukan Allah kepada baginda. Surah berkenaan diwahyukan berkenaan peristiwa tersebut dan yang lebih menariknya surah tersebut pada ayat 5 ditegaskan Allah dengan ayat berikut : Sesungguhnya Allah itu, tidak ada yang tersembunyi diatasNya sesuatu juapun di langit dan di bumi. Jelas Jesus itu bukan Allah kerana pengetahuan dan penglihatannya sangat terbatas. Fikirkan…

2) Jika Jesus itu Tuhan, kenapa harus baginya merasa lapar? Lapar dan keperluan memakan makanan itu hanya merupakan keperluan bagi makhluk-makhluk yang bergantung kepada yang lain bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ia juga menunjukkan wujud kelemahan di dalam diri makhluk tersebut apabila survival dirinya sangat bergantung kepada kewujudan perkara-perkara lain bagi menyokong sistem bagi membolehkannya hidup. Apakah layak bagi Tuhan untuk bergantung survival kehidupanNya dengan makhluk-makhluk yang diciptakanNya sendiri? Apakah Jesus tidak boleh hidup tanpa kewujudan makhluk-makhluk lain sebagai satu sistem bagi menyokong survival dirinya? Apabila Allah s.w.t. di dalam surah al Furqan ayat 20 menyatakan : Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya). Dan di dalam surah al Maidah ayat 75 dijelaskan oleh Allah seperti berikut : Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). Di dalam kedua-dua ayat tersebut, Allah s.w.t. mengingatkan kepada manusia terutamanya kepada ahli kitab supaya memikirkan tentang hujah yang dibawakan ayat tersebut bahawa kesemua Rasul-rasul yang diutuskan sebelum ini dan termasuk Muhammad s.a.w. sendiri merupakan makhluk Allah yang memerlukan kepada makanan. Keperluan terhadap makanan untuk mendapatkan tenaga menunjukkan kelemahan makhluk dan sifat ini tidak seharusnya ada kepada Tuhan. Fikirkan dengan akal akan hujah-hujah berikut yang mengiringi asas keperluan sesuatu makhluk itu perlu kepada makanan dan kenapa hujah ini digunakan Allah supaya manusia dengan akal fikiran yang waras tidak tertipu. Fikirkan dengan akal yang waras nanti hujah-hujah yang berikut…

3) Jika Jesus itu Tuhan, dan jika kelaparannya yang dirasakannya pada ketika itu hanya boleh diatasi dengan kewujudan buah ara yang masak pada pohon ara terbabit, maka jelas di sini, survival dirinya benar-benar lemah jika dibandingkan dengan pohon ara itu sendiri yang dapat menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis, dan sangat lemah jika dibandingkan dengan anai-anai yang dapat memakan kayu pohon ara terbabit dengan kebolehannya menghadamkan cellulose melalui kewujudan protozoa (ber flagella) di dalam perutnya. Seharus dan sewajibnya Tuhan itu tidak kalah jika diperbandingkan keupayaannya dengan keupayaan makhluk-makhluk ciptaanNya. Bukankah begitu seharusnya Jesus , yang dianggap mereka sebagai Tuhan, yang seharusnya tidak kalah di dalam survival kendiri jika mahu diperbandingkannya dengan makhluk-makhluk lain terutamanya anai-anai yang lebih halus dan kecil struktur fiziknya dan kurang keupayaan akal mereka? Fikirkan dengan akal….

4) Jika dia perlu kepada makanan, maka perlu bagi tubuhnya memproses makanan terbabit bagi memberi tenaga kepada badannya. Bagaimana jika makanan itu tidak terdapat untuk dinikmati? Apakah ia bermakna Jesus sebagai Tuhan akan kehilangan tenaga lantas menjadi lemah dan melemahkan cara dia menilaikan sesuatu itu dan seterusnya membuat keputusan yang menunjukkan rasional tindakannya menjurus kepada tindakan yang tidak masuk akal sebagaimana yang dibuktikan di dalam Matthew dan Mark dimana akhirnya pohon itu disumpah mati oleh Jesus. Bukankah dia sendiri di dalam Luke fasal 12 ayat 23 menyatakan bahawa : Luke 12:23 The life is more than meat, and the body is more than raiment. (12:23 Kehidupan itu lebih penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada pakaian.). Jadi kenapa diamuk akan pohon tersebut jika benar dia Tuhan? Fikir secara mendalam dengan akal….

5) Jika tubuhnya memproses makanan terbabit, sudah pastinya sebahagian dari tenaga yang diperlukan dan diperolehi dari makanan tersebut akan diserap masuk dan ditukarkan sebahagian besarnya menjadi glukos yang akan dihantar melalui peredaran darah untuk digunakan oleh tisu-tisu badan. Glukos yang digunakan ini kemudiannya akan disimpan sebagai glycogen di dalam limpa dan otot, dan ada juga disimpan sebagai lemak bagi tujuan kegunaan bagi keperluan tenaga di masa hadapan. Persoalannya, kenapa perlu bagi Tuhan membuat simpanan bagi tujuannya sumber tenagaNya di masa hadapan? Bukankah seharusnya Tuhan itu tidak bergantung kepada segala apa yang wujud selain dari diriNya sendiri? Fikirkan dengan akal….

6) Lebihan dari makanan yang diproses dan setelah diserap semua khasiatnya di dalam usus kecil dan setelah semua cairan diserap oleh usus besar, maka yang tinggal hanyalah sisa buangan yang perlu dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan. Persoalannya, apakah layak untuk Tuhan mengalami proses ini? Tanyakan kepada mereka yang mempertuhankan manusia mulia ini, perlukah Tuhan melepaskan ‘hajat besar’ atau di dalam bahasa mudah membuang air besar untuk survival diriNya? Na’uzubillah… Jika Jesus hanya manusia biasa, bukanlah sesuatu yang pelik jika perlu baginya untuk berkumuh. Ini kerana semua nabi dan Rasul melakukannya kerana mereka hanyalah manusia biasa. Malah Muslim sendiri belajar bagaimana untuk membersihkan diri dari kekotoran akibat keperluan berkumuh ini melalui sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Muslim boleh menerima dengan hati yang terbuka jika dikatakan kepada mereka bahawa para nabi dan Rasul yang diimani mereka perlu membuang air besar. Tidak ada seorang Muslim pun yang akan membantah mengenai fakta ini. Tetapi sifat ini adalah tidak layak bagi Tuhan! Jadi perbuatan yang menyamakan Jesus sebagai Tuhan merupakan satu perbuatan sangat pelik. Tidak layak untuk disabitkan perbuatan membuang air ini dengan perlakuan Tuhan. Tidakkah mereka mahu berfikir…?

7) Apabila sampai dan tiba masanya untuk dia berkumuh, harus baginya segera mencari tempat baginya melepaskan hajat. Kebiasaan bagi manusia, perkara-perkara peribadi seperti melepaskan hajat ini dilakukan jauh dari pandangan manusia lain dan terselindung. Persoalannya, jika demikian sifatnya Jesus dikatakan Tuhan yang menjelma dalam bentuknya sebagai seorang manusia, apakah wujud keperluan baginya mencari tempat perlindungan untuk melepaskan hajat besar tersebut? Bukankah pelik bunyinya apabila Tuhan memerlukan privasi dan tempat terselindung dari pandangan makhluk-makhluk ciptaanNya untuk melakukan sesuatu yang peribadi? Bolehkah dianggap Tuhan mana-mana figura yang memerlukan perlindungan dari makhluk-makhluk ciptaanNya sendiri untuk melakukan sesuatu yang peribadi? Kenapa mereka tidak mahu berfikir…?

8) Jika dia terpaksa ke tandas dan melepaskan hajatnya, sudah semestinya sesudah daripada itu dia perlu bersuci. Apakah Tuhan itu boleh dicemari kesucianNya dengan penghasilan dan proses berkumuh? Apakah Tuhan itu boleh menjadi tidak suci setelah dia berkumuh lalu perlu Tuhan membersihkan dirinya dari kesan membuang air besar? Jika demikian keadaannya, bagaimana boleh dikatakan Tuhan itu Maha Suci sedangkan terdapat hari-hari dalam kehidupanNya Dia menjadi tidak suci akibat dari aktiviti perkumuhan? Bilakah mahu mereka berfikir….?

9) Jika selepas dia puas melepaskan hajat dan berubah keadaannya menjadi tidak suci, maka dia perlu bertindak untuk mengembalikan kesucian dirinya. Maka, setelah melepaskan hajat, dia perlu bersuci. Persoalanannya.. apakah kaedah dan benda yang perlu digunakan Tuhan untuk bersuci itu? Apakah air, batu atau kain digunakan dalam proses bersuci tersebut? Berapa kali basuhan dengan kaedah-kaedah tersebut yang perlu dilakukan sehingga Ia mencapai tahap suci kembali? Jika air, batu dan kain boleh menyucikan, bermakna air, batu dan kain itu lebih suci daripada Tuhan yang memerlukan kepadanya untuk bersuci. Maka, dalam keadaan tersebut, batu, kain, dan air tersebut lebih suci dari Tuhan yang memerlukan kepada mereka untuk bersuci. Jadi siapa atau apa yang lebih layak untuk digelar sebagai Maha Suci? Tuhan dalam bentuk manusia itu ataupun bahan-bahan yang digunakanNya menyucikan diri selepas melepas hajat besar? Mahukah kita menyembah Tuhan yang perlu berkumuh dan ada diantara masanya dia menjadi tidak suci akibat dari aktiviti tersebut? Malah di dalam Nicene Creed, telah diikrarkan bahawa Jesus dan Tuhan itu adalah satu, dan Jesus dan Tuhan itu adalah dari satu zat (substance) yang sama. Maka, apabila Jesus perlu berkumuh, dan jika dikatakan Jesus dan Tuhan itu dari zat yang sama, maka apakah zat atau subtance itu tadi boleh dicemari dengan pengeluaran bahan kumuh? Sepertimana yang dipersoalkan awal tadi, apakah juga zat tersebut ada ketika dan keadaannya memerlukan kepada bahan lain untuk menyucikan sifatnya yang tercemar? Bukankah ianya sekaligus menandakan bahawa terdapat perkara atau benda yang lebih suci dan boleh menyucikan zat Tuhan? Cuba renungkan berikan masa kepada akal untuk berfikir dengan mendalam…. Berikut petikan Nicene Creed tersebut. “I believe in One God, the father almighty, Maker of the heaven and earth, and of all things visible and invisible; and in one Lord Jesus Christ, the only-begotten Son of God, begotten of his father before all worlds, God of God, Light of Light, very God of very God, begotten, not made, being of one substance with the Father, by whom all things were made...And I believe in the Holy Ghost, the Lord, the Giver of Life, who proceedeth from the Father and the Son, who with the Father and the Son together is worshipped and glorified, who spoke by Prophets...”(Aku beriman kepada Tuhan yang Satu, Bapa yang Maha Kuasa, Pencipta Langit dan Bumi, dan segala perkara yang nampak dan ghaib; dan beriman kepada satu Tuan Jesus Christ, satu-satunya anak yang dilahirkan dari Tuhan, dilahirkan Tuhan Bapanya sebelum kewujudan seluruh dunia, Tuhan segala Tuhan, Cahaya segala Cahaya, sebenar Tuhan dari segala sebenar tuhan, dilahirkan, tidak diciptakan, bersatu di dalam satu zat dengan Tuhan Bapa, (zat) dari mana segala yang wujud diciptakan daripadanya… dan Aku beriman dengan Ruhul Qudus, Tuan, yang memberikan Kehidupan, yangberasal dari Tuhan dan AnakNya, Dia yang mana bersama Tuhan dan AnakNya disembah serta dipuja, yang berbicara dengan para nabi…)

10) Bagaimana pula jika pada ketika itu tidak wujud bahan-bahan atau benda-benda yang diperlukannya untuk menyucikannya daripada hadas tersebut. Apakah dia akan kekal dalam ketidaksucian sehingga dia berjumpa dengan bahan-bahan tersebut? Tidak mungkin dia boleh ciptakan bahan-bahan tersebut dari tiada kepada ada kerana dibuktikan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini bahawa pohon ara yang tidak berbuah itu pun tidak dapat dia tumbuhkan buah melainkan kebolehannya menyumpah pohon tersebut sehingga mati. Di dalam semua kebolehan dan keajaiban yang ditunjukkannya di dalam Synoptical Gospel (Matthew, Mark dan Luke), tidak sekalipun dia mencipta dan mengadakan sesuatu yang sebelum itu tidak ada atau tidak wujud. Keajaiban yang boleh dilakukannya, hanyalah pada perkara-perkara yang sudah sedia wujud lalu diubah sifat dan keadaannya kepada kehendak yang bertentangan. Sebagai contoh mengubati seorang pesakit kusta, menyembuhkan seorang yang buta, menjadikan beberapa buku roti dan daging cukup untuk makanan ribuan orang pengikutnya dan beberapa keajaiban lain. (ed – sama seperti mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.di dalam beberapa peristiwa yang dicatatkan di dalam hadis). Tetapi kesemua itu dilakukan melalui manipulasi objek dan kewujudan sesuatu yang sudah sedia ada sebelum dari itu melalui izin Tuhan. Dia bukanlah Tuhan kerana dia tidak dapat mengadakan sesuatu yang tidak ada kepada ada atas kehendaknya sendiri melainkan melalui kehendak Tuhan yang memerintahkan dan mengizinkan sebarang perlakuan. Ia sebagaimana dicatatkan di dalam John fasal 5 ayat 30. I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge: and my judgment is just; because I seek not mine own will, but the will of the Father which hath sent me. (5:30 Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari kehendakku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang aku dengar, dan penghakimanku adil, sebab aku tidak menuruti kehendak diriku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutuskan aku.) Maka, jelas bahawa dia, Jesus, tidak dapat melakukan sesuatu tanpa keizinan Tuhan terlebih dahulu. Maka bahan-bahan yang tidak wujud dalam situasi yang dibincangkan ini, tidak dapat diwujudkannya sepertimana buah ara yang tidak dapat dia wujudkan untuk mengubat kelaparannya. Persoalannya, jika dia dikatakan sebagai Tuhan, apakah dia akan kekal di dalam ketidaksucian dan berhadas selagi belum terjumpa dengan bahan-bahan yang boleh menyucikannya daripada hadas tersebut? Berfikir itu bagi orang yang tahu menggunakan akal… fikirkan dengan akal. Mana mungkin kita perlu sembah Tuhan yang tidak suci sedangkan Dia menyuruh kita bersuci sebelum menyembahnya. Fikirkan…

11) Agak menghairankan apabila Jesus mahu dikatakan mereka sebagai Tuhan. Ini kerana jika benar dia Tuhan, kenapa dia sebagai Tuhan yang mencipta, terlupa tentang ciptaannya? Bukankah dia sendiri yang menetapkan bahawa pohon ara tersebut hanya akan berbuah pada waktu-waktu dan musim-musim tertentu sahaja? Jadi, jika dia dikatakan Tuhan, tentu sahaja dia tidak akan lupa. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mana mungkin kita mahu menyembah Tuhan yang pelupa?

12) Kenapa dia sebagai Tuhan tidak berkata kepada pohon itu supaya berbuah, seperti berbuahlah kamu! Kemudian pohon itu pun berbuah lalu dia dan semua orang dan makhluk yang menghampiri pohon itu dapat menikmati makanan. Mengapa harus bagi dia menyumpah pohon yang tak berdosa tersebut lalu semua makhluk tidak berdosa lain yang biasa makan dari pohon tersebut tidak lagi dapat menikmati makanan mereka seperti biasa hanya kerana Jesus tidak dapat menahan perasaan marahnya? Bukankah pelik perbuatan sebegini jika disabitkan dengan figura yang dikatakan menyampaikan kasih sayang kepada semua makhluk? Bukankah perbuatan sebegini kelihatan seperti mementingkan diri sendiri?

13) Kenapa dia menyumpah pohon itu supaya mati sedang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dikatakan Aristotle menunjukkan kelakuan seseorang yang terdorong melakukan sesuatu atas desakan kehendak tanpa mahu memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan? Bukankah tindakan ini menunjukkan bahawa kelaparan itu menguasai dirinya dalam membuat keputusan, sedangkan sewajibnya bagi Tuhan tiada apa yang dapat mempengaruhinya dalam membuat keputusan. Lebih buruk lagi apabila Aristotle di dalam Nichomacheans Ethics-nya menyatakan bahawa sesiapa yang tunduk kepada desakan kehendak dan selera itu lebih buruk danrendah jatidirinya jika dibandingkan dengan mereka yang dikuasai nafsu amarah. Jika di zaman Aristotle manusia-manusia yang berjaya membuang kelemahan-kelemahan yang digariskan tersebut kebiasaannya digelar sebagai ‘Tuhan dalam rupabentuk manusia’, maka dalam kes pohon ara ini, sangat jauh peri kelakuan yang disabitkan kepada Rasul Allah yang mulia yang digelarkan mereka dengan nama Jesus ini, dari apa jua yang menghampiri sabitan ketuhanan.

14) Jika dia dikatakan tuhan, kenapa dia menyalahkan pohon tersebut yang tidak berbuah dengan menyumpahnya sedangkan pohon itu hanya melakukan apa yang direncanakan olehNya terlebih dahulu? Apakah dia tersilap dahulu dalam menentukan musim berbuah atau dia tersilap pada ketika itu dalam menentukan musim pohon ciptaannya berbuah? Jika dia Tuhan, tentu sahaja dia tidak akan tersilap. Tetapi jika dia sebenarnya manusia, perkara itu tidak menjadi hal dan dapat dimaafkan. Mana mungkin kita mahu menyembah Tuhan yang pelupa dan tersilap.

15) Apakah yang mahu dia ajarkan kepada pengikutnya? Dicatatkan di dalam Matthew fasal 21 pada ayat 22 apabila ditanyakan pengikutnya kehebatan makbulnya sumpahan Jesus itu, lalu dia menjawab. 21:21 Jesus answered and said unto them, Verily I say unto you, If ye have faith, and doubt not, ye shall not only do this which is done to the fig tree, but also if ye shall say unto this mountain, Be thou removed, and be thou cast into the sea; it shall be done. 21:22 And all things, whatsoever ye shall ask in prayer, believing, ye shall receive. (21:21 Jesus menjawab mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu percaya dan tidak bimbang, kamu bukan saja akan dapat berbuat apa yang Kuperbuat dengan pohon ara itu, tetapi juga jikalau kamu berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! hal itu akan terjadi. 21:22 Dan apa saja yang kamu minta dalam doa dengan penuh kepercayaan, kamu akan menerimanya.”) begitu juga dengan ayat Mark fasal 11 pada ayat 23 yang menyatakan perkara yang serupa. Apakah selepas dari kejadian itu, jika pada mana-mana ketika salah seorang dari pengikutnya pergi kemana-mana dan tiba-tiba merasa lapar dan terlihat akan pohon buah yang tidak menghasilkan buah untuk dimakan mereka, lalu perlu mereka sumpah pohon tersebut supaya mati kerana tidak dapat memenuhi kehendak mereka? Apakah ini pengajaran yang mahu diajarkan kepada pengikutnya? Itu jika di zaman dahulu, contoh mudah di zaman ini ialah apabila mana-mana orang Nasrani berasa lapar dan tiba-tiba dia ternampak gerai mak Bedah menjual karipap dari jauh di tepi jalan, apabila dihampiri gerai Mak Bedah tersebut, tiba-tiba diberitahukan kepada orang Nasrani terbabit bahawa karipap sudah habis dijual. Jika melihatkan kepada contoh perbuatan yang dilakukan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini, apakah perlu disumpah Mak Bedah penjual karipap itu menjadi kurus kering dan mati hanya kerana karipap yang dijualnya habis? Di mana lojik perbuatan ini? Di mana rasa kasih dan sayang yang sentiasa dikhutbahkan? Jika kemarahan itu mencetus tindakan sembrono di dalam diri seorang manusia, ia dapat dimaafkan, kerana manusia itu biasa terdorong mengikut kehendak nafsunya. Tetapi jika ia mahu disabitkan dengan ketuhanan, ia nyata satu perbuatan yang amat tidak patut! Fikirkan dengan lojik.

16) Kenapa saya tidak dapat menerima kemarahan Jesus yang dianggap mereka sebagai Tuhan? Saya hanya tidak dapat menerima jika dikatakan Jesus sebagai Tuhan. Ini kerana dia berubah menjadi pemarah dan kurang rasional dalam tindakan semasa menyumpah pohon ara yang tidak berbuah mengikut keinginannya (mengikut konteks sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible). Saya juga berasa terlalu sangsi untuk menerima Jesus di dalam kisah yang diceritakan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini sebagai merujuk kepada Isa al Masih yang mulia. Kerana Isa al masih itu sangat tinggi tingkat kesabarannya, budi pekertinya dan dia juga sanggup menafikan kehendak dan getus fikirnya sendiri biarpun sesuatu kejadian itu berlaku dihadapan matanya demi memuliakan ketaatan dan kepatuhan terhadap Allah. Satu peristiwa dicatatkan di dalam Sahih Bukhary apabila Isa al Masih melihat seorang pemuda sedang mencuri. Hadis tersebut seperti yang dipetik di bawah :

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, “Isa anak Maryam melihat seorang lelaki mencuri, lalu dikatakannya kepada lelaki tersebut. “Engkau mencuri?” Kata lelaki tersebut ; “Tidak, demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Kata Isa: “Saya percaya kepada Allah dan saya dustakan mata saya.” (Sahih Bukhary.)

Jadi Isa al Masih di dalam keimanan saya terhadap kerasulannya sudah pasti agak janggal dan pelik untuk dirujuk kepada perlakuan Jesus di dalam petikan Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini. Perhatikan bagaimana Isa al Masih a.s. bersikap terhadap manusia yang menyatakan keimanannya kepada Allah. Biarpun pada awalnya baginda melihat akan perbuatan mencuri tersebut dan atas dorongan akal fikiran dan getus rasanya yang mahukan baginda menuduh lelaki tersebut mencuri, tetapi semua itu baginda ketepikan apabila lelaki tersebut menyatakan dia tidak melakukannya dan bersumpah di atas nama Allah. Ini adalah sikap para nabi dan rasul. Mereka menolak untuk bersangka buruk dengan manusia dan makhluk lain jika manusia mempamerkan keimanan dan makhluk mempamerkan kepatuhan mereka kepada Allah. Sama seperti apa yang dinasihatkan Rasulullah di dalam sebuah hadis mengenai situasi di dalam peperangan di mana para sahabat bertanyakan kepada baginda, apa yang perlu mereka lakukan jika musuh mereka yang hampir ditewaskan dan hampir dibunuh itu mengucapkan persaksian terhadap Allah dan RasulNya? Lalu baginda menyatakan kepada mereka supaya dihentikan niat untuk membunuh orang tersebut. Lalu, para sahabat mempersoalkan keimanan yang dipamerkan itu mungkin di atas dasar untuk melepaskan diri dari terbunuh, tetapi Rasulullah s.a.w. tetap bertegas melarang mereka membunuh mana-mana musuh yang melakukan persaksian sedemikian. Ia dinyatakan di dalam sebuah hadis dari Miqdad r.a. dan dicatatkan di dalam Sahih Muslim. Begitu juga dengan hadis di bawah ini:

Dari Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pergi berperang ke Huraqah, termasuk perkampungan Juhainah. Kami menyerang mereka pada waktu subuh dan dapat memukul mundur mereka. Aku dan seorang sahabat dari golongan Ansar dapat mengejar seorang perajurit mereka. Ketika perajurit itu kami todong, tiba-tiba dia mengucapkan kalimah, “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan melainkan Allah). Sahabatku orang Ansar serta merta menarik senjatanya sedangkan aku terus sahaja menikamkan panahku kepada perajurit itu sehingga dia tewas. Kata Usamah melanjutkan, “Ketika kami tiba kembali ke Madinah, berita mengenai peristiwa itu telah sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w.,” Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku, “Hai Usamah! Kenapa engkau membunuh perajurit itu padahal dia telah mengucapkan La ilaha illallah?” jawabku, “Dia mengucapkannya kerana hendak melindungi diri dari senjata aku.” Tanya aku. “Kenapa kamu membunuhnya setelah dia mengucapkan La ilaha illallah?” Rasulullah sentiasa mengulang-ulangkan pertanyaan itu sehinggakan aku merasakan bahawa aku belum masuk Islam sebelum hari itu.” (Hadis Riwayat Muslim).

Jadi Isa al Masih a.s. bukanlah Jesus sepertimana yang digambarkan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini. Apabila pohon itu tidak berbuah diluar musim ia berbuah, ia membawa maksud bahawa pohon tersebut patuh akan ketetapan yang telah Tuhan tetapkan kepadanya untuk hanya berbuah di dalam musim-musim tertentu. Jadi, apa dosa makhluk yang patuh kepada kehendak Tuhannya itu, tetapi disumpah ia kering dan mati? Jelas perwatakannya sangat berbeza dengan Isa al masih sepertimana yang digambarkan di dalam hadis di mana apabila keimanan dan kepatuhan jika dipamerkan oleh mana-mana makhluk Allah, maka perbuatan tersebut akan dimuliakan oleh Isa al Masih a.s. dan mana-mana Rasul yang dilantik Allah s.w.t. Jika para nabi dan rasul bersikap sedemikian, maka seharusnya ulama’-ulama’ pewaris Nabi juga bersikap demikian. Pernyataan ini membawa maksud bahawa tiada siapa sekalipun di dalam dunia ini boleh mempertikaikan keimanan sesiapa sahaja. Apatah lagi menuduh mana-mana pihak sebagai tidak layak untuk memasuki syurga dan medapat rahmat Allah. Mereka-mereka yang berkelakuan sedemikian adalah sangat bertentangan dengan sikap-sikap serta sifat-sifat kelakuan para nabi dan rasul yang diakui mereka sebagai mereka warisi. Pelik benar kelakuan ulama’-ulama’ sebegini, seolah-olah ‘buku log daftar masuk syurga’ itu berada ditangan mereka. Inilah yang dinamakan penyakit Wahn. Terlalu mencintai dunia dan kedudukan yang dijanjikannya sehingga segalanya sanggup dikorbankan termasuk kebenaran di dalam agama. Penyakit ini menjangkiti tidak kira tua muda, miskin kaya, lemah atau berkuasa, berserban atau tidak, anak murid dan tok guru. Semoga Allah melindungi kita semua dari penyakit ini dengan membersihkan hati kita dan turut juga menyembuhkan mereka-mereka yang terkena jangkitannya supaya tidak memudaratkan agama dan negara. Amin….

17) Pelik di dalam kisah ini apabila Jesus yang dianggap sebagai Tuhan bersikap lebih kejam daripada mana-mana raja yang kejam di dalam dunia. Kenapa dikatakan begitu? Ini kerana raja-raja yang kejam, hanya membunuh dan menghukum bunuh mana-mana rakyat dan pembesar yang menentang kehendak dan ketetapan yang dibuat oleh raja tersebut. Tetapi di dalam kes ini, Jesus yang dianggap mereka sebagai Tuhan yang menetapkan ketetapan bagi kehidupan makhluk-makhluk ciptaan dan dibawah tadbirnya, menyumpah mati makhluknya semata-mata kerana ia mematuhi kehendak Tuhan yang menetapkan ia hanya berbuah pada waktu-waktu tertentu di kitaran hidupnya. Pelik bukan? Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang?

18) Lebih pelik lagi jika difikirkan mengenai paradoks di dalam dakwah mereka yang menyatakan bahawa Kristian itu agama mengenai Cinta dan kasih sayang.. bagaimana mungkin Tuhan di dalam Bible boleh dikatakan sebagai penyayang jika anakNya sendiri dikorbankan semata-mata untuk mengampunkan dosa makhluk-makhluknya yang berdosa kerana tidak mematuhi peraturanNya tetapi anakNya yang dikirimkan kedunia pula menyumpah mati makhluk yang mematuhi peraturanNya.. jadi apa sebenarnya yang perlu dilakukan oleh semua makhluk ciptaanNya? Keliru, keliru dan terus keliru….

19) Jesus sepertimana yang digambarkan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 ini juga bukanlah Tuhan kerana Tuhan itu Maha Penyabar. Bagaimana mungkin Tuhan yang memerintahkan manusia untuk bersabar dengan tamparan yang dikenakan kepada mereka sedangkan Dia sendiri tidak dapat bersabar dengan apa yang dilakukan makhluk ciptaanNya yang tidak mahu berbuah di kala Dia berasa lapar. Bukankah dicatatkan di dalam Matthew fasal 5 ayat 39 : 5:39 But I say unto you, That ye resist not evil: but whosoever shall smite thee on thy right cheek, turn to him the other also. (Tetapi aku katakan kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berikanlah juga kepadanya pipi kirimu.) Ianya diulang sekali lagi di dalam Luke fasal 6 ayat 29. Persoalannya, kenapakah dia yang dianggap Tuhan oleh orang-orang Kristian tidak boleh bersabar dengan pohon ciptaanNya yang tidak berbuah di kala Dia lapar? Sedangkan manusia-manusia yang dipukul pipinya pada sebelah kanan, disuruh Jesus untuk bersabar dan menyerahkan pipi mereka yang sebelah kiri pula untuk dipukul. Bukankah kepimpinan melalui tauladan. Jika Tuhan sendiri tidak dapat bersabar, layakkah dia menasihati manusia untuk bersabar bila maruah mereka dicemar. Perbuatan memukul muka itu merupakan satu perbuatan yang mencemarkan maruah mereka-mereka yang dipukul pada bahagian tersebut. Kerana itulah Rasulullah melarang memukul muka hatta di dalam peperangan.

20) Di dalam Proverb fasal 27 ayat 18 dicatatkan seperti berikut :

Whosoever keepeth the fig tree shall eat the fruit thereof: so he that waiteth on his master shall be honoured. (Kitab Amsal fasal 27 ayat 18 Siapa memelihara pohon ara akan memakan buahnya, dan siapa menjaga tuannya akan dihormati.) Ia merupakan kata-kata hikmah yang disabitkan dengan King Solomon. Dia menggunakan pohon ara sebagai contoh dalam menunjukkan bagaimana kita harus bersikap dengan manusia lain terutamanya Tuan, Guru, Pemerintah dan sebagainya. Jadi bagaimana mungkin Jesus sebagai salah satu dari persekutuan Tuhan dalam Trinity melakukan sesuatu yang lebih buruk dan kurang bijak dari Solomon yang hanya merupakan seorang Raja bagi kerajaan Bani Israel? Hormati dan jagalah pohon ara jika mahu mendapatkan buahnya.. ia hanya sebuah perumpamaan bijak, tetapi contoh pengajaran yang Jesus tunjukkan kepada para pengikutnya merupakan sesuatu yang amat bertentangan dengan kebijaksanaan sepertimana yang disaran oleh Solomon. Jesus di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11 itu mengajak pengikutnya supaya tidak menghormati pohon ara tersebut. Jika menggunakan kaedah syllogism, ia membawa erti bahawa jika mana-mana orang tidak dapat memberikan manfaat kepada kamu, maka kamu bolehlah menyumpah seranahnya hingga mati? Bukankah begitu apa yang cuba ditunjukkan Jesus kepada pengikutnya? Jadi siapa yang lebih bijak.. Solomon atau Jesus? Fikirlah sendiri…

Maka apa yang diucapkan oleh Balaam di dalam Numbers fasal 23 ayat 19 dan 20 bahawa Tuhan itu bukanlah anak kepada manusia kerana manusia itu mempunyai banyak kelemahan dan Tuhan pula tidak dapat difahami dengan perlakuan yang disebutkan dan diceritakan di dalam Matthew fasal 21 dan Mark fasal 11. Jelas dari sini, ianya merupakan perkara tidak masuk akal untuk mensabitkan Jesus dengan ketuhanan apatah lagi menyatakannya sebagai salah satu Tuhan di dalam kesatuan tuhan di dalam Trinity.

Ok.. untuk cerita Jesus dan pohon ara itu, saya hentikan setakat ini dahulu. Jika dihujahkan dengan panjang lebar nanti, penulisan ini akan menjauhi topik asal. Saya memuatkannya bagi menjawab pelbagai pertuduhan ke atas Islam di dalam banyak blog yang berselerakan di alam cyber dan melalui email-email dan bahan-bahan yang diedarkan kepada orang Islam bagi tujuan dakwah kristianisasi.

Kita beri perhatian semula kepada persoalan kenapa Tuhan di dalam Genesis fasal 17 memeterai Perjanjian Abadi diantaraNya dengan Abram dan Ishmael serta semua keturunan mereka pada ketika Ishmael berusia 13 tahun. Berikut ini merupakan penjelasan saya.

Sepertimana di dalam Islam, beban tanggungjawab dan accountability terhadap amal perbuatan seseorang itu bermula apabila dia sampai kepada peringkat umur dia menjadi mukallaf. Batas permulaannya bermula dengan fasa akil baligh bagi lelaki dan perempuan. Tetapi di dalam agama Hebrew dan Yahudi hingga kini, batas mula usia mukallaf itu bermula pada ketika mana-mana kanak-kanak lelaki mencapai usia 13 tahun, manakala kanak-kanak perempuan pula pada ketika berumur 12 tahun. Di dalam Islam ia digelar sebagai mukallaf tetapi di dalam agama Hebrew dan Yahudi ia digelar sebagai Mitzvah. Kebiasaannya satu majlis yang dikenali sebagai Bar-Mitzvah akan diadakan bagi menandakan sudah sampai ketikanya kanak-kanak tersebut dipertanggungjawabkan dengan amalan-amalan di dalam agama Yahudi.

Jelas, apabila kaum Yahudi mendakwa Abraham sebagai patriarch, bapa kepada kelahiran kaum tersebut, maka keabsahan Ishmael dan keturunannya sebagai pihak yang mendapat hak di dalam Perjanjian Abadi itu tidak boleh dipertikaikan. Ia menjawab persoalan kenapa Tuhan di dalam Bible menunggu sehingga Ishmael berusia 13 tahun sebelum perjanjian itu dimeterai. Ia menunjukkan bahawa Ishmael dan keturunannya diiktiraf di dalam Perjanjian Abadi tersebut. Terdapat bukti jelas di dalam Bible yang wujud pada hari ini, usaha-usaha kebudak-budakan yang kurang cermat yang diusahakan oleh pendita-pendita dari kalangan ahli-ahli kitab untuk menggantikan tempat Ishmael dengan Isaac. Tetapi bukankah Allah s.w.t. berjanji untuk memperolok-olokkan mereka yang mempersendakan apa yang Allah wahyukan kepada mereka sebelum ini? Lalu mereka benar-benar diperolok-olokkan Allah.

Antara usaha mereka yang tidak berhenti sehingga hari ini ialah dengan percubaan mereka untuk menafikan kedudukan Hagar (Siti Hajar) sebagai isteri Abram (Abraham) yang sah. Berikut saya buktikan bagaimana penterjemah-penterjemah Bible dari zaman ke zaman cuba melakukan evolusi terhadap kriteria watak Hagar di dalam Bible mereka. Saya mulakan dengan kitab Bereishit di dalam Tanakh Yahudi. Kitab Genesis di dalam Bible dan Kitab Bereishit di dalam Tanakh merupakan kitab yang sama. Di dalam Kitab Bereishit fasal 16 ayat 3 seperti yang dipetik dibawah, Hagar merupakan isteri kepada Abram yang sah. Dan peristiwa perkahwinan Hagar dengan Abram ini jugalah yang menjadi dalil yang digunakan di dalam Talmud untuk mengarahkan mana-mana lelaki yang berkahwin tetapi tidak mendapat anak dalam tempoh sepuluh (10) tahun untuk mengahwini seorang lagi isteri.

Jadi, jelas di dalam Bereishit, Hagar merupakan merupakan isteri Abram yang sah.Di dalam Bible terjemahan Douay-Rheimes juga disebutkan Agar (Hagar atau Agar? Kenapa Bible ini menggunakan nama Agar tidak akan dibincangkan di sini) sebagai isteri Abram yang sah mengikut hukum Taurat pada ketika itu. Rujuk lampiran di bawah.


Bible Authorized Version/King James yang merupakan terjemahan Bible yang diusahakan semasa zaman Reformasi Kristian pada kurun ke 16 juga masih lagi merujuk Hagar sebagai isteri Abram yang sah. Rujuk lampiran di bawah.

Tetapi, Bible dengan terjemahan yang lebih moden telah mengubah status Hagar dari seorang isteri Abram yang sah, menukarkannya kepada taraf seorang gundik. Tak percaya? Sila rujuk lampiran di bawah:

Berikut merupakan makna bagi terminology perkataan concubine menurut kamus Oxford:

concubine /"kQNkjUbVIn/

n.

1 chiefly historical (in polygamous societies) a woman who lives with a man but has lower status than his wife or wives.

2 archaic a mistress.

Jelas, taraf kedudukan Hagar di sisi Abram telah dihinakan kepada hanya bertaraf seorang gundik! Apa motif mereka? Apakah mereka mahu mengubah butir isi Perjanjian Abadi antara Tuhan di dalam Bible dengan memberi penghinaan kepada keturunan Ishmael?

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (al Baqarah ayat 79)

Tuhan di dalam Bible sepertimana Dia digambarkan di dalam Bible merupakan Tuhan yang tidak berubah. Malah di dalam beberapa ayat lain di dalam Bible, juga dengan tegas dicatatkan bahawa Tuhan itu tidak berubah dalam semua segi termasuk cara Dia berfikir dan ketentuan yang diciptakanNya. Sebagai contoh ayat-ayat dibawah dibawakan bagi menguatkan hujah.

Berikut dibawakan beberapa ayat sebagai menyokong hujah.

Malachi (Kitab Maleachi) fasal 3 ayat 6

3:6 For I am the LORD, I change not; (Bahwasanya Aku adalah Tuhan, Aku tidak berubah)

Job (Kitab Ayub) fasal 23 ayat 13

23:13 But he is in one mind, and who can turn him? and what his soul desireth, even that he doeth.(kerana Dia tidak berubah, dan siapa yang dapat mengubahNya? Apa yang dikehendakiNya, pasti dilaksanakanNya juga.)

Isaiah 14

14:24 The LORD of hosts hath sworn, saying, Surely as I have thought, so shall it come to pass; and as I have purposed, so shall it stand: (Tuhan semesta alam telah bersumpah, firman-Nya: "Sesungguhnya seperti yang Aku maksudkan, demikian itu akan terjadi, dan seperti yang Aku rancangkan, demikian itu akan terlaksana.)

Isaiah 46 : 9 – 11

46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me, 46:10 Declaring the end from the beginning, and from ancient times the things that are not yet done, saying, My counsel shall stand, and I will do all my pleasure: (46:9 Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahwasanya Akulah Tuhan dan tidak ada yang lain, Akulah Tuhan dan tidak ada yang seperti Aku, 46:10 yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: KetetapanKu akan sampai, dan segala kehendakKu akan Kulaksanakan,)

Bahawa Allah s.w.t. di dalam al Qur’an berfirman bahawa ketetapanNya tidak akan diubah, Sunnatullah itu tidak akan diubah. Ia difirmankan di dalam ayat-ayat berikut:

Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu. (Surah Faatir ayat 43)

Yang cuba mengubahnya ialah manusia-manusia yang biadab. Mengubah fitrah dan ketetapan yang telah Allah tetapkan, kerap kali akan mengundang kesan amat buruk kepada si pelaku dan mereka-mereka yang berada disekelilingnya. Setiap apa percubaan untuk mengubah fitrah yang ditetapkan Allah bakal mengundang malapetaka.

Cara beberapa sarjana Bible yang menyokong pendapat bani Israel bermastautin selama 215 tahun di Canaan dalam membuat hitungan, dijelaskan sepertimana berikut. Bersumberkan Genesis (kitab keluaran), mereka merujuk kepada beberapa perkara berikut. Abram (Abraham) berusia 75 tahun pada ketika Tuhan mengarahkannya keluar dari Haran selepas kematian bapanya Terah (Genesis 12 : 4). Abraham berusia 100 tahun semasa Isaac dilahirkan (Genesis 21: 5). Ini membawa maksud bahawa setelah 25 tahun bermastautin di Canaan, Isaac dilahirkan. Isaac pula berusia 60 tahun semasa Jacob bersama kembar tuanya Esau dilahirkan (Genesis 25: 26). Jacob berusia 130 tahun semasa dia memasuki Mesir (Genesis 47 : 9). Dihitungkan keseluruhan jumlah tahun ini, maka jumlah tempoh bani Israel bermastautin di Canaan sebelum memasuki Mesir adalah bersamaan dengan 215 tahun. Kemudian, 215 tahun ini ditolak dari jumlah 430 tahun yang disebut di dalam Exodus fasal 12 ayat 40 dan 41, menjadikan tempoh Bani Israel menetap di Mesir bersamaan dengan 215 tahun. Maka, ini menurut mereka merupakan satu hujah bagi menyokong ayat 40 di dalam Exodus fasal 12.

Hitungan dan penjelasan yang dibuat oleh para sarjana Bible ini menurut perhatian saya, merupakan satu argumentasi pelik lagi tersasar dari maksud sebenar ayat di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 dan Exodus fasal 12 ayat 40 dan 41. Pertama, ianya tidak menjelaskan dengan tepat dan konkrit kenapa wujud percanggahan antara firman Tuhan di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 dengan ayat 40 di dalam Exodus fasal 12. Kedua, kegagalan mereka memahami maksud kedua-dua ayat tersebut teramat membingungkan saya. Ini kerana mereka mendakwa diri mereka sarjana yang memahami Bible, tetapi ulasan dan penjelasan yang diberikan mereka menunjukkan sebaliknya.

Pertama, apabila mereka cuba menghujahkan bahawa tempoh 400 tahun yang disebutkan di dalam Genesis fasal 15 itu sebagai tidak bercanggah dengan tempoh 430 tahun yang disebut di dalam Exodus fasal 12 ayat 40, ianya sudah pun menimbulkan kecelaruan yang pertama. Sebagaimana yang telah disanggahkan pendapat Anstey dan beberapa orang sarjana Bible yang menyokong pendapatnya terlebih dahulu. Keabsahan argumentasi mereka dengan menolak untuk mengambilkira Ishmael sudah pun membatalkan dasar hujah mereka. Ini kerana, di dalam Genesis fasal 15 ayat 13, difirmankan Tuhan di dalam Bible bahawa keturunan Abram akan menetap, diperhambakan dan diseksa selama 400 tahun di tanah asing. Jika mereka mahu mengambilkira kelahiran Isaac sebagai titik permulaan bermulanya manusia-manusia yang dilahirkan dan diiktirafkan sebagai berketurunan Abram, apa argumentasi yang mahu dihujahkan mereka untuk menolak Ishmael sebagai keturunan Abram yang sah? Sedangkan Perjanjian Kekal Abadi antara Tuhan dengan Abram dan keturunannya dimeterai ketika Ishmael berusia 13 tahun dan merupakan satu-satunya waris keturunan Abram yang wujud pada ketika itu dan Isaac pula belum dilahirkan. Masa perjanjian itu dimeterai juga menepati usia dimana Ishmael mencapai Mitzvah sebagaimana yang telah saya jelaskan di atas. Berkemungkinan akan dibawakan mereka ayat dari Genesis fasal 17 ayat 18 hingga 22 seperti berikut sebagai hujah mereka. Berikut petikannya:

17:18 And Abraham said unto God, O that Ishmael might live before thee! 17:19 And God said, Sarah thy wife shall bear thee a son indeed; and thou shalt call his name Isaac: and I will establish my covenant with him for an everlasting covenant, and with his seed after him. 17:20 And as for Ishmael, I have heard thee: Behold, I have blessed him, and will make him fruitful, and will multiply him exceedingly; twelve princes shall he beget, and I will make him a great nation. 17:21 But my covenant will I establish with Isaac, which Sarah shall bear unto thee at this set time in the next year. 17:22 And he left off talking with him, and God went up from Abraham. (17:18 Dan Abraham berkata kepada Tuhan: "Ah, sekiranya Ismael diperkenankan hidup di hadapanMu!" 17:19 Tetapi Tuhan berfirman: "Tidak, melainkan isterimu Saralah yang akan melahirkan anak laki-laki bagimu, dan engkau akan menamai dia Ishak, dan Aku akan mengadakan perjanjian-Ku dengan dia menjadi perjanjian yang kekal untuk keturunannya. 17:20 Tentang Ismael, Aku telah mendengarkan permintaanmu; ia akan Kuberkati, Kubuat beranak cucu dan sangat banyak; ia akan memperanakkan dua belas raja, dan Aku akan membuatnya menjadi bangsa yang besar. 17:21 Tetapi perjanjian-Ku akan Kuadakan dengan Ishak, yang akan dilahirkan Sara bagimu tahun yang akan datang pada waktu seperti ini juga." 17:22 Setelah selesai berfirman kepada Abraham, naiklah Allah meninggalkan Abraham.)

Pelik hujahan mereka ini kerana, sebaik sahaja selesai ayat 22 Genesis fasal 17 iaitu sebaik Tuhan di dalam Bible pergi meninggalkan Abraham (yang sudah pun ditukar namanya daripada Abram), Abram lantas mengkhatankan dirinya dan Ishmael serta semua lelaki di dalam pemilikannya. Sedangkan perbuatan berkhatan itu sendiri dikatakan Tuhan kepada Abram sebelum ditukarkan namanya Abraham merupakan simbolik termeterainya janji Tuhan dengan Abram dan keturunannya selama-lamanya. Dibawakan ayat tersebut sebagai bukti. Ianya dimuatkan di dalam Genesis fasal 17 ayat 1 hingga 14 :

17:1 And when Abram was ninety years old and nine, the LORD appeared to Abram, and said unto him, I am the Almighty God; walk before me, and be thou perfect. 17:2 And I will make my covenant between me and thee, and will multiply thee exceedingly. 17:3 And Abram fell on his face: and God talked with him, saying, 17:4 As for me, behold, my covenant is with thee, and thou shalt be a father of many nations. 17:5 Neither shall thy name any more be called Abram, but thy name shall be Abraham; for a father of many nations have I made thee. 17:6 And I will make thee exceeding fruitful, and I will make nations of thee, and kings shall come out of thee. 17:7 And I will establish my covenant between me and thee and thy seed after thee in their generations for an everlasting covenant, to be a God unto thee, and to thy seed after thee. 17:8 And I will give unto thee, and to thy seed after thee, the land wherein thou art a stranger, all the land of Canaan, for an everlasting possession; and I will be their God. 17:9 And God said unto Abraham, Thou shalt keep my covenant therefore, thou, and thy seed after thee in their generations. 17:10 This is my covenant, which ye shall keep, between me and you and thy seed after thee; Every man child among you shall be circumcised. 17:11 And ye shall circumcise the flesh of your foreskin; and it shall be a token of the covenant betwixt me and you. 17:12 And he that is eight days old shall be circumcised among you, every man child in your generations, he that is born in the house, or bought with money of any stranger, which is not of thy seed. 17:13 He that is born in thy house, and he that is bought with thy money, must needs be circumcised: and my covenant shall be in your flesh for an everlasting covenant. 17:14 And the uncircumcised man child whose flesh of his foreskin is not circumcised, that soul shall be cut off from his people; he hath broken my covenant. (17:1 Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, maka TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya: "Akulah Tuhan Yang Mahakuasa, hiduplah di hadapan-Ku dengan tidak bercela. 17:2 Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat(keturunan) engkau sangat banyak." 17:3 Lalu sujudlah Abram, dan Tuhan berfirman kepadanya: 17:4 "Dari pihak-Ku, inilah perjanjian-Ku dengan engkau: Engkau akan menjadi bapa sejumlah besar bangsa. 17:5 Karena itu namamu bukan lagi Abram, melainkan Abraham, karena engkau telah Kutetapkan menjadi bapa sejumlah besar bangsa. 17:6 Aku akan membuat engkau beranak cucu sangat banyak; engkau akan Kubuat menjadi bangsa-bangsa, dan dari padamu akan berasal raja-raja. 17:7 Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau serta keturunanmu turun-temurun menjadi perjanjian yang kekal, supaya Aku menjadi Tuhanmu dan Tuhan keturunanmu. 17:8 Kepadamu dan kepada keturunanmu akan Kuberikan negeri ini yang kaudiami sebagai orang asing, yakni seluruh tanah Kanaan akan Kuberikan menjadi milikmu untuk selama-lamanya; dan Aku akan menjadi Allah mereka." 17:9 Lagi firman Tuhan kepada Abraham: "Dari pihakmu, engkau harus memegang perjanjian-Ku, engkau dan keturunanmu turun-temurun. 17:10 Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat; 17:11 haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu. 17:12 Anak yang berumur delapan hari haruslah disunat, yakni setiap laki-laki di antara kamu, turun-temurun: baik yang lahir di rumahmu, maupun yang dibeli dengan uang dari salah seorang asing, tetapi tidak termasuk keturunanmu. 17:13 Orang yang lahir di rumahmu dan orang yang engkau beli dengan uang harus disunat; maka dalam dagingmulah perjanjian-Ku itu menjadi perjanjian yang kekal. 17:14 Dan orang yang tidak disunat, yakni laki-laki yang tidak dikerat kulit khatannya, maka orang itu harus dilenyapkan dari antara orang-orang sebangsanya: ia telah mengingkari perjanjian-Ku.")

Jika Ishmael terkeluar dari perjanjian antara Tuhan, Abraham dan keturunannya, dan berkhatan itu pula merupakan simbol termeterainya perjanjian Kekal Abadi tersebut, mengapa Tuhan memilih masa untuk perjanjian itu dimeterai pada ketika di mana Ishmael mencapai Mitzvah dan hanya dia merupakan satu-satunya keturunan Abraham yang hidup pada ketika itu? Kenapa tidak sahaja Tuhan di dalam Bible menunggu kelahiran Isaac setahun selepas dari itu dan dikecualikan Ishmael dari berkhatan? Apakah Tuhan di dalam Bible tidak dapat bersabar hatta untuk menunggu setahun lagi? Persoalan yang hanya boleh dijawab dengan satu penjelasan iaitu ayat 18 hingga 21 di dalam Genesis fasal 17 itu merupakan ayat ciptaan manusia yang dimasukkan oleh golongan Yahudi bagi menafikan Ishmael sebagai waris keturunan Abraham yang sah dan ianya dilakukan dengan kurang berhati-hati, lantas kegopohan mereka dalam mengubah ayat-ayat asal butir perjanjian antara Tuhan dan Ibrahim dan anak sulungnya Ishmael, menjadikan kitab yang diubah mereka penuh dengan kekeliruan dan perkara-perkara yang bercanggah. Maka hujah yang menyatakan bahawa 215 tahun bermastautinnya keturunan Abraham di Canaan sebagai tambahan kepada 215 tahun lagi menetapnya Bani Israel di Mesir adalah tertolak.

Masih lagi dengan hujah sarjana-sarjana Kristian yang menyokong pendapat sepertimana yang diperjuangkan Anstey bahawa ayat di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 dan ayat 40 hingga 41 di dalam Exodus fasal 12 tidak bercanggah. Kali ini saya bawakan perhatian semua pembaca blog satuhala ini kepada satu lagi faktor yang ‘terlepas dari pandangan’ para sarjana Bible yang menyokong hujah ini. Mereka mendakwa bahawa biarpun teks Masoretic a (rujuk nota kaki) yang menjadi asas teks-teks Old Testament yang digunakan di dalam Bible hanya menyatakan tempoh masa 430 tahun yang disebut di dalam Exodus fasal 12 ayat 40 & 41 hanya merujuk kepada tempoh bermastautinnya Bani Israel di Mesir, teks Pentateuch Samaritan b (rujuk nota kaki) dan Teks Septuagint c (rujuk nota kaki) dinyatakan mereka sebagai menyokong hujah mereka. Ini kerana menurut mereka, teks Exodus fasal 12 ayat 40 yang terdapat di dalam teks Septuagint dan Samaritan itu memuatkan pernyataan yang menyatakan bahawa tempoh 430 tahun yang disebut itu termasuk tempoh yang dilalui keturunan Abraham di Canaan dan di Mesir. Berikut petikan Teks Septuagint dan Teks Samaritan sepertimana yang di dakwa mereka.

Ayat 40 Exodus fasal 12 (teks Septuagint):

The sojourning of the children of Israel which they sojourned in Egypt and in the land of Canaan, was four hundred and thirty years. (Bermusafirnya Bani Israel dan menetapnya mereka di Mesir dan di Canaan ialah bersamaan empat ratus tiga puluh tahun)

Ayat 40 Exodus fasal 12 (teks Samaritan):

And the sojourn of the children of Israel and of their fathers in the land of Canaan and in the land of Egypt. (Bermusafirnya Bani Israel dan nenek moyang mereka di tanah Canaan dan di tanah Mesir.)

Jika itu hujah mereka, kenapa tidak mereka gunakan sahaja teks Septuagint atau Samaritan itu sebagai menggantikan teks Masoretic sebagai sumber tunggal Old Testament mereka? Pemerhatian yang dibuat ke atas kedua-dua teks tersebut, menimbulkan beberapa kekeliruan lagi. Yang pertama, jika diperhatikan perbandingan teks Masoretic dan Septuagint yang digunakan sebagai menyokong hujah mereka, kedua-duanya hampir memberikan maksud yang sama kecuali teks Septuagint yang menambahkan perkataan ‘dan di Canaan'. Tetapi apa yang mereka terlepas pandang ialah pada perkataan ‘bermusafirnya Bani Israel" yang dimuatkan di dalam kedua-dua teks Masoretic dan Septuagint tersebut. Children of Israel atau Bani Israel merupakan rujukan yang hanya sah dibuat kepada anak-anak Jacob dan keturunan yang lahir dari mereka.

Menurut Bible, Jacob yang merupakan cucu kepada Abraham digelarkan Tuhan sebagai Israel setelah peristiwa dia bergusti dengan jelmaan seorang lelaki yang dikatakan Tuhan (ada juga pendapat yang mendakwa lelaki tersebut merupakan jelmaan Michael (Mikail) yang mendapat pertolongan dari Tuhan) dan Jacob memenangi perlawanan tersebut setelah jelmaan lelaki tersebut memukul rusuk Jacob dan meronta meminta dilepaskan sebagaimana yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 32 ayat 24 hingga 32. Lalu ditukarkan nama Jacob kepada Israel oleh jelmaan itu sesudah peristiwa tersebut. Menurut Bible TEV (Special Missionary Edition), terbitan American Bible Society pada notakaki di dalam mukasurat 38 , perkataan Israel itu membawa maksud ‘Dia yang bergusti bersama Tuhan’. Maka bermula peristiwa tersebut, Jacob ialah Israel dan bani Israel pula merupakan anak-anak yang lahir dari benih Jacob melalui dua orang isteri dan dua orang hamba yang dihadiahkan Laban, bapa mertuanya kepada isteri-isterinya. Jacob@Israel mula memasuki Mesir pada ketika usianya 70 tahun. Bersamanya seperti yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 46 ayat 26, merupakan 66 (enam puluh enam) orang yang dilahirkan dari benih keturunannya memasuki Mesir atas jemputan Joseph (Nabi Yusof). Enam puluh enam orang yang dihitung ini (menurut Genesis fasal 46 ayat 26), tidak termasuk isteri kepada anak-anaknya dan juga tidak termasuk Joseph dan dua orang anaknya iaitu Manasseh dan Ephraim. Dijelaskan lagi di dalam ayat 27 pada fasal yang sama Kitab Genesis, jumlah keseluruhan keturunan Jacob jika diambilkira Joseph dan dua orang anaknya, jumlah keseluruhan keturunan Jacob yang berada di Mesir ketika kemasukan ketika mereka mula memasuki Mesir adalah bersamaan dengan 70 (tujuh puluh) orang. Pemerhatian dan penelitian yang saya lakukan ke atas teks Bible di dalam Kitab Genesis pada keseluruhan fasal 46 yang dibincangkan ini menunjukkan adanya kepincangan di dalam fakta yang dicatatkan oleh kitab tersebut.

Genesis di dalam fasal 46 membahagikan keturunan Jacob yang memasuki Mesir kepada empat kumpulan. Setiap satu kumpulan yang memasuki Mesir dibentangkan nama mereka secara individu dengan disabitkan kepada ibu masing-masing. Yang pertama melalui isteri Jacob yang pertama, Leah. Di dalam Genesis fasal 46 dibentangkan Leah melahirkan 7 orang anak kepada Jacob. 6 lelaki dan seorang perempuan. Nama anak-anaknya seperti berikut. Reuben, Simeon, Levi, Judah, Issachar dan Zebulun. Kesemuanya lelaki. Anak perempuannya bernama Dinah. Cucu-cucu dan cicit yang dilahirkan kepada Jacob melalui isterinya Leah menurut Genesis fasal 46 ayat 15 setelah dijumlahkan adalah bersamaan dengan 33 (tiga puluh tiga orang). Tetapi penelitian yang saya lakukan ke atas nama-nama yang disertakan di dalam Genesis fasal yang sama menunjukkan jumlah keseluruhan anak-anak + cucu-cucu + cicit-cicit yang dilahirkan kepada Jacob melalui Leah isterinya, hanya berjumlah 32 (tiga puluh dua) orang dan bukan 33 (tiga puluh tiga orang). Sila rujuk lampiran berikut yang disediakan:


Kesilapan yang wujud ini ditampalkan dengan bijak melalui manipulasi bahasa sehingga sesiapa yang membuat kiraan sekali lalu, tidak akan perasankan kehilangan nama seorang individu yang sepatutnya dimasukkan bagi mencukupkan jumlahnya menjadi tiga puluh tiga orang. Kesilapan menjumlahkan kesemua yang dilahirkan melalui Leah itu kepada tiga puluh tiga orang mungkin ditutup mereka dengan mengulang serta menegaskan kembali nama Pharez (Perez) sebagai bapa kepada dua orang anak yang merupakan cicit kepada Jacob. Dengan mengambilkira nama Perez untuk kali kedua bagi mereka-mereka yang tidak perasankan kedudukannya, kiraan yang dibuat akan menjurus kepada penjumlahan tiga puluh tiga orang secara total, sedangkan hakikatnya tidak. Maka kesilapan ini ditutup oleh mereka secara bijak melalui manipulasi bahasa.

Itu bukanlah satu-satunya kepincangan yang wujud di dalam Bible mengenai penghijrahan mereka ini. Dibuktikan tadi bahawa anak cucu yang dilahirkan melalui Leah yang memasuki Mesir bersama Jacob bukanlah berjumlah tiga puluh tiga orang, sebaliknya tiga puluh dua orang. Bagi senarai nama yang disertakan bagi anak-anak, cucu-cucu serta cicit-cicit kepada Jacob yang dilahirkan oleh isterinya dan hamba-hamba kepada isterinya yang lain yang turut serta memasuki Mesir bersama Jacob, penelitian yang dibuat ke atas Genesis fasal ini menunjukkan ia bersamaan dengan jumlah yang dinyatakan di dalam Bible. Dibentangkan jumlah mereka seperti berikut. Melalui Zilpah, seorang hamba yang dikurniakan Laban, bapa mertua Jacob, kepada Leah, dilahirkan Gad dan Asher. Jumlah keturunan Jacob yang dilahirkan melalui Zilpah adalah bersamaan dengan 16 (enam belas) orang seperti yang dicatatkan di dalam Genesis fasal 46 ayat 18. Untuk senarai nama penuh mereka sila rujuk Genesis fasal 46 ayat 16 hingga 17.

Bagi anak-anak dan cucu-cucu yang dilahirkan Rachel, isteri kedua jacob, dinyatakan jumlah mereka adalah bersamaan dengan 14 (empat belas orang). Perbandingan dengan senarai nama yang disediakan menunjukkan bilangan yang dinyatakan tersebut tepat (di dalam konteks ayat Bible ini). Bagi anak-anak dan cucu-cucu yang dilahirkan Bilhah, hamba yang diberikan Laban kepada Rachel, jumlahnya dinyatakan sebagai 7 (tujuh) orang kesemuanya. Ia juga menepati bilangan nama-nama yang disediakan.

Masalah timbul apabila Acts of the Apostles di dalam New Testament pada ayat ke 14 fasal 7, mencatatkan bahawa jumlah keseluruhan mereka yang memasuki Mesir bersama Jacob adalah bersamaan 75 (tujuh puluh lima) orang. Berikut petikan ayatnya:

7:14 Then sent Joseph, and called his father Jacob to him, and all his kindred, threescore and fifteen souls. (7:14 Kemudian Joseph menyuruh menjemput Jacob, ayahnya, dan semua sanak saudaranya, tujuh puluh lima jiwa banyaknya.)

Kenapa timbul percanggahan ini? Tujuh puluh atau tujuh puluh lima orang sebenarnya? Mana satu versi yang betul, Genesis fasal 46 atau Acts of Apostles fasal 7? Bagi memperjelaskan perkara ini, Matthew Henry di dalam Komentar Biblenya menjelaskan seperti berikut.

In Genesis they are said to be seventy souls, Gen. xlvi. 27. But the Septuagint there

makes them seventy-five, and Stephen or Luke follows that version, as Luke iii. 36, where Cainan is inserted, which is not in the Hebrew text, but in the Septuagint. Some, by excluding Joseph and his sons, who were in Egypt before (which reduces the number to sixty-four), and adding the sons of the eleven patriarch, make the number seventy-five. (Di dalam Genesis, dinyatakan bahawa jumlah mereka bersamaan tujuh puluh jiwa, (rujuk) Gen. 49 ayat 27. Tetapi, Septuagint menjumlahkan mereka kepada tujuh puluh lima jiwa, dan Stephen atau Luke berpandukan versi (Septuagint) terbabit, seperti mana di dalam Luke fasal 3 ayat 36, di mana nama Cainan dimasukkan, sedangkan di dalam teks Hebrew (@Teks Masoretic) namanya tidak wujud, ia hanya wujud di dalam Septuagint. Sesetengah, dengan mengecualikan Joseph dan anak-anaknya, yang sudah pun menetap di Mesir (menjadikan jumlah mereka kepada enam puluh empat orang), dan dengan menambahkan anak-anak kepada sebelas bapa keturunan tersebut, menjadikan jumlah keseluruhannya bersamaan dengan tujuh puluh lima.)

Di dalam apa yang dijelaskan Matthew Henry berkenaan perbezaan antara Genesis fasal 46 ayat 27 dengan Acts of the Apostles fasal 7 ayat 14, bahawa St.Stephen (atau seharusnya penulis Acts of Apostles ini) di dalam kisah yang dicatatkan di dalam cerita tersebut sudah terbiasa dengan kisah-kisah yang dimuatkan di dalam Septuagint. Hujah Matthew Henry seterusnya iaitu pengecualian Joseph dan anak-anaknya dan kemudian dicampur kembali dengan sebelas bapa keturunan bani Israel menjadikan jumlah keseluruhannya yang memasuki Mesir juga adalah tertolak. Ini kerana di dalam Genesis fasal 46, sudah jelas dibentangkan bahawa enam puluh enam jiwa yang dikira sebagai keturunan Jacob yang memasuki Mesir, sudah pun memasukkan dan mengambilkira ke sebelas-sebelas anak Jacob, yang merupakan bapa keturunan Bani Israel ke dalam statistik tersebut. Dan jumlah keseluruhan yang memasuki Mesir termasuk Joseph, dua anaknya (Ephraim dan Manasseh) dan Jacob itu sendiri, menurut pemerhatian saya ke atas teks jelas yang digunakan di dalam Bible, menjadikan jumlah keseluruhannya bersamaan dengan enam puluh sembilan orang. Sebagaimana yang sudah dijelaskan tadi, jumlah enam puluh sembilan orang itu diperolehi dengan membuat pengiraan berdasarkan daftar nama yang disediakan di dalam Genesis fasal 46. Jadi, mana satu yang betul, enam puluh sembilan orang menurut pemerhatian saya melalui daftar nama yang disediakan di dalam Genesis fasal 46 atau tujuh puluh orang yang disebut oleh penulis Genesis di dalam ayat 27 fasal 46 atau tujuh puluh lima orang sepertimana yang dibutirbicarakan oleh St. Stephen di dalam Acts of Apostle fasal 7 ayat 14? Biar mereka fikirkan sendiri apa yang terbaik bagi mereka.

Biarkan persoalan tersebut diselesaikan oleh mereka, kita kembali kepada penggunaan teks Septuagint dan Samaritan yang digunakan Anstey sebagai ganti kepada teks Masoretic untuk berhujah menyatakan bahawa tempoh empat ratus tiga puluh tahun itu termasuk tempoh yang dihabiskan oleh keturunan Abraham di Canaan dan Mesir.

Masalah teks Septuagint di dalam konteks ayat Exodus 12 : 40 hingga 41

Hujah Anstey yang menggunakan Teks Septuagint secara jelas boleh dipertikaikan kerana teks tersebut hanya memuatkan perkataan The sojourning of the children of Israel. Ia langsung tidak mengambilkira keturunan Abraham (termasuk Ishmael dan anak-anaknya) yang dilahirkan sebelum itu. Ia juga membawa maksud bahawa tempoh bermastautin Isaac serta anak-anaknya iaitu Esau dan Jacob di Canaan juga tidak diambilkira di dalam tempoh dua ratus lima belas tahun yang dicadangkan Anstey. Ini kerana sebagaimana yang sudah dihujahkan di atas, ‘anak-anak Israel’ atau Bani Israel merujuk kepada keturunan yang dilahirkan kepada Jacob, tidak termasuk Jacob itu sendiri. Sedang Anstey pada awalnya beria-ia sebelum dari itu berusaha menghujahkan bahawa tempoh dua ratus lima belas tahun yang dicadangkannya bermula dari firman Tuhan kepada Abram di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 hingga Isaac berpisah susu dari ibunya sehingga kepada kemasukan anak cucu Jacob ke Mesir. Jadi, teks Septuagint yang cuba digunakan Anstey ini sebenarnya tidak menyokong pendapatnya, malah menimbulkan kesangsian tambahan kepada hujah yang cuba diperkuatkannya. Jika masih mahu juga menggunakan teks Septuagint ini sebagai penguat hujah bahawa tanah Canaan termasuk di dalam 430 tahun bani Israel bermastautin di tanah asing, perlu diperjelaskan pula beberapa masalah percanggahan antara teks Septuagint ini dengan teks Masoretic pada lain-lain tempat di dalam Bible. Sebagai contoh, beberapa masalah berikut perlu diberikan perhatian:

  1. Nama Cainan yang dimasukkan ke dalam senarai keturunan Jesus di dalam New Testament kitab Luke fasal 3 ayat 36 (teks Septuagint). Sedangkan nama itu tidak wujud langsung di dalam Genesis fasal 11 ayat 10 hingga 26 dalam Old Testament teks Masoretic. Bagaimana boleh secara tiba-tiba wujud Cainan ini yang disabitkan kepada Noah sebagai cicitnya?
  2. Arahan Tuhan di dalam Bible kepada Moses untuk melakukan bancian terhadap keturunan Levi yang berusia 30 tahun hingga 50 tahun untuk dilantik bekerja di dalam ‘Khemah Pertemuan Jemaah’ (tabernacle of the congregation). 30 tahun yang dicatatkan di dalam fasal tersebut merupakan ayat yang diambil dari teks Masoretic. Tetapi teks Septuagint menyatakan bahawa batas muda umur yang dibanci untuk dilantik bekerja di Khemah Pertemuan Jemaah tersebut bermula dari usia 25 (dua puluh lima)tahun. Pelik bukan?

Masalah Teks Samaritan di dalam konteks ayat Exodus 12 : 40 hingga 41

Hanya teks Samaritan sahaja pada pandangan saya boleh digunakan Anstey untuk menyokong pendapatnya yang menyatakan bahawa tempoh 430 tahun yang dicatatkan di dalam Exodus fasal 12 ayat 40 hingga 41 merujuk kepada bermastautinnya keturunan Abraham di tanah asing. Ini kerana teks tersebut memuatkan ayat seperti berikut : ‘And the sojourn of the children of Israel and of their fathers’. Jadi jelas, di dalam teks Samaritan, 430 tahun di dalam Exodus 12 : 40 – 41 itu merujuk kepada bermastautinnya bani Israel dan nenek moyang mereka di tanah Canaan. Tetapi timbul satu persoalan lagi, kenapa hanya untuk ayat ini teks dari Samaritan mahu digunakan berbanding teks Masoretic? Kenapa tidak digunakan keseluruhan Pentateuch (Taurat) Samaritan ini menggantikan keseluruhan Pentateuch (Taurat) Masoretic? Jika Exodus fasal 12 ayat 40 hingga 41 versi Samaritan boleh digunakan sebagai versi yang sah menidakkan versi Masoretic ayat yang sama, kenapa perkara yang serupa juga tidak boleh digunakan untuk ayat-ayat dari versi Masoretic yang bertentangan dengan versi Samaritan. Berikut beberapa contoh perbezaan ketara yang wujud di antara versi Samaritan dan Masoretic untuk dipertimbangkan:

  1. Di dalam Genesis fasal 2 (teks Masoretic) dicatatkan bahawa pada hari ke tujuh Tuhan di dalam Bible menyiapkan penciptaan langit dan bumi, dan seterusnya Dia kemudiannya berehat dan memuliakan hari ke tujuh tersebut. Memahami teks ini, ia menunjukkan bahawa masih terdapat aktiviti penciptaan yang berlangsung di dalam hari ke tujuh. Tetapi di dalam teks Samaritan, ianya dicatatkan di dalam Genesis fasal 2 ayat 2 bahawa penciptaan langit dan bumi disiapkan pada hari ke enam dan hari ke enam semua aktiviti penciptaan sudah disiapkan. Maka pada hari ke tujuh, Tuhan di dalam Bible berehat dan memuliakan hari tersebut dan tiada aktiviti penciptaan berlangsung pada hari ke tujuh. Kenapa tidak mahu digunakan dan ditukarkan teks Masoretic tersebut dengan teks Samaritan sebagaimana yang dilakukan Anstey terhadap ayat Exodus fasal 12 ayat 40 hingga 41? Mana satu yang betul? Pelik bukan?
  2. Di dalam Deuteronomy fasal 27 ayat 4 (teks Masoretic) dicatatkan bahawa Tuhan di dalam Bible memerintahkan kepada Bani Israel untuk membina tempat sembahan, melakukan korban dan menyembahnya di Gunung Ebal. Tetapi di dalam teks Samaritan dicatatkan bahawa Tuhan memerintahkan mereka melakukan korban dan menyembahnya di Gunung Gerizim Jika mahu menyatakan bahawa teks Samaritan bagi Exodus 12 : 40 hingga 41 dianggap benar, kenapa tidak dianggap benar juga Deuteronomy fasal 27 ayat 4 teks Samaritan ini.
  3. Di dalam Exodus fasal 1 ayat 22, teks Masoretic mencatatkan bahawa ‘semua anak lelaki’ yang dilahirkan diperintahkan oleh Firaun untuk dibunuh. Tetapi di dalam teks Samaritan, dicatatkan pula ‘semua anak lelaki keturunan Hebrew’ diperintahkan Firaun untuk dibunuh. Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Jadi kenapa tidak digunakan dan disahkan teks Samaritan sebagaimana ianya digunakan untuk berhujah di dalam mempertahankan ayat 40 hingga 41 di dalam Exodus fasal 12?

Terdapat berpuluh lagi percanggahan yang boleh dimuatkan di sini. Tetapi tiga yang di atas ini sudah cukup kuat untuk mempersoalkan penggunaan teks-teks yang selektif bagi tujuan menutup kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam Bible. jadi sangat jelas bahawa penjelasan-penjelasan yang diberikan untuk menjadikan ayat di dalam Genesis fasal 15 ayat 13 selari dengan Exodus fasal 12 ayat 40 hingga 41 menimbulkan pelbagai kecelaruan yang lain. Jadi, ianya dapat disimpulkan bahawa ianya merupakan suatu lagi ‘misteri’ yang tidak dapat dirungkaikan dengan baik dan tepat di dalam Bible.

InsyaAllah pada masa dan kesempatan ditetapkan Allah kepada saya, untuk bahagian berikutnya, akan dibentangkan bagaimana secara sembrono Ishmael dan keturunannya dibuang dari mendapat hak dan peringatan demi peringatan di dalam Bible yang diberikan tentang perbuatan membuang keturunan Ishmael ini oleh bani Israel. InsyaAllah, akan saya muatkan juga kenapa kumpulan Kristian di Nusantara ini beria-ia benar mahu mengkristiankan semua keturunan Melayu di sini melalui pelbagai cara dan kaedah. Alam Melayu mempunyai satu rahsia yang sudah lama dipendamkan dan alam melayu juga amat penting bagi Zionis untuk mencapai cita-cita utama mereka. Bahagian seterusnya juga akan membincangkan apakah benar Palestin itu hanya untuk bani Israel atau untuk siapa ia dikhaskan sebenarnya? Wallahua’lam…

Nota Kaki :


a Teks Masoretic : Teks Masoretic merupakan teks Tanakh Hebrew (Old Testament) yang disunting, dikumpulkan serta dimiliki oleh sekumpulan orang-orang Yahudi yang digelarkan dengan nama Masorete. Teks ini dikumpul dan disuntingkan pada abad ke tujuh masihi, selepas dari kersaulan Muhammad s.a.w. Jadi teks Old Testament tertua yang menjadi rujukan serta dijadikan asas kepada teks Bible yang wujud pada hari ini kebanyakannya disalin dan diambil dari sumber teks Masoretic ini. Ia sekaligus membawa maksud bahawa, teks al Qur'an yang wujud pada hari ini merupakan teks dari kitab yang berasal dari wahyu Allah yang paling tua dan masih wujud dalam bentuk asal tanpa pengubahan. Sejarah pengumpulan Teks Bible akan saya huraikan di dalam Posting yang lain. Untuk artikel ini dijelaskan secara ringkas sahaja untuk membantu para sahabat sekelian mendapat sedikit gambaran mengenai apa yang diperkatakan di dalam penulisan ini.

b Septuagint : Septuagint merupakan teks Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) yang diterjemahkan oleh 72 orang penterjemah yang melakukannya secara individu pada kurun ke 3 dan kurun ke 2 sebelum Masihi. Isikandungannya merupakan bible Hebrew (Old Testament) yang diterjemahkan ke dalam bahasa Greek untuk digunakan oleh khalayak Yahudi yang bertutur di dalam bahasa Greek di Mesir. Ia juga dikatakan (menurut sejarah Kristian) digunakan oleh gereja-gereja Kristian yang terawal sebagai rujukan. Oleh kerana golongan Yahudi yang wujud pada ketika itu menentang gerakan pemutihan agama Yahudi dan apa yang dibawakan Jesus, maka kumpulan awal pengikut Jesus dinafikan capaian mereka kepada kitab-kitab Hebrew. Akses atau capaian kepada ayat-ayat di dalam Torah, Neviim dan Ketuviim yang dirangkumkan sebagai Tanakh (Old Testament Hebrew) hanya dapat mereka capai melalui kumpulan-kumpulan orang-orang Yahudi yang memeluk agama Kristian pada ketika itu. Teks dalam bahasa Hebrew yang dimiliki pendita-pendita Yahudi tidak dapat mereka miliki sehinggalah selepas tempoh kerasulan Muhammad s.a.w. pada sekitar abad ke tujuh masihi. Tidak lama sesudah Rasulullah s.a.w. wafat. Septuagint ini mengandungi 39 kitab yang terkandung di dalam Old Testament dan 14 kitab yang digelarkan sebagai Apocrypha (kitab-kitab yang diragui kesahihannya untuk dijadikan kanun dan diragui keabsahannya sebagai wahyu dari Tuhan).

b Teks Samaritan: Teks Samaritan merupakan teks Pentateuch (Lima kitab yang disabitkan kepada Moses sebagai Torah@Taurat yang asal) yang digunakan oleh sekumpulan orang-orang Samaria yang mendakwa diri mereka merupakan keturunan golongan Samaria dari masa lampau. InsyaAllah saya akanjelaskan sejarah pengumpulan teks Old testament dan New Testament dengan lebih mendalam di dalam posting-posting yang mendatang jika ada kesempatan..

Rujukan bahagian 3:

  1. Mathhew Henry, Numbers 14 : 28 - 38 , Commentary on the Whole Bible (Genesis to Deuteronomy) Volume 1, Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library; m/s 970.
  2. Martin Anstey, The Romance of Bible Chronology (London: Marshall Brothers, 1913), m/s. 114.
  3. Ibid., m/s 117
  4. Rashi, Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary. Bereishit fasal 21 ayat 8.
  5. Prof. Dr. Hamka, Tafsir al Azhar, Juzu’ 1, 2 & 3, Pustaka PanjiMas, Jakarta, m/s 247 – 261.
  6. Aristotle, Nichomachean Ethics, Translated by Martin Oswald (New York: MacMillan/Library of the Liberal Arts, 1962) m/s 1145.
  7. Matthew Henry, m/s 1049.
  8. Bereishit Rabbah, Judaica Press Complete Tanakh with Rashi’s Commentary.
  9. Today’s English Version (Special Missionary Edition), American Bible Society 1976.
  10. King James Version, Barbour Publishing.

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Wednesday, October 21, 2009

Nobel, Obama dan Muntah Hijau..

oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem... Pada saat diumumkan Barrack Hussein Obama bakal menerima Hadiah Nobel Keamanan, ketika itu jugalah segala isi perut mana-mana pihak yang cintakan keamanan mula bergolak dan dengan pantasnya menuju ke tekak. Seluruh dunia pecinta keamanan muntah hijau berhari-hari.

Apa tidaknya.. dengan hanya bercakap tentang cita-citanya tanpa melakukan apa-apa lagi sudah pun ‘panel cerdik’ di dalam penganugerahan Nobel mengiktiraf angan-angan dan cakap-cakap bombastic Presiden Amerika tersebut. Dia yang belum pun sampai setahun memegang jawatan di kerusi yang biasa disandang penyangak-penyangak dan balaci zionis itu, diiktiraf hanya bersandarkan apa yang dia cakap tetapi tidak kepada perbuatannya.

Kalau begitulah caranya, sesiapa sahaja pun boleh dikira layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut. Ini termasuklah Mat Jenin. Cuma malang Mat Jenin, baru sahaja memasang angan-angan, takdir buruk menimpanya dengan terjatuh dari pokok. Tetapi cita-cita Obama itu tidak sama dengan Mat Jenin. Obama mahu Dunia (baca ‘Israel’) ini menjadi tempat yang selamat. Jika tidak tentu sahaja seluruh organisasi media yang dikuasai barat tidak berhenti-henti daripada memotretkan Iran sebagai ancaman besar kepada keamanan Dunia. Dunia hanya akan selamat hanya bila Iran tidak memiliki bom nuklear. Jadi demi memastikan Dunia ini selamat, para panel yang sangat-sangat cerdik di dalam seketariat penganugerahan Nobel, telah mengikat Obama dengan penganugerahan ini supaya apa yang dikatakannya itu akan dikotakannya.

Segala ancaman kepada Dunia haruslah dihapuskan. Iran harus dilemahkan sebagaimana Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang lain.

Inilah yang dimaksudkan dengan objektif sajak White man’s Burden oleh Rudyard Kipling, di mana mereka, orang-orang barat dan sekutu mereka harus dan wajib memiliki segala kekuatan, persenjataan yang lengkap, kuasa ekonomi dan segala sumber kekuasaan. Ianya perlu dilakukan kerana mereka merasakan diri mereka dibebankan dengan tanggungjawab untuk memerintah dunia serta menakluk, mengubah dan menggalakkan perubahan gaya hidup lain-lain etnik di dunia selain mereka supaya kesemuanya bakal hidup seratus peratus di dalam cara dan gaya orang barat. Hanya setelah itu mereka (lain-lain etnik dunia selain kulit putih) dianggapkan mereka layak untuk diberi peranan di dalam dunia ini setelah mereka menjadi lebih putih dari mereka yang berkulit putih. Berikut petikan sajak Rudyard Kipling yang kini dinterpretasikan barat sebagai kewajipan bagi Amerika pula memikul galang beban Great Britain sebagai empayar sebelum ini dalam membentuk dunia yang keseluruhannya berubah dan mengadaptasikan gaya dan cara hidup barat secara total. Di mana sahaja ada pertentangan terhadap budaya dan norma barat, maka semua penduduk ditempat itu perlu ‘diajar’ dan ‘dibebaskan’.

Take up the White Man’s burden—

Send forth the best ye breed—

Go send your sons to exile

To serve your captives' need

To wait in heavy harness

On fluttered folk and wild—

Your new-caught, sullen peoples,

Half devil and half child

Take up the White Man’s burden

In patience to abide

To veil the threat of terror

And check the show of pride;

By open speech and simple

An hundred times made plain

To seek another’s profit

And work another’s gain

Take up the White Man’s burden—

And reap his old reward:

The blame of those ye better

The hate of those ye guard—

The cry of hosts ye humour

(Ah slowly) to the light:

"Why brought ye us from bondage,

“Our loved Egyptian night?”

Take up the White Man’s burden-

Have done with childish days-

The lightly proffered laurel,

The easy, ungrudged praise.

Comes now, to search your manhood

Through all the thankless years,

Cold-edged with dear-bought wisdom,

The judgment of your peers!

Banyak tafsiran dilakukan sarjana barat terhadap sajak berusia 110 tahun ini. Ada yang menganggap ia sebagai satu satira, ada yang menganggap ia sebagai sindiran terhadap kolonialisme. Tetapi majoriti daripada mereka menafsirkan ia sebagai satu pengesahan kepada peranan barat di dalam membentuk dan mengawal dunia tetapi kebanyakan daripadanya menyatakan ia merupakan desakan supaya kolonialisme dihalalkan dan diteruskan demi kepentingan mereka. Obama seorang Mulatto yang kini lebih putih dari kulit putih.

Lalu White man’s burden kini menjadi beban tanggungannya untuk memastikan seluruh dunia tunduk kepada prinsip-prinsip, gaya hidup, sistem politik dan nilai-nilai barat. White man’s burden membenarkan barat dan sekutu-sekutunya memiliki kekuatan dan bom-bom nuklear dan menjarah dunia. Tetapi tidak kepada ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain. Yang lain terlalu bodoh untuk mempunyai perasaan tanggungjawab jika memiliki bom Nuklear tersebut. Yang lain bila memiliki bom tersebut, sifat ‘anti-tamadun’ dalam dunia mereka akan mendorong mereka bertindak secara barbarik terhadap keselamatan Dunia. Whiteman's Burden membenarkan mereka memiliki apa saja bom, tetapi tidak yang lain. Memiliki apa sahaja senjata pemusnah pada apa jua skala adalah sesuatu yang selayaknya mereka miliki kerana mereka merupakan 'bangsa-bangsa bertamadun' yang perlu mengajar 'bangsa-bangsa rendah lain' cara bagaimana untuk hidup sebagaimana manusia seperti mereka.

Tetapi hak ini, tidak boleh diberikan kepada 'bangsa-bangsa rendah' yang lain. Mereka (bangsa-bangsa yang rendah itu), pastinya tidak akan menjadi sepandai dan seberhemah Amerika tatkala mereka menggugurkan Fat Man di Hiroshima dan Little Boy di Nagasaki. Hanya Amerika dan sekutunya sahaja tahu bila dan untuk tujuan apa bom itu boleh digugurkan. Bagi mereka, segala perbuatan mereka merupakan puncak kemuliaan berfikir bagi mana-mana makhluk yang berotak. Untuk membiarkan ‘bangsa-bangsa rendah’ yang lain memilikinya, takut nanti mereka tidak tahu dan terlalu bodoh untuk menentukan tujuan penggunaannya.

Kini, Iran (baca Islam, walaupun mereka bermazhab Syi’ah tetapi barat memukulratakannya sebagai Islam. InsyaAllah saya akan jelaskan propaganda mereka nanti) keras berdiri di tengah jalan menghalang laluan hegemoni mereka. Halangan yang mereka hadapi sekarang ini sebagaimana Islam menjadi batu penghalang gerakan dakwah mereka 500 tahun dahulu di Asia Tenggara. Mereka sudah tidak punya masa lagi. Lalu Obama harus dipertanggungjawabkan dan dibebankan dengan beban tanggungjawab yang baru. Nobel itu bukan untuk kejayaan yang telah dikecapi, tetapi Hadiah Nobel diberi bagi memastikan Obama melakukan apa yang mereka mahu dia lakukan. Satu paksaan di dalam masa yang terlalu mendesak. Jika Obama lambat, maka Dunia akan hancur.

Berikut petikan jawapan Michael Oren, Duta Israel di Amerika Syarikat kepada soalan wartawan Newsweek Lally Weymouth yang bertanyakan tentang sokongan dunia Arab terhadap tindakan ke atas kontijen Iran di dalam proses keamanan di sana. Berikut sebahagian dari jawapannya : “... we don’t have a while with Iran. The peace clock and the Iranian nuclear clock are running at completely different speeds.” 1 {Kita tidak punya banyak masa lagi dengan Iran. Putaran jam (bagi menjamin) keamanan (di timur tengah) dan Putaran (ancaman) Nuklear Iran berputar pada kelajuan yang berbeza}

Mereka sudah tidak punya banyak masa lagi. Jadi, hadiah Nobel Keamanan ini tidak lebih dari satu bentuk desakan kepada Obama untuk menyegerakan keamanan kepada Dunia agar segala penduduk yang tinggal di Dunia boleh tidur dengan aman. Semoga Joe Jenin ini juga akan jatuh dari pokoknya sepertimana Mat Jenin satu ketika dahulu... oh.. tidak cukup dengan itu, biar Joe Jenin selepas jatuh, ditimpa pula pokok yang cuba dipanjatnya..

Rujukan :

1) Rudyard Kipling, “The White Man’s Burden: The United States & The Philippine Islands, 1899.” Rudyard Kipling’s Verse: Definitive Edition (Garden City, New York: Doubleday, 1929).

2) Lally Weymouth; ‘All options means all options’, Newsweek October 12, 2009, m/s 31.

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Monday, October 19, 2009

Berdagang punggung di awan merah?

oleh : M.I.A.

Sehingga akhir penulisan ini (18 Oktober 2009), sebuah iklan syarikat penerbangan masih menjaja punggung pekerja-pekerja wanitanya untuk dibuat bahan komoditi yang ditawarkan kepada pelanggan mereka. Seperti biasa Sis dan sekutu yang bersyarikat dengan mereka akan diam terhadap isu-isu selektif seperti ini. Iklan terbaru sebuah syarikat penerbangan yang disiarkan di kaca tv di baru-baru ini menunjukkan syarikat itu menawarkan sesuatu yang lebih daripada tiket penerbangan murah. Ya.. iklan yang diterbitkan untuk syarikat mereka ini kini menonjolkan bahawa bukan setakat penerbangan murah mereka tawarkan, tetapi turut menawarkan ‘betapa murahnya maruah’ seorang pramugari yang berkhidmat dengan mereka. Kenapa tidak ditegaskan professionalisme di dalam khidmat yang ditawarkan pramugari mereka? Kenapa hanya menyempitkan kebolehan pramugari-pramugari mereka hanya kepada ‘aset-aset’ seksual? Apakah mereka ini hanya bahan komoditi dan akal fikiran mereka merupakan keutamaan terkebelakang dan tidak harus ditonjolkan? Apakah mereka di atas itu hanya sebagai objek seks semata-mata?

Iklan korporat ini merupakan satu ludahan berkahak hijau kepada kementerian yang bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Wanita, Kementerian Penerangan dan Kementerian-kementerian yang berkaitan. Ia juga merupakan ludahan yang disasarkan tepat terhadap prinsip kelima Rukun Negara, ‘Kesopanan dan Kesusilaan’!!!

Tanyakan orang-orang besar yang mempunyai peranan membuat keputusan di dalam syarikat dan kementerian-kementerian tersebut.. apakah mereka rela apabila punggung mereka, isteri dan anak-anak mereka dijadikan pula komoditi yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang menggajikan mereka? Tentu sehabis angin mereka mengamuk bila diajukan soalan ini secara terus kepada mereka. Pramugari-pramugari syarikat penerbangan itu mempunyai maruah yang tidak boleh direndahkan sesuka hati siapa sahaja. Maruah mereka sudah diletakkan tidak lebih dari ‘pedagang-pedagang punggung’ lorongan di lorong-lorong gelap kota-kota negara. Apakah maruah mereka boleh diludahi dan dipijak sesuka hati?!!!! Mereka pastinya merupakan anak-anak ataupun isteri kepada seseorang. Apa kata bapa-bapa dan suami-suami mereka jika punggung isteri-isteri mereka dijadikan bahan yang ditawarkan untuk jamuan mata penumpang lain? Apakah itu sudah menjadi sebahagian daripada Job Description mereka bahawa mereka perlu merelakan punggung mereka ditatap oleh semua penumpang sesuka hati?!!!!

Apakah syarikat itu mahu mencadangkan dan menggalakkan supaya setiap penumpang yang menggunakan khidmat mereka boleh sesuka hati merenung dan mengambil gambar punggung-punggung pramugari ini? Bukankah sudah ditakrifkan perkara seumpama ini sebagai gangguan seksual dalam akta gangguan seksual yang bakal digubal bahawa merenung dengan pandangan seksual juga boleh ditakrifkan sebagai satu gangguan seksual terhadap mana-mana individu? Apatah lagi mengambil gambar punggung seseorang wanita yang bermaruah? Mana CSR mereka? Apakah mereka mahu menunjukkan bahawa gangguan seksual dibenarkan terhadap pekerja-pekerja mereka?!!! Apakah ini imej korporat yang mereka mahu bangunkan? Iklan ini ialah satu penghinaan kotor terhadap semua wanita yang berkerjaya!!!

Kepada Sis dan sekutunya yang bersikap selektif pekak.. kenapa diam?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Friday, October 16, 2009

Deepavali

Bismillahir Rahmanir Raheem... Saya tahu terlalu ramai di luar sana yang sentiasa menghadapi sedikit masalah apabila tiba musim perayaan bagi penganut-penganut agama lain. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam persekitaran masyarakat majmuk dan dikelilingi pelbagai bangsa dan agama, tidak dapat tidak, interaksi antara kita dengan mereka turut menjadi faktor penilaian yang memainkan peranan besar di dalam gerakan dakwah.

Yang selalu menjadi masalah ialah apabila sampainya ketika di dalam kalendar tahunan agama mereka, perayaan bagi membesarkan agama mereka akan diraikan mereka. Sebagaimana mereka yang sentiasa mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada kita, maka balasan yang serupa mungkin diharapkan mereka bagi menunjukkan toleransi antara agama. Tetapi seharusnya diingat perbuatan mengucapkan ucap selamat sempena dengan perayaan berkaitan agama telah difatwakan haram dilakukan jika perayaan tersebut berkaitan dengan agama-agama selain Islam.

Bagi mereka yang hidup dalam isolasi kelompok agama dan bangsa yang sama, pastinya masalah-masalah ini tidak akan timbul apatah lagi berlaku. Tetapi bagi mereka-mereka yang sentiasa berurusan dengan manusia dari pelbagai bangsa dan agama, perkara ini menimbulkan sedikit dilemma. Dilemma yang bukan berat tetapi kerana memikirkan bahawa sikap dan perlakuan kita juga merupakan salah satu bentuk sumbangan besar kepada gerakan dakwah bagi membawa mereka ini ke jalan Allah.

Mereka ini bukan untuk dijauhi. Simpatilah kepada mereka kerana mereka berada di dalam landasan jalan yang menuju kepada kesudahan yang teramat buruk. Kufur terhadap Allah kesudahannya ialah selamanya menjadi bahan bakaran di dalam neraka. Jadi, kita sebagai umat Islam harus berasa sedihi dan berusaha membawa mereka kepada keselamatan hidup yang hakiki di dunia dan akhirat.

Majoriti dari kita juga berasal dari keturunan nenek moyang yang satu ketika dulu merupakan penyembah-penyembah berhala. Ia adalah fakta sejarah. Tanah Melayu ini baru sahaja menikmati nikmat Islam kurang dari seribu tahun yang lampau. Seribu tahun hanya menghamparkan dua puluh enam generasi di atas kita dari generasi nenek moyang kita yang menganuti pelbagai agama dari animisme hingga ke agama Hindu. Jika tidak kerana pedagang-pedagang Arab, India dan China yang mempunyai hubungan rapat dengan nenek moyang kita satu ketika dulu, tentu sahaja lorongan hidayah Allah kepada kita sepertimana yang kita nikmati pada hari ini tidak akan diperolehi. Jika satu ketika dulu nenek moyang mereka membawa Islam kepada kita, kenapa tidak kini kita membalasnya kembali dengan membawa pula Islam kepada mereka.

Fatwa melarang kita mengucapkan selamat bagi perayaan yang berkaitan dengan agama lain dan Allah juga melarang kita dari mendoakan apa jua bentuk doa kepada mereka kecuali mendoakan mereka mendapat hidayat Allah. Tiada yang lebih besar selain daripada mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk agama Islam. Jadi doa selain dari doa memohon hidayah Allah diberikan kepada mereka adalah dilarang.

Ia sepertimana yang ditegur Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda mendoakan keampunan bagi Azar, bapanya bagi dosa-dosa yang dilakukan. Ia dicatatkan di dalam al Qur’an pada surah al Mumtahanah ayat 4 :

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Hidayah dari Allah pula hanya Allah sahaja yang berhak menetukan kepada siapa yang bakal diberikannya nanti. Tugas kita cuma menyampaikan dan berusaha. Tetapi hidayah juga boleh diusahakan oleh mereka yang baik amal perbuatannya untuk mendapatkannya. Diceritakan oleh Hakim bin Hizam r.a. di dalam sebuah hadis sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti mana di bawah :

Dari Hakim bin Hizam r.a. bertanya klepada Rasulullah s.a.w., katanya : “Bagaimanakah pendapat anda tentang perbuatan-perbuatan baik yang pernah aku lakukan pada masa jahiliyyah, seperti sedekah, memerdekakan budak dan menghubungkan silaturrahim, apakah semua itu mendapat pahala atau tidak?” Jawab Rasulullah s.a.w., “Anda masuk Islam berkat kebajikan-kebajikan yang telah anda lakukan sebelumnya," (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi apa yang difahami di sini bahawa kebaikan dan amal perbuatan baik yang datang dari keikhlasan hati oleh mana-mana pihak dan individu bukan Islam, akan membawa mereka semakin dekat kepada Allah dan bakal dikurniakan Allah kepada mereka akan hidayat tersebut sebagai rahmatNya kepada mereka dengan terbukanya hati mereka memeluk Islam.

Dengan memahami segala perkara demikian, maka pada setiap kali kawan-kawan beragama Hindu termasuk individu yang mana saya jadikan rujukan untuk memahami teks-teks Hindu serta ritual amalan mereka dan yang saya jelaskan Islam kepada mereka, maka SMS dan email saya kepada mereka adalah berlegar-legar dalam lingkungan mendoakan supaya setiap amal dan perbuatan mereka yang ikhlas dan baik akan membawa mereka dekat kepada Allah. Berikut contoh antara SMS berupa doa kepada mereka yang biasa saya hantarkan semasa mereka merayakan Deepavali.

May all your good deeds in life brings you closer each day to Eternal Light.

SMS diatas merangkumi semua aspek yang sudah saya jelaskan di atas. Ia berupa doa mengharapkan agar semua perbuatan baik mereka akan membawa mereka lebih dekat kepada Allah dari hari ke hari. Oleh kerana Deepavali bagi mereka adalah sinonim dengan Cahaya, maka saya menggantikan Asma Allah tadi dengan satu lagi Asma Allah yang suci dan baik, iaitu An Nur. Allah ialah Cahaya bagi langit dan bumi. NamaNya yang suci ini, bila diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris lebih dekat kepada pengertian the Light atau Eternal Light. Maka, SMS itu bagi mereka yang memahami objektifnya akan membawa maksud bahawa , ‘Semoga semua perbuatan baik saudara akan membawa saudara lebih dekat lagi kepada Allah.’

Mudah bukan... jika dalam kehidupan kita seharian dalam berhubungan dengan mereka-mereka yang menganut agama Hindu, tunjukkan contoh tauladan serta perlakuan yang baik sepertimana Rasulullah s.a.w. berhemah dikalangan komuniti orang-orang musyrik satu ketika dulu. Dia yang digelar al Amin oleh majoriti musyrikin Mekah, memudahkan Islam itu diterima kerana adab sopan baginda sehari-hari tidak terlawan oleh mana-mana individu dikalangan masyarakat tersebut. Jadi, jika anda tidak pernah mendoakan hidayat bagi mereka, ambil kesempatan ini dengan mendoakan hidayat buat mereka melalui ucapan-ucapan yang berlegar di dalam perbuatan yang diizinkan Allah. Islam itu tidak keras.. Islam itu juga tidak kaku. Yang menjadikannya Islam sentiasa dilihat kaku ialah sikap muslim itu sendiri.

Tetapi, dalam bergaul dengan mereka, janganlah sampai nanti kita 'melanggar sempadan' hanya kerana mahu mereka sentiasa mendampingi kita. Perkara-perkara seperti yang berlaku dan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik lewat ini hendaklah dijauhi sama sekali. Muslim seharusnya bersatu tidak kira apa jua fahaman mereka. Di sini saya sentiasa menyeru semua muslim kembali bersatu. Jika kesemua parti politik muslim ingin kekal bercakaran sesama sendiri, apa yang boleh kita lakukan ialah turut mendoakan hidayat Allah diberikan bagi mereka. Tidak kira samada tua atau muda, berserban atau bersongkok, mereka seharusnya kembali ke jalan Allah, berpegang teguh kepada al Qur'an dan Sunnah yang sebenar dan bukan Islam yang ditafsirkan sesuka hati mereka. Semoga Allah menyatukan kita semua.. Ameen...

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Antara Yakin & Percaya... di mana kedudukan kamu?

oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Jarang saya bercerita cerita peribadi di sini. Apa salahnya bercerita sedikit sebagai pemanas enjin sebelum posting-posting berat saya muatkan. Selalu sangat serius kalau, blog ni nampak macam blog orang mati pula kan... Jadi sedikit cerita kecil dari apa yang saya lalui semasa bergelar pelajar saya kongsikan di sini. Tiga belas tahun dahulu, saya ditempatkan di dalam Kolej Jati blok D Siswa bilik 4603 seksyen dua Shah Alam bersama dengan ‘gerombolan budak-budak Hell’s Engine’. Budak-budak gila lagi sakit mental. Skodeng awek kolej Jati blok E sudah menjadi kuliah maghrib tetap budak-budak ini. Tiga belas tahun dahulu, belum lagi wujud telefon bimbit sepertimana yang ada sekarang. Jika ada pun, telefon tersebut kalau ia mengalami kerosakan, beg bimbit yang mengandungi komponen elektronik telefon tersebut boleh ditukarkan fungsi menjadi beg pakaian jemaah haji. Lalu komunikasi dua hala antara blok siswa blok D dan siswi blok E hanya menggunakan tingkap sebagai bahasa isyarat. Sesiapa yang hidup pada ‘zaman batu’ itu tahu macam mana kaedah komukasi tersebut dilakukan. Yang lebih advance, mereka merampas gelombang radio stesen-stesen tertentu untuk memulakan stesen radio sendiri pada waktu-waktu tertentu untuk berkomunikasi dan menyebarkan fahaman underground kepada kelompok mereka. Waktu tersebut, tidak banyak stesen radio. ERA dan kebanyakan stesen radio swasta yang sekarang ini belum lagi wujud. Jadi untuk mengisi ruang, stesen radio haram dengan jarak capaian kurang lima puluh meter diwujudkan kumpulan ini. Semuanya dilakukan sekadar suka-suka dan tidak bertahan lama.

Zaman itu, semua assignment dibuat dengan menggunakan mesin taip. Komputer sudah ada tapi terlalu mahal untuk pelajar-pelajar yang tidak mendapat biasiswa termasuk saya. Tidak mendapat biasiswa bukan kerana berasal dari keluarga yang kaya. Keluarga saya merupakan keluarga golongan sederhana. Tetapi untuk menipu pendapatan bapa saya demi untuk mendapatkan biasiswa merupakan satu perkara yang tidak sanggup untuk saya lakukan. Biar susah sedikit asal semua garis takdir yang bakal bermula dari titik pengajian ini akan berakar kepada sumber yang halal. Seksanya membuat assignment dengan menggunakan mesin taip ialah apabila tersalah menaip ayat, perkataan atau fakta. Sekali tersalah, seluruh mukasurat tersebut perlu ditaip semula. Bising membuat assignment tak usah cakap. Bilik jadi bising macam tembakan AK 47 setiap malam ada assignment penting terutamanya hari-hari akhir mendekati deadline. Jadi untuk mengurangkan kebisingan situasi berperang di dalam bilik, lagu-lagu keras dipasang bagi meredakan tekanan serta menimbulkan Interference terhadap bunyi ‘tembakan AK 47’ tersebut. Buat apa belajar fizik kalau tak tahu nak praktiskan.

Susahnya jadi pelajar waktu itu, sampaikan terkadang ada satu tahap sebungkus mee segera terpaksa dipotong dua untuk makanan dua hari. Mee segera waktu itu umpama emas. Dalam waktu-waktu kronik, ia menjadi satu bahan komoditi yang boleh ditukar di dalam sistem barter bagi upah membuat assignment. Masih saya ingat satu ketika yang amat kronik ketika menyewa rumah di luar, bila bungkusan mee segera terakhir dalam rumah tersebut merupakan milik saya. Semua mata bertumpu seperti cannibal ke arah tempat simpanan rangsum saya. Oleh kerana waktu tersebut kertas perperiksaan terakhir hanya melibatkan saya dan dua orang sahabat yang lain, maka yang lainnya sudah pun pulang ke rumah keluarga masing-masing. Setelah berfikir jauh dan tidak mahu meninggalkan rumah tersebut dengan mayat dua orang sahabat yang mati kebuluran, maka saya berikan mee segera tadi kepada sahabat saya Pak Dee untuk memasaknya untuk dinikmati kami bertiga. Dia ke dapur, saya dan seorang lagi sahabat melepak di ruang tamu. Bosan dan tiada aktiviti yang boleh dibuat, sahabat saya ini meminta saya mencari chord lagu Flybaits, Kenangan Lalu dan Bunga Padang Pasir dari Sofea. Walaupun lagu pop, untuk melayan kawan-kawan saya carikan juga chord dan tab lagu tersebut. Lalu saya mengambil kasetnya dan mula mencari chord lagu tersebut. Hampir setengah jam, semua tab dapat saya siapkan dan saya mainkan lagu tersebut dengan gitar buruk puaka tinggalan rumah tersebut. Dia menyanyi saya petik gitar, (hah.. macam lagu Mas Idayu bunyinya). Kemudian Pak Dee turut masuk kaki. Lepas dua jam berhibur syok sendiri, baru saya teringat tentang mee segera tadi. Saya tanyakan kepada Pak Dee, tentang perkembangan semasa ‘santapan diraja tersebut’. Pak Dee tiba-tiba saja berubah wajah, macam ternampak hantu. Saya mula tak sedap hati bila nampak Pak Dee bertukar menjadi Usayn Bolt. Dia berlari pantas ke dapur. Bila saja Pak Dee masuk kembali ke ruang tamu membawa periuk dan ditunjukkan isikandungannya kepada saya dan Chain (sahabat saya tadi), maka hormon Incredible Hulk di dalam diri saya mula bergelojak. Chain terus terduduk bila terlihat mee segera tadi berjaya Pak Dee ubah genetiknya menjadi sebesar kelingking. Kuahnya hilang secara total tanpa dapat dikesan. Sekejap kecil sekejap besar saya nampak Pak Dee. Jika ada manusia yang saya rasa mahu ‘bunuh’ hari itu, tentulah Pak Dee berada di dalam senarai nombor satu hingga tiga. Saya beristighfar banyak kali. Chain kemudian mengambil mangkuk untuk membahagi mee segera yang urat-urat mee-nya sudah sebesar kelingking. Masuk saja mulut terus termuntah. Saya tidak pernah berasa marah dalam seumur hidup saya pada tahap marah Incredible Hulk selain dari hari itu. Tiket bas pulang hanya pada keesokan malam, duit di dalam poket hanya cukup untuk kos tambang pulang. Sebahagian dari cerita dalam Novel Syahadah itu bermula sehari selepas kejadian Pak Dee membuatkan saya dan Chain kebuluran selama hampir dua hari. Dua hari saya makan kacang kelisa (kacang botol) yang tumbuh belakang rumah dengan telur goreng disebabkan Pak Dee dan 'eksperimennya'. Jika kambing boleh berdiri dan memberikan tabik hormat, tentu kepada saya dan sahabat-sahabat yang memakan diet kacang kelisa = telur goreng selama dua hari, pasti ia akan tabik dengan ke empat-empat kakinya. Itu cerita semasa saya dan sahabat-sahabat menyewa di Seksyen 7, Jalan Ferum 4. Tempat itu baru dibuka dan antara penghuni awal di sana ialah budak-budak dari batch saya dan lain-lain. Satu-satunya restoran yang ada untuk makan pada ketika itu hanya Restoran Khalifa.

Sebelum diarahkan menyewa di luar, kolej Jati Siswa menjadi tempat tinggal kami. Oleh kerana antara syarat menetap di kolej kediaman tersebut ialah dengan memastikan kehadiran kuliah subuh hendaklah melebihi 80% dari kuliah yang diadakan, maka saya dan ‘gerombolan tersebut’ ‘ditendang keluar’ sebaik sahaja memasuki semester ketiga di Shah Alam. Memaksa budak-budak remaja mendengar kuliah dari ustaz dengan nada monotonous setiap pagi Sabtu merupakan suatu perkara yang meresahkan jiwa. Topik yang tidak menarik ditambah dengan jarangnya topik yang dekat dengan anak remaja membuatkan subuh saya kerap disambung dengan tidur selepas selesai berdoa. Tidak hadir kuliah subuh tidak bermakna tidak bersolat subuh. Solat lima waktu tetap dijaga, cuma kualitinya mungkin boleh dipersoalkan. Hidup seperti Batman, berjaga malam dan tidur siang menjadi rutin, maka tak hairanlah kalau solat subuh kadang-kadang dilakukan dalam keadaan terlalu mengantuk. Baru sahaja angkat takbir, sedar-sedar sudah bagi salam. Sembahyang macam mayat hidup tanpa jiwa dan pergerakan badan di kawal oleh otak yang bergerak pada mode auto-pilot, tanpa khusyuk dan tumpuan kepada Allah.

Saya hidup dikalangan budak-budak nakal tetapi aktif mengambil tahu perkembangan semasa. Tidak seperti majoriti budak-budak nakal sekarang ini yang serba tak tahu. Budak-budak underground dahulu yang saya kenal, tidak pernah pada pengetahuan saya mereka meninggalkan solat. Peliknya dengan segelintir budak-budak underground sekarang, ada sehingga menyembah syaitan kerana ikut-ikutan. Sedangkan mereka tidak tahu apa si Anton la Vey, pemimpin gereja syaitan itu perjuangkan. Mereka tidak tahu bahawa si Anton La Vey itu memulakan gereja syaitannya setelah muak melihat sikap berpura-pura umat Kristian yang berpura-pura baik dan beragama pada setiap pagi Ahad tetapi menjadi hamba nafsu pada setiap malam minggu di sarkas tempat kerjanya. Sembilan Rukun yang digariskannya semuanya merupakan satu penolakan kepada hipokrasi gereja tetapi dengan memilih jalan yang salah iaitu mengikut jalan syaitan yang pada mereka bersikap lebih realis.

Saya membaca Kitab yang ditulis La Vey satu ketika dulu untuk mengambil tahu dan dibuat penilaian, tetapi tidak pula saya terpesong kerana kitab tersebut hanya merupakan khayal kosong Anton la Vey kerana muaknya dia dengan kepura-puraan masyarakat Kristian disekelilingnya. Ianya lebih buruk dari cerita-cerita dongeng kerana dongengan yang diwujudkan La Vey mahu mereka jadikan doktrin tanpa asas dan tujuan khusus. Mereka ini yang dilahirkan sebagai muslim kini seolah-olah terlalu bodoh dan tidak dapat berfikir. Mereka percayakan kepada kewujudan syaitan tetapi menolak Wujudnya Allah. Bila bersoal jawab dengan mereka kenapa percayakan syaitan tetapi tidak Allah, mereka tidak tahu menjawab. Bila saya ajukan pertanyaan dari mana kamu tahu mengenai kewujudan syaitan, tidak dapat mereka jawab. Bila saya terangkan kepada mereka bahawa syaitan itu hanya dikenali dan tahu kewujudannya melalui teks-teks agama, mereka mula membuat muka hairan. Bila saya katakan jika kamu percayakan kewujudan syaitan, ia bermakna kamu percayakan kewujudan Allah. Ini kerana melalui kitab-kitab Allah lah kita tahu wujudnya sejenis makhluk bernama Jin yang diciptakan Allah di mana sebahagian besar dari mereka digelarkan Allah sebagai syaitan kerana kufur terhadap Allah.

Ketika saya masih berkawan dengan budak-budak underground dulu, tidaklah terdengar berita ada individu-individu yang terjebak kepada perlakuan syirik dan sebagainya. Ya.. mungkin ada segelintir yang terlalu terikut-ikut, tetapi yang lainnya masih waras bertauhidkan Allah yang satu. Sehingga kini, masih ada sahabat-sahabat baik saya yang masih aktif di dalam dunia tersebut, malah ada yang setelah berjaya di dalam perniagaan kembali membantu sahabat-sahabat dalam dunia tersebut menerbitkan album dengan material yang dikawal sepenuhnya supaya tidak terpesong dari landasan agama.

Kalau ada budak-budak underground yang membaca posting ini, ingatlah bahawa hanya orang bodoh tidak mengenal Allah. Tidak mengenal Allah adalah satu bentuk kebodohan yang menghinakan akal seseorang manusia. Perhatikan kepada mana-mana doktor dan saintis yang menganut pelbagai agama lain selain Islam. Mereka mendakwa diri mereka cerdik pandai, tetapi setiap hari dalam kehidupan mereka mereka menyerah nasib serta meminta bantuan serta doa mereka kepada batu-batuan yang diukir sendiri oleh tangan-tangan manusia. Patung-patung yang tidak dapat menyelamat dirinya sendiri, hatta untuk menghalau seekor lalat yang hinggap pada wajahnya diserahkan untung nasib oleh manusia-manusia yang menganggap diri mereka pandai tadi untuk ditentukan oleh patung-petung tersebut. Bukankah ini satu penghinaan terhadap keupayaan dan daya akal manusia. Tidak mengenal Allah itu adalah ultimatum kebodohan! Jika anda di dalam dunia itu dan lumpur kotorannya terpalit kepada minda dan gaya berfikir anda, segeralah bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Banyak pengalaman yang boleh dikategorikan sebagai mistik menimpa kawan-kawan saya berkenaan perkara ini sehingga mereka menjauhi diri dari dunia tersebut kerana mereka sedar langkah mereka di sana sudah agak jauh. Terkadang itu lebih baik tidak diceritakan daripada diceritakan kerana saya tidak suka akan cerita-cerita mengarut dijadikan hujah untuk dibuat sandaran bagi menentukan hala tuju kehidupan.

13 tahun dahulu, sebelum diarahkan menyewa diluar, saya memenuhi waktu lapang saya dengan bermain gitar dan jamming dengan kawan-kawan. Seksyen 7 Shah Alam belum lagi dibangunkan waktu tersebut. Malam minggu, kalau ada lebih duit sedikit, jamming studio di seksyen dua jadi satu kemestian. Sekurang-kurangnya dengan bermain muzik ini, menjauhkan saya daripada banyak aktiviti yang lebih merbahaya dari H1N1. Semua lirik lagu yang ditakrifkan kami sebagai memesongkan akan diubah dengan lirik sendiri. Jadi dengan aktiviti syok sendiri ini, Allah menjauhkan kami dari pelbagai lagi perkara buruk dalam aktiviti hidup ‘lelaki-lelaki bujang’.

Bilik saya yang sebelum ini sering menjadi port aktiviti-aktiviti kurang siuman, ditakdirkan Allah bakal berubah pada suatu ketika semasa saya di dalam semester ketiga. Suatu hari, ditakdirkan Allah, ditempatkan seorang lelaki dari jemaah Tabligh untuk menjadi penghuni tetap di dalam bilik saya Jati D-4603, bilik tengah yang menghadap kolej Jati Siswi blok E. Jika sebelum ini bilik saya menjadi port segala macam aktiviti dari aktiviti ‘astronomi’ hingga ke ‘kasino tanpa pertaruhan’, kemasukan hamba Allah ini membersihkan bilik saya dari segala macam teropong, daun terup, jenis-jenis bahan-bahan hisapan dan segala macam perkara yang boleh disebut dan malu untuk saya sebut. Saya tidak merokok (sehingga kini) tetapi bilik saya sentiasa berjerebu dengan asap hembusan pengunjung yang tidak putus bermula maghrib sampai ke subuh.

Pada awalnya saya tinggal seorang diri di dalam bilik yang sepatutnya dihuni dua orang. Bagai dilanggar garuda, bila sahaja lelaki ini ditempatkan di bilik saya, semua pemastautin, setinggan tetap di situ hilang tanpa khabar berita. Semua kelihatan seperti takut melepak di bilik saya seperti biasa. Hebat betul aura mamat ni.

Bermula dengan kemasukan mamat ini, maka bilik saya mula dikunjungi oleh sahabat-sahabatnya pula. Ta’alim satu kemestian. Mana saya nak lari? Saya betul-betul terperangkap dalam sinaran, macam lagu Hanafie Warren, tetapi di dalam sinaran yang berbeza. Remaja seperti saya dan sahabat-sahabat saya tidak takut akan apa jua pun. Aktiviti lasak, gaduh, bertumbuk dan sebagainya bukanlah menjadi satu ketakutan yang akan dihindari, tetapi apabila ternampak sahaja kelibat jemaah tabligh sedang bergerak dari bilik ke bilik, maka dengan tidak semena-mena kesemua yang ‘berani’ tadi bertempiaran lari. Betullah kata ulama’, syaitan itu takut akan orang-orang beriman. Hanya manusia-manusia yang ditautkan hatinya kepada syaitan yang bergantungan sahaja yang akan lari bertempiaran bila ternampak orang-orang beriman datang.

Maka kumpulan-kumpulan Tabligh ini merupakan kegerunan kepada banyak pihak. Kalau tak percaya, pergi ikut mereka berdakwah dari rumah ke rumah. 70% dari rumah-rumah yang dikunjungi pasti akan kehilangan penghuni secara tiba-tiba biarpun set televisyen di rumah masih terpasang dan buaian masih berayun di luar rumah. Malah satu insiden suatu ketika di mana sahabat saya, Chef Pak Dee yang diceritakan tadi, mengalami demam panas sehingga tidak boleh bangun. Dia merupakan batch terakhir yang terkena demam tersebut di dalam rumah sewa itu. Saya yang baru sembuh keluar membeli bubur nasi kepadanya. Teruk demamnya sehingga menyuap makanan pun tidak bermaya. Petang itu, selepas pulang dari membeli makanan kepadanya, saya bermain gitar disebelah dia yang sakit bagai menunggu Izrail datang memanggil. Tiba-tiba, sahabat-sahabat saya yang lain yang bermain sepak raga di luar, berlari bagai orang tak cukup tanah meluru masuk ke dalam rumah dan terus ke tingkat atas. Saya yang terkejut bertanyakan mereka apa yang berlaku? Sett, pelari di kedudukan kedua akhir hanya menjerit, “Tabligh! Tabligh! Selamatkan diri!!!”.

Baru saja melemparkan gitar ke tilam yang dihamparkan, terdengar beberapa pemuda dari jemaah tersebut memberi salam. Mereka sudah di depan pintu, dan saya yang baru hendak membuka langkah seribu memberhentikan langkah tersebut serta merta bila menyedari mereka sudah ternampak saya. Saya menoleh ke belakang untuk melihat samada Pak Dee masih di situ atau tidak. Saya terkejut melihat Pak Dee yang tadi tidak mampu hatta untuk menyuap bubur nasi ke dalam mulutnya hilang entah ke mana. Wah.. sepantas Gaban menukar pakaian Pak Dee boleh hilang. Sampai begitu sekali sikap setia kawan sahabat-sahabat saya. Saya membuat satu teori kehilangan Pak Dee dengan menganggap dia diangkat oleh kawan-kawan saya yang lain ke atas. Selesai sesi dengan jemaah tabligh di bawah dan jemaah tersebut meneruskan pergerakan mereka ke rumah-rumah yang lain, satu persatu sahabat-sahabat saya ini turun bersalam sambil mencium tangan dan memeluk saya. Kata mereka, mahu mengambil berkat ahli syurga. Tak guna punya kawan-kawan. Saya ternampak Pak Dee turut turun sambil tersengih, lalu saya bertanyakan kepadanya siapa yang mengusungnya naik ke atas. ‘Aku terkejut tabligh mai, lepas tu aku terus lari naik atas..’ itu jawapan Pak Dee dalam loghat utara. Hebat bukan penangan jemaah tabligh ini. Yang demam dan tak boleh bangun pun boleh jadi sembuh kerana terkejut dengan kehadiran mereka. Saya tahu di luar sana perkara yang serupa juga turut berlaku. Buat apa hendak larikan diri dari mereka sedangkan mereka membawa urusan yang baik untuk kita. Jika dulu, semasa remaja, memang betul setiap kali mereka datang saya akan lari. Tetapi tidak kini kerana saya memahami apa yang yang cuba mereka buat dan tidak semua pemuda mempunyai keazaman mahu melihat manusia-manusia lain beriman kepada Allah berkumpul dan meninggalkan urusan masing-masing untuk waktu-waktu tertentu demi mengajak manusia lain kembali kepada Allah. Walaupun bukan salah seorang dari mereka, saya merupakan antara produk yang diasah kerap oleh mereka.

Berbalik kepada cerita di bilik saya di Kolej Jati siswa tadi. Bermula dari kemasukan salah seorang jemaah tabligh ke dalam bilik itu, saya mula terlibat dengan argumentasi berpanjangan dengan jemaah tabligh ini. Saya merupakan orang yang sangat susah untuk mempercayai sesuatu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saya mempunyai sedikit asas perbandingan agama kerana telah didedahkan dengan perkara ini semenjak di sekolah rendah. Saya sudah mula mengenali cara kritikan teks-teks agama lama sebelum itu. Tetapi saya tidak pernah serius di dalam usaha tersebut. Apabila kitab Fadhael Amal sering digunakan di dalam Ta’alim, saya mula mempertikaikan kesahihan segelintir hadis di dalamnya kerana ia terlalu berbunyi Israeliyyat dan malah kadang-kadang di luar lojik akal. Ini kerana saya biasa mendengar dan membacanya di dalam buku-buku sejarah bangsa Yahudi dan kritikan-kritikan teks Kristian dan kitab-kitab hadis sahih.

Tetapi saya bukan ahli di dalam bidang tersebut untuk menolak seratus peratus. Lalu saya mengambil apa yang baik dan mendiamkan apa yang saya musykilkan atas kebaikan bersama. Tetapi satu perkara yang saya belajar dari mereka ini ialah, mereka tidak pernah malu dan kedekut untuk menginfaq diri dan kehidupan mereka untuk Allah.

Di dalam kumpulan yang sentiasa hadir dalam aktiviti Ta’alim di dalam bilik saya, terdapat beberapa lelaki yang sifat dan kelakuan mereka sedikit lembut jika dibandingkan dengan yang lain. Lembut bukan bererti mereka tidak jantan. Jantan mereka melebihi saya dalam memberanikan diri berdakwah kepada orang lain. Kelembutan sifat mereka di dalam kejantanan yang masih dijaga, memberikan mereka kelebihan di dalam ketegaran mereka dalam mencapai misi dan objektif dakwah. Mereka petah berbicara dan bicara mereka sentiasa penuh dengan semangat.

Jika anda biasa ketemu dengan kumpulan tabligh, pasti ajakan ke masjid menjadi antara agenda utama. Saya yang pada waktu itu kini tinggal di dalam satu bilik dengan salah seorang daripada mereka, mencipta hampir 180 alasan, satu alasan untuk setiap hari dalam semester itu untuk mengelak daripada mengikutnya keluar dan menginfaqkan masa di jalan Allah di masjid-masjid berdekatan.

Sebelum cuti semester, beberapa orang dari jemaah ini mengajak saya dan drummer band saya, Adybogart, untuk keluar di jalan Allah sekurang-kurangnya tiga hari di masjid sekitar Shah Alam. Diberitahukan mereka, bahawa selepas sembahyang Jumaaat pada hari exam terakhir saya, mereka akan datang menjemput saya dan Adybogat untuk keluar di jalan Allah. Mengetahui semua itu, saya dan drummer saya membuat plan ABC (Angkut Barang dan Cabut!). Selepas solat Jumaat di Pusat Islam UiTM, saya bergegas pulang dengan sahabat saya untuk melaksanakan plan ABC tadi. Saya yang sedikit lembab dalam mengemas barang, telah ditinggalkan drummer saya di tingkat empat sambil dia menunggu di bawah. Oleh kerana telefon bimbit belum ada, kelibat jemaah tabligh yang mahu menjemput saya dan drummer saya tadi, hanya disedari kehadiran mereka oleh drummer saya tanpa boleh dia memberikan amaran kepada saya. Drummer saya mengambil langkah drastik untuk terus ke plan C.. ya.. terus cabut dan tinggal beg di bawah untuk diambil kemudian nanti. Plan ABC saya sudah bertukar menjadi ABC Dead, sama macam nama kumpulan ABC Dead dianggotai brader Kuman dulu.

Saya sudah terkepung dan tidak boleh lari ke mana. Mereka menunggu di bawah bersebelahan Dewan Makan menghadap Blok D. Mahu tak mahu saya terpaksa turun juga dan berjumpa dengan mereka. Saya cuba memberikan pelbagai alasan kepada mereka. Mereka tidak memaksa saya, tetapi saya berasa malu untuk menolak ajakan mereka tanpa alasan kukuh.

Tetapi semua alasan yang diada-adakan itu dipatahkan oleh sahabat kepada room-mate saya dengan satu soalan yang sehingga kini menghantui saya. Lelaki dari jemaah tabligh yang berpewatakan sedikit lemah lembut itu membisukan saya secara total dengan soalannya kembali. Suaranya lembut tetapi dalam nada yang tegas dan serius dia bertanyakan saya soalan berikut:

“Nizam.. antara percaya dan yakin Nizam kepada Allah, kedudukan Nizam di mana?”

Dunia seakan-akan sebuah babak di dalam filem Vanilla Sky di mana bandar New York tiba-tiba sunyi sepi tanpa penghuni kecuali Tom Cruise tergamam ditengah-tengahnya. Itulah yang saya rasakan.. Owh.. bukan merasakan diri seperti Tom Cruise, jauh panggang dari api, tapi merasakan dunia sunyi seperti di dalam babak tersebut. Apa yang dimaksudkan lelaki tersebut? Percaya dan yakin.. apa bezanya?

“Kedua-keduanya, saya percaya dan yakin kepada Allah,” itu jawapan saya dengan harapan boleh mengelakkan diri dari diangkut ‘keluar ke jalan Allah’.

“Jika yakin, ia bermakna Nizam turut percaya kepada Allah. Tetapi jika percaya, tidaklah bererti Nizam sangat yakin kepada Allah.” Wah.. semakin keliru saya dibuatnya. Saya yang keliru meminta penjelasan.

Saya tidak ingat namanya, tetapi yang saya ingat dia menjelaskan kepada saya pada ketika itu bahawa percaya kepada kewujudan Tuhan itu hanyalah satu fitrah yang ditanamkan Allah ke dalam setiap jiwa manusia dan makhluk berakal. Fitrah semulajadi manusia itu ialah menginginkan kepada agama. Tiada siapa pun boleh nafikan perkara ini. Semua orang mencari Tuhan. Cuma bezanya seorang Muslim dengan manusia yang memeluk agama lain ialah, mereka sudah pun kembali kepada jalan fitrah Allah. Bahawa kepercayaan mereka bahawa Tuhan itu ada sudah pun membawa mereka kepada perakuan Syahadah yang mengiktirafkan tiada Tuhan selain Allah. Tetapi percaya kepada Allah itu tidak sama dengan yakin kepada Allah. Saya yang masih keliru dengan apa yang dinyatakannya memintanya memberikan penjelasan.

“Pernah menonton silap mata?” apalah punya gila soalan tak ada kena mengena macam ni diajukan pula kepada saya. Lalu saya anggukkan saja. Waktu itu belum ada siri-siri street magician seperti David Blaine dan sebagainya. Satu-satunya figura yang diperkatakan hebat dalam bidang silap mata ini ialah David Copperfield. Maka dialah yang menjadi objek imaginasi saya.

“Pernah tengok pertunjukan di mana ahli silap mata itu mengarahkan salah seorang pembantunya berdiri berhampiran dinding, lalu diletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya untuk dipanahnya dengan sebuah crossbow?” tanya lelaki berpewatakan lembut itu lagi. Saya masih mengangguk tidak faham ke mana cerita ini akan dibawakan untuk bertemu kaitannya dengan persoalan antara yakin dan percaya.

“Bayangkan Nizam merupakan penonton pertunjukan tersebut dan duduk di tempat paling hadapan dan menghadap kepada ahli silap mata tersebut, lalu dia bertanyakan kepada semua penonton ‘Siapa di antara kamu yang percaya saya akan dapat memanah buah epal tersebut dengan tepat dan memberi keselamatan kepada pembantu saya ini, sila angkat tangan?’, hanya seorang dua sahaja kelihatan mengangkat tangan tetapi yang lain hanya mendiamkan diri. Nizam bagaimana? Hendak angkat tangan atau tidak?” tanya lelaki Tabligh itu lagi.

“Hanya setelah dia menunjukkan contoh kebolehannya dengan memanah sekali, barulah saya percaya dan angkat tangan..” itu jawapan saya.

“Ok... setelah bertanyakan kepada penonton tadi, ahli silap mata tadi pun terus memanah buah epal tersebut dan tepat mengenai buah epal di atas kepala pembantunya tanpa mencederakan pembantunya, semua penonton bertepuk dan bersorak kagum dengan kebolehan ahli silap mata itu. Kemudian dia kembali menghadap penonton dan bertanyakan soalan lagi ‘Apakah kalian kini percaya?’. Semuanya secara serentak menjawab ‘Ya!’. Lalu dia bertanyakan lagi, “Kini.... siapa di antara kalian yang yakin dengan kebolehan saya memanah dengan tepat dan memastikan keselamatan pembantu saya terjamin, sila angkat tangan..” Hampir keseluruhan dewan tersebut mengangkat tangan mendabik dada menunjukkan mereka benar-benar yakin kepada kebolehan ahli silap mata terbabit. Kemudian dia berkata, ‘Saya tidak yakin kamu benar-benar yakin dengan saya, kamu semua hanya percayakan janji saya itu, tetapi kamu tidak yakin akan janji saya,kamu semua sebenarnya hipokrit!’ Para hadirin mula kebingungan. Melihatkan penonton berkeadaan seperti mula tidak puas hati dengan tuduhan hipokrit itu tadi, maka ahli silap mata itu pun bertanyakan kepada semua penontonnya lagi, “Jika kamu semua benar-benar yakin dengan saya, siapa di antara kamu yang benar-benar yakin untuk mengambilalih tempat pembantu saya ini dan meletakkan epal dikepalanya untuk saya panahi.. sila angkat tangan?” Terdiam semua hadirin. Tiada siapa pun berani mengangkat tangan. Semua terdiam kaku. Lalu ahli silap mata itu berkata, ‘Bukankah saya sudah cakapkan, bahawa kamu semua cuma percaya akan kemampuan, kebolehan dan janji saya, tetapi tidak seorang pun dari kamu kecuali pembantu saya ini yang benar-benar yakin dengan saya..’. Jadi Nizam, di antara percaya dan yakin akan janji Allah, bahawa debu-debu yang melekat pada tubuh-tubuh muslim yang keluar mengajak yang ma’ruf di jalan Allah, akan mengelakkan bahagian itu dari menjadi jilatan api neraka, di mana kedudukan Nizam...?”

Sedar-sedar tujuh hari saya tidur di masjid sekitar Shah Alam mengikut mereka bertabligh dari rumah ke rumah. Muka yang pada mulanya terasa tebal itu dipandang sinis sepanjang berjalan dengan mereka dilupakan kerana mahu kemampuan diri menghampiri kedudukan orang-orang yang benar-benar yakin kepada janji-janji Allah... Itu sedikit cerita kecil saya satu ketika dahulu.. Bagaimana pula dengan keadaan kita di dalam setiap pekerjaan kita hari ini. Apakah kita yakin atau hanya sekadar percaya bahawa setiap yang baik itu ada balasannya di sisi Allah di akhirat nanti? Muhasabah kembali setiap amal perbuatan kita.. apakah benar kita yakin atau hanya sekadar percaya..? Tahap yakin pemuda tabligh yang lemah lembut itu, sehinggakan setiap pekerjaannya ditinggalkan biarpun kerja itu hampir selesai 15 minit sebelum panggilan azan. Setiap perkara yang mahu dilakukannya diletakkan kehendak Allah mengatasi kehendak naluri dirinya sendiri, yang was-was ditinggalkan secara total biar pun bisikan hati sentiasa merenggut jiwanya melakukan yang lain. Keuntungan dunia diletakkan pada prioriti sekunder tetapi tidak dijauhi. Saya masih cuba keras berusaha ke arah itu.. terkadang gagal terkadang hanya sekadar menghampiri.. Semoga Allah meletakkan kita di dalam kategori hamba-hamba Allah yang benar-benar yakin dengan janji Allah.. kalau ada kesempatan saya sambung kisah-kisah sebegini di masa akan datang. Wallahua’lam..

© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.